Followers

Saturday, 29 March 2008

Kek Gula Hangus

Kek yang saya buatni takla bersarang sangat (atas je bersarang, bawahnya tak) tapi untuk pertama kali buat ni kira puashati jugakla. Lagipun rasanya sedap. Nanti nak buat lagilah sampai kek ni betul2 bersarang gila..
Berdebar tahap cipan jugakla masa nak tuang air panas kat gula hangus tu, siap mengucap lagi..sebab takut meletup (sebab kat dlm resepi ada amaran pasal letupan tu). So, saya yang memang penakut ni, awal2 lagi dah standby ngan tudung periuk konon nak wat perisai la tuu, wakaka...Kenapa la manusia ni nak buat kek yang bahaya ni sedangkan banyak lagi kek2 lain yg lebih senang..chewah. Banyak songehnya aku ni, nak buat, buat jer..

Neway, terima kasih pn halimah krn berkongsi resepi ni dan amaran tu membuatkan saya dan sesiapa yg nak cuba buat kek ni supaya berhati2 . Alhamdulillah takde letupan kalau kita berhati2. Jadi, pesanan saya untuk kengkawan yang baru nak cuba, hati2 di jalan raya okey.



KEK GULA HANGUS PUAN HALIMAH
Sumber: Kak halimah

Bahan untuk gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

Bahan untuk kek
4 biji telor
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata.
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanilla.
Last kekali, masukkan gula hangus tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas dan bawah.

No comments:

Post a Comment