Followers

Tuesday 2 September 2008

Acar Buah

Orang lain buat acar buah ni sebelum puasa, tapi saya dah start puasa barulah terkedek2 nak buat. Acar yang saya buat ni takla menarik sangat sebab tak banyak ramuannya, cuma ada kurma, prune & kismis je, jeruk buah tak de.. untuk makan sendirian berhad ok la kot..he3

Terima kasih pada chef noraini kerana berkongsi resepi dan maklang krn mempromosi acar ni. Saya kopipes dari fp maklang, thanks untuk kedua-duanya.




Acar Buah
Sumber : chef noraini

Bahan-bahan :
(A)
10 tangkai cili kering,direndam air panas
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
- Semua bahan dikisar hingga halus

(B)
500 gm buah-buahan jeruk (khas buat acar buah)
1/2 cawan minyak masak
1/3 cawan gula
3 sudu makan cuka
2 sudu besar serbuk kari
1/3 cawan puri tomato
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
garam secukupnya
1/4 cawan bijan, telah digoreng kering

Cara Membuatnya :
1. Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumis hingga naik bau wangi.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan puri tomato, serbuk kari, cuka, gula dan garam.Tumis lagi hingga masak.
4. Masukkan buah-buahan jeruk yang telah dibasuh dan bijan.Gaul sebati dan masak sebentar.
5. Angkat dan sejukkan.

Tip : Basuh buah jeruk ini dibawah air paip untuk menghilangkan asid yang berlebihan.Untuk lebih tahan lama, simpan dalam peti sejuk. Maklang campakkan kurma yg dah kematu dalam eksbox.

No comments:

Post a Comment