Followers

Tuesday 14 April 2009

Buat 1st check up dan bikin kek coklat...

Sahabat saya, anis minta saya masukkan entry pasal pengalaman mengandung kat blog. Jadi, nak citer tentang pengalaman tu takdelah menarik sangat pun. Saya mengandung kali ni macam dulu jugak, alhamdulillah takde alahan, cuma mood saya je kureng sikit. Jadi entry ni selain daripada coretan kenangan untuk diri saya sendiri, untuk memenuhi permintaan sahabat saya anis juga, yg sekarang dah berada kat msia nun.


Ok, sambung citer tentang 1st check up. Tiga hari lepas (12.04.09), saya gi hospital untuk buat 1st check up. Dua minggu sebelum tu hubby dah siap2 buat appointment ngan pihak hospital. Nasib baikla masa buat appointment tu boleh koling2 je, senangla sikit.




Di sinilah saya buat check up. Al Rafa Hospital for Maternity & Surgery. (gambar ni cilok dari internet je, tak koser nak snap sendiri tengah2 jalan besar tu). Hospital ni dekat je ngan rumah.

Kali pertama buat check up ni hubby nak temankan. Diapun tau saya berdebar-debar nak jumpa doktor..haahaa.. Kalau kat tempat sendiri biasa je la kan, ni tempat orang, lain sikit perasaannya tu. Alhamdulillah doktor O&G kat sini semua perempuan. Dr yang incharge saya ni namanya Dr Saleena, baik & friendly je dr tu. Jadi, untuk appointment seterusnya hinggalah bersalin nanti insyaallah dengan dr Saleena ni lah. 1st chek up ni cuma timbang berat, check baby's heart beat dan sesi soal jawab ringkas tentang latar belakang kesihatan. Selesai semua urusan dengan dr, kena buat appointment untuk blood test pulak. Malas nak tangguh lama2, sayapun sanggup datang esoknya untuk buat blood test. Jadi esoknya kenalah puasa start dari pukul 11 malam sampai pagi tak boleh breakfast. Perut mesti dibiarkan kosong sebelum darah diambil.

Pagi tu, (13.04.08) pukul 7.10 a.m saya dah terpacak kat hospital untuk buat blood test. jarak hospital dengan rumah cuma 5 -7 minit je. Kali ni pun hubby temankan juga. Lagipun dia nak buat pembayaran sekali kat situ. Kami buat bayaran secara pakej, lebih senang. Semasa hubby uruskan bayaran tu, nama sayapun dipanggil.. 1 tiub jugakla darahku disedut hoho...nasib baikla tak sakit. Selesai semua urusan, balik semula ke rumah. Pagi tu, angin bertiup kuat dan malam tadi hujan turun lagi di dubai, alhamdulillah. Masa nak balik tu, sempatla snap gambar ni...


Nampak tak tu, awan berarak..mendung kelabu..ahaks..
Kalau musim panas, payahlah nak nengok awan camni yer.. pandang langit nampak clear blue sky aje sepanjang berbulan2. Tapi sekarang cuaca tak menentu, still lagi hujan turun walaupun dah masuk musim panas ni. Semua orang kat sini memang suka kalau hujan turun, yahoooo...gitu!


Ada kesan basah, kesan daripada hujan semalaman.


Tak abis lagi citer tentang blood test ni. Petang tu, selepas lunch kena gi lagi sekali untuk amik darah kali kedua. Kali ni pi sorang2lah pulak. Kalau tadi, amik darah semasa perut kosong kan. Sekarang, selepas perut dah berisi, tapi kena tunggu 2 jam selepas lunch. Dalam tempoh tu tak boleh isi perut lagi ok, kena biarkan kosong selama 2 jam sebelum amik darah untuk kali kedua pulak, macam2 kan. Kali ni satu tiub lagi darahku disedut..huhuh..
Rasa2nya kat msia dulu takde pun kena amik darah dua kali dalam masa sehari cenggini, kecuali untuk ibu2 yang kena diabetis je, betul tak? Sebenarnya hari ni (15.04.09) saya ada appointment lagi untuk buat scan baby. Nampak gayanya tiga hari berturut2 kena pi hospital ni, huhuu... Tapi lain kalilah pulak citer tentang scan tu yer.



