Followers

Thursday, 30 April 2009

Nasi Tomato & The Gang

Dua hari yang lepas, iaitu hari Rabu, ada tetamu datang ke rumah iaitu anak buah hubby n kawan2nya seramai 3 orang. Mereka ni on the way nak balik Msia dr Tehran dan transit di Dubai. Sebenarnya anak buah hubby ni dah 3 kali dah singgah ke rumah kami setiap kali dia pulang dari Tehran. Setiap kali dia datang, adalah beberapa orang kawan yang dibawanya bersama. Disebabkan mereka sampai waktu tengahari, jadi saya masaklah nasi n lauk-pauk. Pencuci mulut sekadar buah-buahan saje. Saya buat juga pengat pisang untuk makan petang. Lepas makan n solat asar, dorang pun keluar merayau untuk xtvt shopping di Old Souq n Naif.

Saya ni dah beberapa hari dah pening pikir nak masak apa untuk dorang ni. Segan jugak kat kengkawan anak buah tu sebab dorang ni senior2 belaka, maklumlah saya ni bukan pandai sangat memasak..hehee. Pikir punya pikir buat nasi tomato lah, lauk2nya takla banyak sangat. Jadi takla susah mana. Nasib baik gak hubby amik cuti hari tu, bolehla dia tolong basuh pinggan mangkuk seme. Kali ni dia bagitau awal. Pernah sekali tu dia buat lawatan mengejut, dah sampai airport dubai baru call bagitau nak datang umah, huh..haru biru saya masa tu..wakakaa..
Jadi, inilah antara lauk pauk yang sempat dimasak.

Ayam Masak Merah

AYAM MASAK MERAH (kak liza, tq)

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos

kacang peas - tak letak
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat



Kerutup Udang(@ kerutuk?)

Resepi ni saya tukar je daripada resepi kerutuk daging (tukar kpd udang) yang saya pernah buat sebelumni.

Kerutuk Daging
oleh Makyong@myresipi.com
Sesuai untuk dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih

Bahan-bahan ( 5 orang )
500g daging - saya guna 1/2 kilo udang sederhana
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik

[bahan tumis]
1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak

Cara-cara
Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
Panaskan minyak
Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
Kemudian masukkan campuran rempah tadi
Masak sehingga pecah minyak
Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
Siap untuk dihidang.

*** kalau tukar kpd udang, udg tu digaul garam n serbuk kunyit dan digoreng sebntar anggaran separuh masak @ kulit bertukar kemerahan, angkat n toskan minyaknya, ketepikan. Udang ini hendaklah dimasukkan di waktu akhir, masa kuah dah memekat, kacau sebentar dan angkat. Jgn lama2 sbb udg dh pun digoreng sebelum tu, berbeza dgn daging yg memerlukan masa untuk empuk..



Pajeri Nanas

Pajeri Nanas (kakliza)-tq

Bahan
1 biji nenas [potong kecil]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Cara membuat
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak

Nota Tambahan
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.

Acar Timun Karot

Papadom

Nasinya tak sempat nak posingla sebab hidang last sekali, takut sejuk pulak kalau hidang awal2. Jadinya masa tetamu dah dtg baru keluarkan nasi. Jadi xdelah gambar nasi sebab lupa dah masa tu, (tapi saya letak juga resepi nasi untuk rujukan kemudian hari) yang ada cuma yang ni je..dah siap boh dalam pinggan.Ini nasi saya nak makan dulu sebelum tetamu sampai...hehehee..sebab apa saya makan dulu? Saya dah tak tahan lapar ni.. boleh gitu?


Nasi Tomato (kakliza-tq)
Bahan-Bahan:
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..

14 comments:

  1. seronoknya anak buah hubby zaiy dan kawan2nya tu sbb dpt hidangan yg lazat2 ni...terliur betul sya tgk ayam masak merah ngan kerutup udang tu...heheh..dlm dh nk sarat2 ni, rajin lg zaiy masak bagai2 ye...kalo sya, mgkn nasi tomato ngan ayam masak merah tu je kot...

    ReplyDelete
  2. Amboi k Zaiy, cedappppnye makan2... lama dah tak buat nasi tomato nie... tgk lauk pauk yg best bangatt tue, geraammmm....

    ReplyDelete
  3. zaiy, kite nie kalau org nak dtg sure dah beberapa hari b4 tu dok pikir nak masak ape kan..he..he.. moi pun gitu gak... sedapnye nasi tomato n laukpauk tu

    ReplyDelete
  4. INI LAUK RAJINNNN YONGGGG...

    ReplyDelete
  5. YONG..NAK RESEPI KETUK KER KERUTUK KERR KERUTUP KERR...wahaksss...

    ReplyDelete
  6. Set nasi tomato utk tetamu....pepodompun ada...puas hati tetamu jauh mkn ni..sedap.
    tuan umah mkn dulu....kira food testing tu..he..he..
    betul tu Zaiy, kalau tetamu nak dtg kita pening dok fikirkan apa nak jamu...kalau tetamu dtg mengejut tu kira nasiblahkan..apa yg ada aja dpt dijamu..

    ReplyDelete
  7. zaiy..nampak sedap semua yg awak masak tuh..

    ReplyDelete
  8. oiit.. kak long.. rajin nyo..!

    ReplyDelete
  9. baayah> hrp2 seronoklah depa makan wlpun xseberapa.

    aymy> masakan yg xseberapa, tuan umah xberapa pndai n tak berapa rajin..huhuu

    qistina> tu lah saya ni pk punya pk, sudahnya kuar yg bese2 je..huk3

    nekPP> lauk yg rajin, tuan dia tak..ekeke..
    resepi menyusul nanti ye..

    mamasya> tuan umah dah xtahan amik bau je, kena testing dulu..haha

    atty> tq atty

    paij188> maner leh lawan kerajinan org tu...

    ReplyDelete
  10. tengah2 malam ni nampak lak makanan yang menyelerakan ni memang berdondang sayang la perut ni,.... abih tu camno nak diet... hehehehe

    akak jemput ke umah saya ambik tugasan... tu pun kalau rajin nak buat la...

    ReplyDelete
  11. Salam, saya pun sllu wonder sbnrnya kerutup ke kerutuk?

    ReplyDelete
  12. Zaiy............

    Abah dah sampai airport ni......nak singgah umah Zaiy...ni....Zaiy masak apa hari ni......nasi iran ke atau nasi kerabu......hahahaha

    teringgin nak singgah umah Zaiy....sebab makanan nya sedap2....nanti abah transit ...abah singgah ye.....

    ReplyDelete
  13. iezah> makan makan jugak, diet diet jugak..heehee..

    lee lin> itulah kan, yg pasti, kerutuk @ kerutup ke xkisah, janji sodpa..kena tgok kamus ni, kalu rajin hehe..

    abah along> kalau abah nak sggh boleh je, tapi kena bgtau awallah ye, senang saya nak study resepi dulu..ekekeke..

    ReplyDelete
  14. kak zaiy...
    ikshh mkn sedap cmni sure gosok perutlaa tetamu2 akak! heheee bestnyeee pajeri nanas tuuu..ehh ni kita dah berangan2 nk mkn pajeri ngan nasi minyak or tomato tp agak2 kalau mkn skit jek barang 3-4 potong buleh ker time2 peknen ni??? dapnyerrrr nanas!

    ReplyDelete