Pahit manis, suka duka.. adalah rencah kehidupan insan di dunia. Segalanya akan menjadi KENANGAN yang TERINDAH buat diriku dan insan-insan tersayang dalam menempuh kehidupan ini...
Thursday, 25 September 2008
Seri Ayu
Apam Seri Ayu (Hajar..tq )
2 biji telur #
1 cawan gula #
1/2 sudu makan ovalet #
1/2 sudu teh esen vanila
1 cawan pati santan - kita guna semi skimmed fresh milk
pewarna yg disukai
2 cawan tepung naik sendiri***
kelapa parut + garam + tepung ubi - agak2 le ye
***if takde tepung naik sendiri guna tepung gandum + 1 sudu teh serbuk penaik
1. Pukul bahan # hingga kembang. Masukkan esen vanila dan santan/susu segar, sebatikan
2. Masukkan tepung. Gaul sebati bersama dgn pewarna yg disukai
3. Sapu acuan dgn sedikit minyak, isikan sedikit campuran kelapa parut ke dlm acuan...tekan2kan sedikit
4. Masukkan pula adunan tepung tadi
5. Kukus 10-15 minit
Chocolate Oats Crips
Resepi ni dicopy dari fp maklang, thanks maklang.
Chocolate Oats Crips
Sumber : Koleksi resipi oats
Bahan
130g tepung gandum }
30g tepung jagung }
20g serbuk koko } ayak
½ sk serbuk penaik }
¼ sk serbuk kulit kayu manis }
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
Cara
Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Uli hingga kental.
Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung. Potong atau terap dan letak atas dulang. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.
Nota
Maklang bakar dengan suhu 170 selama 15’.
Sebaik2nya, biarkan biskut betul2 sejuk baru makan dan rasa sendiri kerangupan biskut rangup coklat oat yang pasti makan sekali nak lagi.
Maklang tak terap biskut ni sbb angin malas dah datang so maklang buat jer cam bentuk choc. chip...cepat sudahnya...
Colek Daging Panggang
Kalau dah tak tau nak masak apa dengan daging, cubalah buat ni. Gerenti terangkat! dan berasap tinger....!!
COLEK DAGING PANGGANG (Shima...tq )
daging batang pinang - dipotong kiub2 besar...lumurkan garam + kunyit + serbuk ketumbar = perap at least 30min
colek:
cili padi secukupnyer - dikisar (i bubuh 5-6 biji)
1-2 biji cili masak - dikisar
1 inchi belacan (dibakar) - dikisar
sos cili & tomato secukup rasa (utk pekatkan colek)
1 biji tomato - dicincang
1 labu bwg besar dicincang
daun coriander/ketumbar - dicincang
lemon juice secukup rasa (buleh jgak nak gantikan ngan air asam jawa pekat)
2 sudu besar nampla/minyak ikan
garam & gula secukup rasa
extra air masak (tuk kuah colek)
* Saya tambah 1/2 sb kerisik.
CARA:
1. daging yg telah diperap dipanggang atas grill hingga masak ( i prefer medium) - saya bakar atas pan jer
2. sementara tuh, satukan bhn2 kisar dgn bhn2 lain dlm mangkuk...gaul sebati...adjust rasa & kepekatan colek...kalau cair sgt tambah lg sos cili & tomato...
3. hidang daging panggang dihiris nipis bersama colek...

Tuesday, 23 September 2008
Mee Rebus Tulang
Resepi asal guna tulang, saya gantikan dengan daging. Thanks kat tuan punya resepi, che iza. Saya kopipes dr fp maklang, tq utk kedua2nya..
Mee Rebus Tulang
Sumber : che iza, copy frm FP maklang (tq)
Bahan-bahan
600 gm mee kuning - sy gantikan dgn spagetti
taugeh
3-4 biji kentang (tgk saizlah eh) direbus
3-4 biji telur direbus
3-4 kpg tauhu di goreng - takde stok
lada merah n bawang merah
caipo n limau kasturi (caipo tu maklang tak letak) - caipo ni saya taktau apadia
*Untuk Kuah*
5 sb lada boh
*3-4 biji bawang merah
*3 ulas bawang putih
*2-3 batang serai
*1 inci lengkuas
*2 sb udang kering - takde stok
2 sb campuran ketumbar jintan disangai
400 gm tulang rusuk ( takde tulang daging pun boleh)- saya letak daging
1 1/2 cwn santan pekat
2 sb taucho - takde stok
1 1/2 sb gula merah
garam n perasa jika suka
*maklang letak skit belacan
Cara-cara
Rebus tulang hinnga empuk.... Bila tulang hampir empuk masukkan taucho dan biarkan mereneh.... Kemudian masukkan santan pekat...
