Followers

Wednesday 10 June 2009

Ayam Percik

Ayam percikla pulakk... Hari tu sotong dah kena percik, ni giliran ayam pulak nak kena percik. Gara2 tengok mamasya buat tayangan ayam percik dia yg mabeles tu. Teringat waktu bulan puasa, kalau balik ghumah MIL di Banting, en hubby mesti nak beli ayam percik yg femes kat banting tu, Percik Banting ke apa ntah namanya tak ingat dah.. Tapi selalunya kalau beli yg jual tu, kadang2 frust jugak sbb tak terasa ramuannya, rasa sos manis je lebih...hohoo..
Jom lah kita makan ayam percik pulakk...buat sendiri lagi best. Resepi CnP drp fp mamasya, resepi asal frm sifu kak hanieliza. Baru teringat, dulu2 penah buat ikut resepi kak liza ni, tapi masa tu tak guna ayam, saya guna burung puyuh. Kalau nak tengok, cuba tekan peti besi kat sebelah kanan tu, rasanya ada kay situla..hehhe..

Ayam Percik

Ayam Percik
Sumber; Fp K.Liza, tq K.Liza

Bahan:
2 kg ayam [potong 4 keping] - saya guna seekor ayam saiz kecik, potong 4
3 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1 biji kelapa ]-guna 2 pkt santan debu dan santan dilebihkan
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula
1 s/t halba
garam secukup rasa

bahan mesin halus
20 tangkai cili kering-letak 5 sb cili kering yg dah mesin
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai

Cara
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. [boleh juga panggangkan ayam menggunakan pemanggang ikan tu] -
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.
***ayam dipanggang sekejap dan kemudian diletakkan di bawah grill biar ayam nampak garing sikit.baki kuah percik di masak hingga betul2 pkt dan disiram atas ayam selepas ayam masak.




8 comments:

  1. sodap.. sodap.. bina badan semasa anda mengandung sebb anda tidak akan rasa bersalah makan macam2 huhuhu.. tp awak tetap berseri pregnant tau. baby girl agaknye Zaiy.
    p.s. dh pack baju nk balik kampung?

    ReplyDelete
  2. paij> kalau tak masak mcm2 mmg xde selera nak makan, boring je tgok lauk yg sama kan, tu yg kena perah otak gak pk nak masak apa, pastu pulak kdg2 tukang masak xmakan byk manapun, tp kena masak jugalah sbb nk bg ahli keluarga makan. heeehee..ni 1 persoalan yg misteri ni, kenapa ye kalau muka berseri dan rajin dikaitkan ngan baby girl, ada betoi ke?
    lom packing apa pun lg, malas la pulak kali ni nak packing-memacking.

    ReplyDelete
  3. Salam Zaiy..

    Dah terhidangpun percik ayam Zaiy. mmg puas hati buat sendiri...boleh ubah suai rasa masin manis ikut selera kita.
    kat sinipun kalau ayam percik jual letak kuah merah.pernah jumpa satu gerai yg jual ayam percik putih masa bulan Ramadhan tp yg tukang jualnya org Indonesia... nampak cam tak menarik je.
    psst; bila Zaiy balik cuti M'sia....

    ReplyDelete
  4. makin best dia masak la ni..sure ngidam ni..

    ps: lawa template... kita slalu jenguk sini but tak tggl jejak hahah..

    ReplyDelete
  5. Mamasya> mmg pun, biasa yg jual tu kuahnya merah, tapi rasa sos kan.. yg kuah putih tu tak letak cili kut yer? sy balik 19jun ni..insyaallah.

    Yati-M> masak simple2 je tu yati, dlm gambar je nmpak mcm best kut eh..hehehe..ikutkan mmg ngidam nk makan mcm2, tp perasaan malas tu mengatasi rasa ngidam tu..ekekekek.
    tq..oo..bizi ngan cekelat skang ek..

    ReplyDelete
  6. Macam musim puasa pulak tgk ayam percik nie... sedapnye makan dgn nasi kerabu..:)

    ReplyDelete
  7. tersangat le mengancam sanubari..

    ReplyDelete
  8. ayam percik ni mmg membuka selera...
    rasanya kalau dah wat percik ni xyah lauk len dah cukup dah rasa dia gaul ngan nasi putih...perghhhhh masyuk beb!! ermm tingat kt percik ayamas...ikshhh kak zaiy ni mcm dah terpercik kt org sini lak yeeee..

    ReplyDelete