Kita tukar topik. Inilah susu yang saya minum hari2. Saya ni memang tak berapa gemar sangat minum susu. Tapi dah preggy ni kenalah minum. Susu ni sedap jugaklah kalau nak compare dgn fresh milk yg dalam botol plastik tu. Susu ni saya bolehla minum satu gelas penuh tu. Kalau nak ikutkan lidah saya, susu perasa strawberi @ perasa coklat tu mmg lagi sedap, tapi manisla pulok..tak sesuai nak minum hari2. Muaz pun guna susu ni untuk makan cereal dia. Jadi satu pek ni saya kongsi dengan muaz.



Ok, abis citer tentang orang preggy, now citer tentang orang tak preggy pulak. Sapa lagi kalau bukan Muaz. Dia ni selalu mintak saya buatkan cookies untuk dia. Dia pulak yang mengidam macam2, huh ...Saya ni memang malas benar nak buat, saya kata beli jer lah dia tak mo, nak yang buat gak. Agaknya dah jemu kut makan yg beli. Sayapun buatlah kukis yg dia nak tu tapi ngelat sikitlah sbb nak cepat saya beli tepung cookies mix tu, balik umah gaul2 je, bulat2 leperkan n bakar. Takde gambarpun sebab malas nak snap kukis tu bukan cantik sgt kembang2 sebesar setengah tapak tangan ni ha..hamek ko..

Tapi memang dia pulun makan, dia kata sedap. Dia sorang je yg abiskan semua. Pastu baru2 ni dia minta saya buatkan lagi..hoho... So, nak ngelak dari buat kukis tu saya buatkan lah kek cekelat, sbb kek lebih senang dr kukis. lagipun mmg dah lama tak baking kek ni. Mula2 saya buat kek kosong je takde salut ganache pun, tapi bila muaz tengok je kek tu kosong, dia tnya, nape kek ni takde topik? (topik=topping ler tu). Ooo..nak topik pulak dahhh..Terpaksalah saya buat 'topik' gak walaupun xde stok coklat masakan. Hentam je bubuh milk coklat yang untuk makan2 tu jer(cairkan), janji nampak ada coklat kat atas kek tu..ngengada betul pakcik ni.


Kek ni saya tak makanpun, sekadar rasa sikitje. Sape nak abiskan ni, saya memang tak lalu nak menelan kek sekarang ni. Jadi, separuh bagi kat hubby bawa kat member2 opis dia, separuh lagi untuk muazla. Resepi kek ni dari Myresepi, nanti saya tepek kemudianlah ye. Sebenarnya haritu dah copy dan letak dalam fail asing tapi sebab laptop tu dah kong kalikong, abis seme resepi yang sy dah copy tu.

ok, ni resepinya yer..sape yg terliur tu blehla cuba...

Kek Coklat Kukus (rahah@myresipi.com)

Bahan-bahan ( saiz kek acuan bulat 20cm )
Bahan A
1 cawan serbuk koko - saya kurangkan jadi 3/4 cwn
1 cawan gula pasir
1 cawan susu segar
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
Bahan B
* 1 sudu teh bikarbonat
* 1 sudu teh baking powder
* 1 1/4 cawan tpg gandum
ayakkan bahan *
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur
Aising Coklat Satin (saya guna separuh dari bahan2 sbb banyak sgt...)
150g coklat masakan -cairkan
200g mentega
125ml susu pekat
2 sudu besar susu segar
4 biji kuning telur
(**saya tak buat aising mcm ni, tp buat topping simple jerk)

Cara-cara
Masak dan cairkan bahan-bahan A atas api yg kecil hingga sebati
Sementara masak bahan A, pukul telur hingga kembang
Campur bahan A yg telah masak tadi ke dalam telur yg sudah kembang beserta esen vanilla, pukul sebati.
akhir sekali masukkan bahan B yg telah di ayak bersama-sama, kacau sebati.
Masukkan ke dlm baking tray dan kukus sekurang-kurangnya 1 jam. Letakkan aluminium foil di atas baking tray.
Untuk buat aising, mentega di pukul hingga kembang kemudian masukkan kuning telur, susu pekat, dan susu segar. Pukul lagi hingga rata kemudian tuangkan coklat cair (pastikan ia sejuk tapi masih cair) dan kacau hingga rata. Simpan dlm peti sejuk sebentar tetapi hendaklah di kacau setiap 2-3 minit spy ia tidak membeku. Bila cukup pekat sapukan pada kek.