Sementara itu dikuali lain... tumis lada boh hingga garing.... Kisar bahan bertanda *... masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau dan terbit minyak....
Kisar ketumbar jintan yg telah disangai td, masukkan kedlm bahan tumis... biar garing dan naik bau... masukkan bahan tumis kedlm kuah rebusan daging tadi.....
Masukkan gula merah, garam n perasa jika suka..... Biar hingga kuah pekat... (boleh letak keledek, kentang atau tepung jagung utk memekatkan kuah)
Rebus mee dan celur taugeh.. kemudian tapis.....
Potong kentang, tauhu, telur, lada merah n bawang ikut suke nak potong camaner..
letak mee, taugeh n bahan lain termasuk caipo dan limau kasturi... tuanglah kuah kat atasnyer..... siap

Sunday, 21 September 2008
Popia Basah
Popia Basah (umi_e@myresipi.com) terima kasih kepada umi_e kerana berkongsi resepi ni
Bahan-bahan ( 12 keping )
Bahan untuk kulit*
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam
Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
1/2 biji kobis - diricih halus
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis
**Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.
Bahan untuk sambal***
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
*** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.
Cara-cara (untuk melihat cara membuat step by step, boleh klik sini )
campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan
gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper
buat dari arah jam
mulakan dari tepi dulu
kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar
angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)
ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng
lipat macam biasa dan gulung
sedia untuk dimakan
Wednesday, 17 September 2008
Puding Roti Karamel
Saya buat puding ni sebab nak abiskan stok roti sebelum xpired. Bulan posa ni roti memang tak sempatla nak makan, harap muaz sorang je la duk perabih ngan nutella dia tu.. Sememangnya saya tak merancang nak buat pudingni, sebab tulah hiasan kat atas tu, main belasah je letak oren slices, patutnya letak peach atau coctail, barula kena. Oren pun orenlah labuu...janji berhias, wakakaa....
PUDING ROTI CARAMEL k.liza (terima kasih kakliza )
Bahan
750 ml susu segar/susu kotak
3 biji telur
2 s/b gula kastor
1 s/k esen vanilla
6 keping roti [koyakkan]
1/2 cawan gula [hanguskan]
hiasan.... buah peach dalam tin [boleh gunakan fruit koktel] - saya boh apa yang ada je
Cara
1. Gaulkan susu, telur, gula kastor, esen vanilla dan roti dalam mangkuk.
2. Panaskan gula dalam loyang yg nak digunakan diatas api paing kecil sehingga berwarna kekuningan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan adunan roti dalam loyang yg ada gula hangus.
5. Kukuskan selama 30 minit diatas apai sederhana.
6. Angkat dan sejukkan loyang.
7. Bila telah sejuk terbalikkan perlahan dalam pinggan pie [saperti dalam gambar..sebab dia berkuah]
8. Susunkan hirisan buah peach dan sejukkan.
9. Potong dan hidangkan.

Tuesday, 16 September 2008
Nasi Arab Malaysia Dubai
Dah terlanjur duduk di Arab ni kenalah buat nasi Arab, kan...Tapi resepi nasi ni import dari mesia iaitu dari fp kakliza. Sedap nasi ni, walaupun tak semua bahan ada. Hubbyku mmg payah nak tambah nasi, tapi makan nasi ni dia tambah.. padahal buat lauk simple je.. ayam masak merah.
Inilah resepinya...
NASI ARAB (thanks, kakliza )
Bahan
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan] - sy guna beras milagrosa, beras wangi thai
1.5 liter air
500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
1 pokok daun ketumbar ]
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng
gula
garam
Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
Cara
1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
3. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
5. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
6. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori
Ayam Masak Merah (3 orang makan), sempoi punya!!
