Summer break yang ditunggu2 dah pun tiba. Inilah cuti paling lama bagi semua sekolah di UAE ni iaitu sehingga bulan September nanti. Macam cuti hujung tahun kat Msia lah ni. Maka, apabila sekolah dibuka nanti, bermulalah sesi baru persekolahan bagi anak-anak di sini. Kalau di Msia, permulaan sesi persekolahan bermula pada bulan Januari, kat sini bulan September - Jun.
Hari ni Muaz last day gi sekolah dan kertas exam terakhirnya hari ni ialah Islamic Studies. Tak sabar dah dia tu nak balik jumpa tok dan sepupu2nya di kampung. InsyaAllah esok 19hb Jun, kami akan berangkat pulang bercuti selama lebih kurang sebulan. Memang ramailah manusia yang akan keluar dari UAE ni time ni sebab yang pertama ialah kerana cuti sekolah dan yang kedua ialah cuaca panas yang sungguh mencengkam kulit saat ini dan akan meningkat lagi Julai dan Ogos nanti. Balik Msia kita terjun sungai..hehehe.. buat kawan2 di Dubai yang belum balik tu, enjoy2lah kat shopping mall tu.. sale tengah gila sekarang ni. Tinggal2kan sikit untuk saya yer..
Kalau terdengar kelentang-kelentung kat dapur saya tu, haa itu bukan saya yer, itu assistant chef yang akan ambil alih sempena ketua chef pulang bercuti. Yang pastinya, rumah akan harum ngan bau maggi lah jawabnya, tak pun telur goreng..ekekek...
Kepada rakan2 fp terutamanya haryati n de gang yang bercadang utk buat gathering, terlebih dahulu saya mohon berbanyak2 maaf sekiranya tidak berkesempatan untuk berjumpa. Harap rakan2 dapat memahami keadaan diriku.. jika diizinkanNya insyaAllah bertemu jua.
Semoga berjumpa lagi di lain masa sekiranya dipanjangkan umur. Doakan semoga kami selamat sampai dan kembali nanti. Wassalam. Maa al salamah....

Salam Sayang...