Opss, sebelum terlupa, saya nak ucapkan terima kasih kepada Aishah di bumi sakura dan Big mamma a.k.a Tie yg sudi memberi award yg kiut miut ni, syukran jazilan..



Award drp Aishah...tq!!
Award drp Tie... tq!!

17 comments:

  1. Salam zai..

    huhuh..kalau darah kena sedut banyak kali kena lah ganti balik makan berpinggan2 ek... seriau gak nie kalau bab2 kena amik darah..kuikui..

    ps... hehe muaz plak yg mengidam..bukan apa ..bila mama dia x lalu nak masak dan kuar resepi yang vogue2....tu yg dia rindu tuuuu :)

    ita dubai

    ReplyDelete
  2. zaiy..

    Dah sihat ke skrg? kami sekeluarga kat sini pun batuk2 & sakit tekak..musim agaknya. Dah berapa usia kandungan..anak UAE la ni? bersalin sini ke kawan??

    Muaz tu excited nak dapat adik..tu yg manja lebih & mengidam macam2..:)

    ReplyDelete
  3. salam malam yg digin yong..ekeke syiokk laa baca n3 niee..anisss gooddd job! bole sahre gan yong ahaks walupon x nandung..nekPP pon nompang sekaki ler sbb xgek nandung2 hahaha..

    dubai skang dah xmcm dulu sejak cuaca xmenentu nih..dah mcm kat mesia ler kitaa..yeyyyy...

    sweet dremzzz yongg...nekPP mcm keluang payah nak tido nihhh...

    ReplyDelete
  4. Salam Zaiy,
    Heh Heh...amik darah 2x sehari ekkk...ok lagi tuuu !! Masa krinn sekolah dulu pernah kena allergi makanan, so habis satu badan gatal2 dan bengkak. Nak tauu...dalam masa 2 hari, doktor amik darah 12x zaiy.... Amik guna syringe pulak tuu..hmmm. Ok, jaga kesihatan ya, jgn malas2 layan selera muaz nanti turun kat baby plak!..lawak jer noooo..
    Re : Ha ah, kena gulung dari sudut baru kemas dan mudah nak gulung. Lepas tu kalau nak elak kulit popia dari terkoyak atau terburai. amik satu sudu besar tepung gandum dan renjis2 dgn air. Buat mcm gam.. dah siap gulung popia tu..nanti hujung kulit tu bubuhlah gam tepung tu dan lekatkan. InsyaAllah tak terburai/koyak....

    ReplyDelete
  5. ita dubai> mmg pun ita, balik dr hospital tu rasa lapar semcam jerk..:p)

    ziana> alhamdulillah..dah sihat.batu2 n sakit tekak tu besa lah kat sini kan, kalaupun baik kejap je pastu dtg lagi. skrg dh masuk 14wks. cdg tu nk bsalin kt sini je.

    nekPP> harap2 nanti jangkit kat nekPP ngan anis la plak..ahakss..

    rinnchan> adeiii kak rinn..byknye dr amik darah tu!mesti lemah je rasa lepas tu kan. selera muaz tu kat makanan yg ada coklat je, kalau yg lain dia xpnah minta buatpun, mkn nasi pun kena dipaksa..hehee.. terima kasih byk kak, sudi share tips2 tu, insyaallah akan jd panduan bila saya buat popia len kali.

    ReplyDelete
  6. Salam.
    zaaiyy tqvm ...
    kebetulan buka blog ni..terus nampak entry ni..seronoknya baca ...pengalaman berharga ni, rugi kalau tak share kan....

    Jgn lupa tepek gambar bila dah scan kandungan nanti yer...:))

    Nek pp mudah2 kita berjangkit ler jugak......hehehe

    Zai kek tu...aduhai nampak menyelerakan sungguh.........org yg tak ngandung ni dah maleh nak buat dah......asyik dok beli jer..
    mudah2 lepas ni rajinlah.....:)

    Jaga diri ya zai..... hope everything will be fine n semoga sentisa bertenaga untuk menulis entry2 yg seterusnya.