Bahan-bahan:
8 ketul ayam sederhana besar - dibersihkan, digaul garam & kunyit dan digoreng kekuningan
1 batang serai diketuk
1 labu bawang besar - dipotong bulat (lupa nak bubuh )
3 sb sos cili
2 sb sos tomato
cili merah / hijau - potong serong, optional
sedikit kacang peas, optional
jus asam jawa
garam
gula
minyak
sedikit air
Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering (tambah/kurangkan ikut suka)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
Cara:
Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar dan serai hingga garing. Masukkan sos cili dan sos tomato, diikuti jus asam jawa. Bila dah pekat, tambah air jika perlu. Setelah itu masukkan ayam, hirisan bawang, kacang peas, garam, gula Gaulkan hingga sebati dan rata. Apabila telah kering bolehlah diangkat.
hidangan untuk iftar hari ni, nasi arab seadanya..

Sagu Gula Melaka
Puding sagu yang saya buatni tak seperti yang diharapkan.. bukan salah resepi ye, tapi rasa2nya sagu kat sini memang lain sikit. Sagu sini takde rasa liat2/kenyal macam yg mesia punya, rasa macam makan tepung je, so hasilnya kurenglaa tapi makan jugalah sebab taknak membazir, nasib baik buat tak banyak.
Sagu Gula Melaka Sumber: Majalah Wanita Disember 1999 (Keluaran Khas)
Bahan-Bahan: 150 gm sagu mata ikan
4 cawan air
3 ketul gula melaka
1 cawan santan pekat
Air secukupnya
Cara:
Basuh sagu mata ikan dan masak bersama empat cawan air atas api sederhana.
Jika sagu masih nampak keras, bolehlah ditambah sedikit air lagi.
Setelah sagu pekat dan masak, masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau gelas berkaki. Sejukkan di dalam peti sejuk. Masak gula melaka hingga pekat dan tapis. Bila tiba waktu hendak memakan kuih ini, bubuh sedikit santan dan gula melaka. Cadangan Hidangan: Sagu Santan Dan Gula Melaka ini lebih lazat jika dicampurkan dengan beberapa ketul ais.

Monday, 15 September 2008
Kuih Lapis
Ni yang buat 1st time, kaler merah putih...
Kuih lapis saya yang kali kedua ni agaknya terkurang santan kut nampak kering sikit, len kali kena boh pekat2 sikit. Bukan apa, sini guna santan serbuk tak pandai tul nak taruk banyak mana..
KUIH LAPIS (kak Rinn)-tq
Bahan-bahan:
1 1/2 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung beras
1/4 cwn tepung jagung
1/2 cwn gula pasir..boleh tambah jika suka lebih manis
3 cwn santan..tambah jika perlu
1 camca teh garam
Pewarna merah
1/2 camca teh esen ros (optional)
Cara-cara:
1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang (8 inci/20 cm) dgn sedikit minyak. Masuk loyang dlm kukusan.
2. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna merah dan esen ros.
3. Tapis adunan dan bahagikan kepada dua bahagian.
4. Satu bahagian warnakan dengan merah dan campurkan juga esen ros. Satu bahagian lagi tanpa warna.
5. Mulakan lapisan bawah dgn warna putih. Biarkan selama 6min-8min atau hingga masak baru tindih dgn lapisan seterusnya. Ini tip utk membolehkan lapisan dikopek selapis demi selapis. Lakukan hingga habis.
*TIPS utk mendaptkan hasil kukusan yg tidak keras atau tidak terlalu lembik:
(i)Sekiranya sukatan semua tepung adalah 2 cwn, maka adunan yg telah dicampur santan hendaklah menjadi 4 cwn. Maksudnya jumlah adunan cair adalah 2 kali ganda jumlah adunan tepung.
(ii)Gunakan cwn yg sama utk semua sukatan.
(iii)Kalau tak de pewarna merah, guna Rose Syrup F&N..brand lain pun boleh. Kalau guna yg ini tak payah bubuh esen ros.
Udang Goreng Kunyit
Udang Goreng Kunyit
Bahan-bahan:
15-20 ekor udang - dibersihkan & dibuang uratnya
serbuk kunyit
garam
1 labu bawang besar - dihiris bulat
1 tangkai cili hijau (dipotong serong0 @ cili api (diketuk)
minyak
tomato- belah 4 (optional)
daun bawang- hiris 2cm (optional)
Cara-cara
Gaul udang bersama-sama serbuk kunyit dan garam.
Panaskan minyak, masukkan udang dalam kuali.
Goreng sehingga garing
Setelah garing, masukkan tomato, bawang besar dan cili hijau @ cili api dan daun bawang.
Apabila bawang sudah layu, bolehlah tutup api dan diangkat.
Singgang Ikan Tenggiri
Resepi asalnya singgang ikan kembong tapi saya tukar ikan tenggiri.
Singgang Ikan Kembong (Mat Gebu) terima kasih..sedapp!!
BAHAN-BAHANNYA
5 ekor ikan kembong, siang, cuci bersih dan toskan - saya gantikan dgn 3-4 keping ikan tenggiri
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
1/2 inci halia, dititik
2 biji cili hijau, belah 2 jgn putus
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 kiub ikan bilis "MAGGI" - saya guna jenama knorr
2 keping asam gelugor
Garam dan sedikit gula
Air secukupnya
saya tambah buah tomato dibelah 4
CARA MEMBUATNYA
Masukkan semua bahan2 diatas kecuali ikan, garam dan gula. Tuang air secukupnya (kurang lebih 1 liter). Masak hingga mendidih.
Tambah ikan, asam gelugor, garam dan secubit gula. Kalau suka boleh masukkan serai yang dititik atau bunga kantan. Masak hingga ikan masak, gunakan api sederhana. Rasa dan jika ok, boleh matikan api..
Friday, 12 September 2008
Kerabu Epal Hijau
Kerabu Epal Hijau
Bahan-bhan:
2 biji epal hijau - dihiris nipis memanjang
1 labu bawang besar - dihiris nipis
2-3 tangkai cili padi - dihiris nipis ( saya gantikan dgn cili hijau, sbb takde)
1sb minyak zaitun - optional
garam
gula
kacang tanah - digoreng & ditumbuk kasar
Cara-cara:
Gaul semua bahan di dalam bekas dan taburkan kacang goreng di atasnya. Sebaik-baiknya sediakan sejurus sebelum hendak makan, sebab epal ni cepat bertukar warna.
Mee Rebus Udang ala Singapura
Mee ini agak banyak juga menggunakan bahan-bahan. Jadi, saya hanya menggunakan bahan-bahan yang saya ada sajalah. Walaupun begitu, rasanya..hmm..not bad tau.. Kalaulah cukup semua bahan2, alangkah bahagianya..ukh..ukh..
Mee Rebus Udang ala Singapura (oleh: Mat Gebu@myresipi.com)
Bahan-bahan ( 5 orang )
500 g mee kuning - saya guna spagetti
2 keping tauhu, digoreng dan dihiris
3 - 4 biji telur rebus, dibelah dua
Limau kasturi secukupnya
Taugeh, dibuang ekor dan dicelur
2 - 3 kelopak salad kobis, dihiris halus - sy tak masukkan
Hirisan cili hijau dan merah
Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang
250 g udang sederhana besar - saya takde udang, kulitnya je sy ada
saya tambah ayam yg dipotong nipis
BAHAN-BAHAN UTK KUAH:-
3 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah kecil*
1/2 cm halia*
2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan* - saya tak letak
2 camca besar taucu, dicuci dan toskan*(*dikisar halus) - ni pun tak letak
2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dgn sedikit air
1 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
3 biji kentang, direbus hingga empuk dan dilecek halus
1 camca besar tepung gandum,dibancuh dgn sedikit air. (optional)
1 biji tomato, dibelah empat
Cara-cara
Cuci udang, kupas kulitnya dan asingkan isinya. Dalam periuk tuang sedikit minyak dan goreng kulit udang hingga kemerahan. Tuang air (anggaran 1.5 liter), masukkan belahan bawang besar, dan lobak merah (jika ada). Renih 30 minit utk mendapatkan stok udang. Buang kotoran yg timbul (seakan2 buih bewarna merah ketika mendidih atau dipanggil "scum"). Ketepikan
Dalam periuk lain, tuang 1/2 cawan minyak masak, goreng udang yg tlh dikopek selama seminit. Angkat dan toskan. Dgn minyak yg sama masukkan serai dan lengkuas diikuti bhn2 kisar dan rempah kari. Tumis hingga terbit minyak.