    ReplyDelete
  7. Yehhh.. abis cerita org preggy, pastu ke cuaca menduk berarak.. :-) muaz la pulak... yg dok mengidam ye Kak Zai.. tapi susu tu.. bukan aje muaz suka.. aunty gee yg tgk ni pun dah terliur2..

    Di dubai mmg bayaran in package la ye? eh, ye gak kan..rasanya sekai je kat hosp sini ambik darah.. heheh sure la lesu pastu..
    Resepi cake jln lupa tu... tak pun letak link aje :-)

    ReplyDelete
  8. salam...bestnya dengar citer org mengandung dan nak timang baby...kita ni kena pencen sebab dah 4x kerat perut...huhuhu
    Sedap nampaknya kek coklat tu, moist je....resepi nor67 kat myresepi tu pun best gak, cubalah bila muaz ngidam kek coklat lagi...hihihi

    ReplyDelete
  9. la..ngandung ke?....tahniah zaiy...jaga kesihatan baik baik...

    ReplyDelete
  10. uissshh kek tu nampak menyelerakan... sib baik saya ni kurang sikit bab2 kek ni... sekadar sepotong blh la, itu pun potong kecik je.... heheheh amboi muaz macam2 peel dia ye.... saja x nak bagi mamanya dok goyang kaki ye... nak bagi mama dia aktif hehehehe

    Re: kak, bkn saya yang ganas kak... tp memang dah nak putus kot sbb byk tangan dah menerai.... so bila tiba time saya lak yang kena... huhuhuhu x tahan kot.... tp x pe leh jahit balik... jahit sendiri pun blh....

    ReplyDelete
  11. huhuuuu..muaz pun ngidam juga ka, siap mintak kek yang ber topik lagi....selalu2 lah mengidam ya muaz.

    ReplyDelete
  12. Bagus doktor semua pompuan....tak segan sgt bila nak bersalin nanti.ni hosp swasta ya...kalau kat sini tak ada rasanya hosp bersalin swasta...klinik swastapun tak byk. lain cara kat sana ambil darah tu..sebelum dan selepas makan...
    Muaz mengidam...he..he..nasib baik habis licin biskut ibunya buat..berbaloi tu.kek bertopik...luculah Muaz..tp kek tu nampak moist sgt...yummynya.
    re; Muaz boleh gang dgn Syafiq suka membeli..tp Syafiq tak takut dgn mamanya..mamanya pula mudah alah dgn rengekannya..tak tahan dengar dia non stop merengek selagi tak dpt.dgn abahnya dia takut sikit....

    ReplyDelete
  13. salam jumaat yang berkat..
    baru tahu akak tgh mengandung anak ke 2!
    tahniah kak!
    jaga kandungan baik2 ye!
    jaga kesihatan.. jaga diri..
    t doakan semuanya selamat sehingga akak melahirkan nanti. insya allah..
    sayang akak..
    tq sudi amik award tu... :-)

    ReplyDelete
  14. kalo kene demam denggi lg naya kene sedut darah...ari2 lak tu..kalo 2 minggu dok spital ...amikkkk...tgn dah mcm mat pet tegar...kekekek....

    ReplyDelete
  15. Lama tak melawat Kak Zaiy..Rindu betul ngan akak..Tahniah bakal dapat baby tak lama lagi..Take Care..

    ReplyDelete
  16. salam kak zaiy...
    lama x jenguk akak...org penat br blk dr jenjln..huhuu wahh akak dah gi spital erk?? bestnyerrrr dah scan sume...kita abukk pun tarak! wat buduh jekkk huhuuu kak zaiy sedapnyerr kek cokelat..lama x wat kek..ermm aritu kita dah mkn yong tau fu kt london lepas kempunan aft berbulan2 teliur kt yong tau fu akak..sib baik jumpa kt malaysian hall...smlm kita mkn durian..angkut sebijik fr london huhuuu sengih sampai tinger dpt pulun seulas dua! hahaaa

    ReplyDelete
  17. patut lah dah lama tak nampak zaiy kay fp rupa2nya kat sini dia menepek plak daaa...naper tutop fp zaiy ..kite rindu lah.....dr putrimlm@fotopages

    ReplyDelete