Tuangkan air rebusan udang, kentang lecek dan belahan tomato. Perasakkan dgn garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat. Boleh dimasukkan bancuhan tepung gandum jika kuah kurang pekat. Angkat dan boleh dihidangkan bersama mee.(kuah bergantung pada keperluan masing2)
UTK MENGHIDANG:- Celur mee dan masukkan ke dalam mangkuk, susun tauhu dan tauge. tuang kuah hingga 3/4 penuh. Hias dgn telur rebus, hirisan salad kobis, hirisan cili hijau/merah, udang yg tlh digoreng tadi, bwg goreng, daun sup/bawang dan belahan limau kasturi (boleh juga dgn carikkan daging ayam)... Bolehlah

Wednesday, 10 September 2008
Kuih Keria
KUIH KERIA (kak Rinn Chan)
Bahan-bahan:
2 biji ubi keledek saiz sederhana
1 cawan tepung gandum
secubit garam
Untuk menyira:
1 cawan gulapasir
1 cawan air
Cara-cara:
1. Keledek dibuang kulit, dipotong kecil-kecil dan direbus empuk.
2. Lecek ubi keledek.
3. Campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menggaul dan
menekan-nekan adunan agar bercampur.
4. Boleh ditambah tepung sekiranya adunan masih terlalu lembut tetapi
dikira sesuai apabila adunan sudah tidak terlalu melekat di tangan. Jangan
terlalu berlebihan menambah tepung kerana ini akan menjadikan keria keras.
Adunan keledek dan tepung juga tidak perlu terlalu sebati bercampur. Cukup sekadar
boleh dipegang dan dibuat gegelang seperti donut.
5. Gegelang keria yg sudah siap hendaklah di letak di atas dulang yg telah ditabur
sedikit tepung utk mengelak dari melekat.
6. Goreng keria hingga kuning keemasan dan ketepikan.
Untuk menyira:
1. Tuangkan air dalam kuali dan masukkan gula.
2. Masak sehingga larut dan mendidih. Biarkan larutan berbuih sehingga
keseluruhannya nampak keputih-putihan dan kelihatan bertai-tali jatuh apabila dilelehkan
dari senduk. JANGAN TERLALU LAMA SEPERTI HENDAK MEMBUAT GULA HANGUS.
Bila ini terjadi gula akan bertukar keperang-perangan dan ia tidak akan mengeras dalam
bentuk gula berwarna putih sebaliknya akan melekit dan mengeras seperti kaca!!!
3. Masukkan keria yg telah digoreng dan terus kacau sehingga gula mengeras
dan berwarna putih. Padamkan api dan teruskan mengkaupbalik keria.
4. Segera keluarkan dari kuali dan hidangkan.
Nasi Ayam Belanga
Nasi ayam yang sonang dan cepat. Nasi ayam ni kalau malas nak buat laukpun ok je sebab kat dalam nasi ni dah ada ayamnya. Resepi drp kak Rinnchan, tq ya..
NASI AYAM BELANGA (kak rinn)
Sumber : Buku Resipi Tradisional KELUARGA
Bahan-bahan:
2 pot beras
2 sudu besar minyak sapi ( Ganti dengan majerin pun boleh... )
Rempah tumis..Bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, jintan manis, jintan putih.
1/2 ekor ayam, direbus dengan air secukupnya
Garam seukup rasa
1 batang serai
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar kicap manis
Cara-cara:
1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil2. Rebus ayam + garam + serai sampai empuk. Simpan air stoknya untuk memasak nasi.
2. Basuh beras dan toskan airnya.
3. Perap ayam seketika dengan halia + bwg putih yg telah ditumbuk. Campurkan sekali kicap dan minyak bijan.
4. Panaskan minyak sapi dalam periuk/belanga dan tumiskan bahan2 rempah hingga naik bau wangi. Masukkan beras dan kacau2 seketika. Terus tuangkan air stok ayam.
5. Bila nasi hampir masak, susun ayam atas nasi dan letakkan daun pandan. Tutup periuk dan biarkan hingga tanak. Sesekali elok di kacau supaya rata masaknya.
Cara hidang :
** Boleh dihidang begitu saja bersama sup lebihan air rebusan ayam, kicap cair + cili padi dan cili sos cair + tumbukan sedikit halia.
saya cuma tambah ayam goreng je ngan ulam2 sikit..dah boleh makan..he2

Monday, 8 September 2008
Bawal Tiga Rasa
Ikan bawal memang sedikit tawar rasanya.
Beberapa hari lepas, disebabkan malas, sy goreng bodo je ikan ni, tak berapa laku la plak tak habis dimakan. Sib baik goreng sikit jer.
Kali ni kenalah rajin sket, tu yang buat ikan tiga rasa ni, supaya hilang rasa tawar tuu..heeee . Ternyata mendapat sambutan hangat!! yg penting, tak membazir..
thanks to mat gebu.
IKAN TIGA RASA (Mat Gebu) t.q
Bahan Utama:-
2 ekor ikan bawal hitam sederhana besar - saya guna bawal putih
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
4 batang puting jagung, hiris serong
1/4 ketul bunga kobis, potong kecil
1 batang lada merah, hiris kasar
1 batang saleri, hiris serong - sy tukar ngan timun (hiris bentuk jejari)
1 biji tomato, potong 6
1 camca besar gula
Bahan Tumis:-
1 biji bawang besar, potong berbaji
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 inci halia, diketuk
1 camca besar cili kisar
Bahan Sos:-
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos cili
1 camca besar kicap cair
Cara membuatnya:-
Siang ikan bawal, cuci bersih dan lumur dengan serbuk kunyit dan garam kemudian goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
Dalam kuali yang sama, ceduk keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 3 camca besar.
Masukkan bahan2 tumis dan goreng hingga garing, kemudian masukkan bahan sos kecuali kicap cair. Gaul hingga rata. Masukkan semua jenis sayur dan masak 2 - 3 minit.
Masukkan kicap cair dan gula. Kacau rata.
Tambah 3 camca besar air, kacau dan masukkan ikan bawal tadi.
Gaul hingga sos mesra dengan ikan. Angkat dan hias ikan dengan daun salad sebelum dihidangkan...
Puding Coctail
NOTA
Puding ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar]
atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk mmemakannya.....
kalau untuk buat hantaran ..kurangkan air dalam memasaknya dan hiaskan dengan buah campur saja.
*** saya buat setengah adunan je.
Puding Coctail (kak liza) t.q
bahan
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
6 gelas air
11/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air buah campur dlam tin...
1 tin buah campur [untuk hiasan]
Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan air buah campur dalam tin dan susu cair.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil].
Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah campur yang diasingkan tadi.
Saturday, 6 September 2008
Asam Kari
Asam Kari
Sumber : Mat Gebu. tq..best la.. (Copy frm fp Maklang)-tq
Bahan
500 g ikan pari (atau ikan merah) (maklang guna ikan tenggiri) - saya lak guna kepala ikan
10 batang bendi
3 biji tomato, dibelah dua
2 kuntum bunga kantan, dibelah dua setiap kuntum
Segenggam daun kesom
Sejemput asam jawa, dibancuh dgn 1/2 cawan air
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Bhn utk rempah:
6 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1/2 cm halia*
1 inci kunyit hidup*
1 keping hirisan lengkuas*
1 cm belacan*(*ditumbuk lumat)
3 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari ikan
Cara-cara
Ikan pari dipotong2 dan perap dgn sedikit garam dan asam jawa. Biar 10 minit dan bilas. Toskan.
Dalam periuk, panaskan minyak (kurang lebih 4 camca besar). Tumis bahan2 tumbuk. Masukkan cili kisar dan serbuk kari ikan. Tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
Masukkan air (kurang lebih 500ml) dan asam keping. Biarkan mendidih. Masukkan ikan pari, daum kesum dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
Masukkan jus asam jawa dan bendi. Perasakan dgn garam dan gula. Akhir sekali masukkan belahan tomato dan biarkan mendidih sekejap
Friday, 5 September 2008
Sotong Goreng Bersos Serai
Sedap tau sotong ni, berebut kami makan dua orang..Eh, nape 2 orang je? Besela dak Muaz tu mama dia masak apapun dia tak heran, telur jugak menjadi pojaan hati dia..
SOTONG GORENG BERSOS SERAI (Mat Gebu)-tq
Bahan Utama:-
700 g sotong
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng
saya tambah sebiji telur utk salut
Bahan Sos Serai:-
1 batang serai, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar jus lemon
1 1/2 camca besar "Hoisin Sos"
1 camca teh sos ikan (nampla) - saya tak letak ni
1 1/2 camca besar jus asam jawa
1 camca teh gula
1 biji cili padi, cincang halus
Cara membuatnya:-
UNTUK SOTONG GORENG:-Belah sotong dan potong besar2, cuci bersih dan toskan hingga betul2 kering, kalau perlu lap dengan paper towel. Gaul dengan garam dan lada sulah. Perap 10 minit.
Sedikan frying pan (kuali bontot rata), tuang minyak kurang lebih 1 cawan. Bila minyak panas, ambil sekeping sotong, golek2kan atas tepung gandum hingga rata dan goreng hingga kuning keemasan. 700g sotong tadi buat 4 - 5 kali goreng. Tambah minyak jika kurang. Angkat dan toskan atas paper towel.
UNTUK SOS SERAI:- Dalam mangkuk, satukan semua bahan2 sos dan gaul hingga semua rata dan mesra. Hidangkan bersama2 sotong tadi. Jika tak suka pedas, tak payah letak cili padi dalam sos tadi..
Sup Ekor Lembu Chef Wan
Apa-apa sup pun memang menjadi feberet hubby. So try la pulak sup ekor ni..
Sup Ekor Lembu Chef Wan
Bahan-bahan:
125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran - saya guna minyak sunflower je (minyak sayuran tu apa ek , ampuun )
500g ekor lembu, dibersihkan & dipotong2
2 sb ketumbar tumbuk
1 sb jntan putih
1 sb jintan manis
1 1/2 sb puri tomato
1.5 l / 6 cwn air
1 btg karot - didadu
2 btg saderi - didadu
1 biji kentang - didadu
garam
lada hitam yg baru dikisar
daun ketumbar - dihiris2
bawang goreng
Rempah Tumis
4 bj buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
Dikisar Halus2:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 btg serai, dihiris2
1 cm halia
Cara:
1. Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & tuskan.
2. Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam.
6. Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sblum menghidang.
Catatan: Utk jimat masa, masak sup ni dgn dlm masa 25min dgn periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1liter @ 4 cwn shj.
(Fuuuhh..punyala panjang, letih den menaip )
Wednesday, 3 September 2008
Sambal Ikan Kering
Sambal Ikan Kering
Bahan-bahan:
Segenggam ikan kering yg sesuai - dibasuh dan digoreng garing ( saya guna ikan kering yg kecik2 tu, apa nama taktau )
3sb pes cili
3 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 sb cili sos
1 sb sos tomato
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 tangkai cili merah/hijau (optional)
gula
minyak
sedikit air
* seme bahan2 di atas boleh di ejas mengikut citarasa sdiri, sy ni main taruk agak2 jer..hehe
Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 kisar hingga wangi dan pes cili hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, air asam jawa dan gula. Kacau hingga sebati, boleh tambah sedikit air jika terlampau kering.
3. Masukkan ikan kering, diikuti hirisan bawang dan cili. Kacau sebati. Bila kuah kering, bolehlah diangkat.
Daging Masak Kicap Tok Jah
Copy dari fp Maklang, thanks
Daging Masak Kicap Tok Jah
Sumber : Hellikonia -tq
Bahan
1/2 kg daging batang pinang - di hiris lebar
boleh juga dicampur dgn hati lembu (kepada yg suka..)
Bahan kisar
15 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 camca teh jintan besar ) disangai dan ditumbuk
1/2 camca teh jintan kecil )
1 camca teh lada hitam-tumbuk
sedikit air asam jawa
garam & sedikit gula
2 biji bawang besar - dimayang melintang
kicap pekat
Cara:
kisar cili kering, bwg merah, bwg putih, halia, lada hitam & jintan
tumis bahan yang dikisar, selepas naik minyak, masukkan daging
renihkan sebentar, masukkan sedikit air asam jawa, garam & sedikit
gula masukkan kicap selepas daging masak, masukkan bawang besar
yg telah dimayang .
Nota : maklang rebus daging dulu bersama kicap...air daging tu maklang masukkan sekali dlm masakan selepas menumis semua bahan...jadi mklang tak perlu letak gula mahu pun garam...hubby tak komplen rasa tawar pun... kira oklah tuh..
Tuesday, 2 September 2008
Acar Buah
Orang lain buat acar buah ni sebelum puasa, tapi saya dah start puasa barulah terkedek2 nak buat. Acar yang saya buat ni takla menarik sangat sebab tak banyak ramuannya, cuma ada kurma, prune & kismis je, jeruk buah tak de.. untuk makan sendirian berhad ok la kot..he3
Terima kasih pada chef noraini kerana berkongsi resepi dan maklang krn mempromosi acar ni. Saya kopipes dari fp maklang, thanks untuk kedua-duanya.
Acar Buah
Sumber : chef noraini
Bahan-bahan :
(A)
10 tangkai cili kering,direndam air panas
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
- Semua bahan dikisar hingga halus
(B)
500 gm buah-buahan jeruk (khas buat acar buah)
1/2 cawan minyak masak
1/3 cawan gula
3 sudu makan cuka
2 sudu besar serbuk kari
1/3 cawan puri tomato
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
garam secukupnya
1/4 cawan bijan, telah digoreng kering
Cara Membuatnya :
1. Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumis hingga naik bau wangi.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan puri tomato, serbuk kari, cuka, gula dan garam.Tumis lagi hingga masak.
4. Masukkan buah-buahan jeruk yang telah dibasuh dan bijan.Gaul sebati dan masak sebentar.
5. Angkat dan sejukkan.
Tip : Basuh buah jeruk ini dibawah air paip untuk menghilangkan asid yang berlebihan.Untuk lebih tahan lama, simpan dalam peti sejuk. Maklang campakkan kurma yg dah kematu dalam eksbox.

Ketam Goreng Berempah
Ketam goreng berempah ni feberet en. hubby. Kalau beli ketam, inilah menu yg dimintanya. So, tak payahlah nak susah2 nak pikir menu canggih lain. sempoi je Bahan-bahannya ialah, garam, serbuk kari, serbuk ketumbar, serbuk jintan, lada sulah dan serbuk kunyit. Gaul semua bahan2 ni dgn ketam, biar seketika supaya meresap dan goreng dalam minyak penuh.
Monday, 1 September 2008
Laksa Tumis
Saja nak try resepi laksa baru ni, laksa tumis!! dari Fp Ana . Memang meleleh...sedappp!!!, Next time kalau buat laksa lagi, insyaAllah akan buat laksa stail ni lagi. Thanks ana kerana share resepi ni ye.
Laksa Tumis (zana raman)
KUAH
1 kati ikan sardin aka ikan curut( Ikan selayang kot....kalau kat tempat len) - saya guna ikan mackerel
aka ikan kembung2 labu bwg besar
sedikit bawang merah aka bwg kecil
belacan
2 btg serai
sedikit lengkuas
cili kering lam 15 biji- agak2 la ikut kepedasan sendiri
hirisan nenas - saya tak letak
garam
air asam jawa
asam keping - 5 keping
ulam-ulamam (saya pilih ulam yg saya berkenan je)
Daun salad- di hiris halus
daun pudina- dihiris halus
Nenas - dihiris kecil and nipis
cili hidup atau cili padi
bawang besar - dihiris
limau nipis
timun
bunga kantan - dihiris halus
Laksa basah - saya guna laksa kering yg direndam dan direbus sampai lembut
CARA
1. Ikan direbus hingga masak. Asingkan isi dan tulang. Air rebusan jgn buang.
2. Kisar bahan untuk kuah. Kisar bwg besar, kecil, serai dan lengkuas.
3. Panaskan minyak.Tumiskan bahan bawang hingga naik bau. Then baru masukkan cili yang dikisar
bersama belacan tu..
4. Masukkan cili kisar dan goreng hingga hilang bau cabai dan masak(naik minyak). Then masukkan air
asam jawa. Masak hingga sebati.
5. Kisar isi ikan dan tuang lam air rebusan ikan tadi.
6. Masukkan bahan tumis dan beberapa hirisan nenas dan bunga kantan(belah empat)
7. Campurkan bahan yang ditumis tu bersama2 beberapa hirisan nenas dan asam keping.
8. Masukkan garam dan perasa secukup rasa.
9. Masak kuah hingga mendidih then masukkan sedikit daun pudina...
kalau suka boleh makan ngan otak udang (buat pes).