Followers

Friday 7 May 2010

Rojak Petis

 Assalamualaikum.....

Sejak berpindah rumahni, internet tak berapa elok sangat, payah betul nak buka blog. Nak meronda blog kengkawanpun jadi terbantut. Ditambah pulak dengan masalah laptop ni yang suka sangat off sendiri secara tiba2..geram jerrrrr... sabar je la.. layan rojak petis laggggiii bagusss..ngeeee~
First time buat dan makan rojak petis ni tau. Duk Malaysiapun tak pernah makan rojak ni. Rojak buah saya taula.. Petisni pun dapat daripada seorang kawan..terima kasih banyak2. Resepini pulak daripada sifu terkenal Mat Gebu. Terima kasih yer..sedapppp.. Tengahari tadi kami tak makan nasipun, meratah rojak petis ni jerrrr....


Sengkuang memang takde di Dubai ni..campak bahan yang ada je lah kan...





Rojak Petis CMG

BAHAN SOS PETIS :-)

1 botol kecil petis
1 ketul gula melaka
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan kicap pekat

BAHAN TAMBAHAN :-)

Kacang tanah tumbuk
Jus asam jawa
Kicap cair
Gula
Cili padi, dikisar halus

BAHAN ROJAK :-)

Kangkung, siang, cuci dan celur, toskan
Taugeh, buang ekor, cuci dan celur, toskan
Tauhu, digoreng dan hiris
Timun, cuci dan hiris
Nenas, kupas, dan hiris
Sengkuang, kupas, cuci dan hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
1.UNTUK SOS PETIS :- Satukan semua bahan sos petis, kacau rata dan masak hingga mendidih. Kemudian kecilkan api dan reneh hingga sos petis memekat, kacau sekali sekala. Matikan api dan biar sejuk.

2.UNTUK KUAH ROJAK :- Ambil 4 - 5 camca besar sos petis dan satukan dengan kacang tanah, cili padi (agak2 yea..kalau nak pedas atau tidak), gula dan sedikit jus asam jawa. Kacau rata dan rasa, jika kurang masin, tambah kicap cair. Pendek kata pandai2 lah sesuaikan rasa.

3.UNTUK ROJAK PETIS :- Satukan bahan rojak (yang ni pun pandai2 juga lah agak, supaya sepadan dengan banyak mana kuah rojak yang anda buat tadi) dan gaul rata. Alih ke dalam pinggan sesuai dan jika suka tabur sedikit lagi kacang tumbuk sebelum dihidangkan


Sepinggan ni makan dua orang....tapi tak cukup...tambah lagi dan lagi.. heeeeeeee....

8 comments:

  1. salam zaiy..... aduyaaaaiiii.... menggoda kalbu sungguh ler..... tp so far hanya timun n rojak petis jer yg ada... bahan2 lain nehi...... huhuhu

    ReplyDelete
  2. salam ZaiY...terliur dah!n akk masuk blog ni nk cari pic pai'...nak pnjam jerr pic dr dapur zai..larr terhidang pulak rojak petis! pinjam gak gambar...saja nak meracun ankandaku'..dia dh merajuk tu...heeiiiii, nnti akk tempek resepi akk nyer rojak petis versi cik nor...kawan2 lama satu rumah waktu di pj...kak dah nyer resepi akk dah tempek...asam rebus n rndang udang, ada pic asikrem msia, sotong n masak taucu akk pinja gak...tq, c n p...ok,selamat memasak zai...

    ReplyDelete
  3. salam zaiy'selamat hari ibu'..nanti ambil bunga kt umah k.atie yer..

    ReplyDelete
  4. salam kak zaiy mengancamnya rojak akak ni terliur hehehe

    p/s singgah blog ambil award pro memasak :)

    ReplyDelete
  5. masuk2 je terus kecur liur nengok rojak..

    ReplyDelete
  6. amboii kak zaiy...
    rojak dia mmg menggugat sungguhlaa!!!
    huhuuu syoknyaaa kalau dpt hadap ni ptg2 sure x mkn nais dah kenyang kunyah sayur :)
    happy mother's day kak zaiy
    moga ceria2 selalu...disamping mufid & muaz

    ReplyDelete
  7. salam kak zaiy
    rojak akak ni sexy arr.. menggoda t tau! t tgh menelan air liur dan jilat2 bibir ni tau! haha..

    akak, sila ambil award pro memasak di blog t ye? u berhak utk itu.. tq..

    ReplyDelete
  8. salam...selamat hari ibu dan selamat hari guru...kat malaysia ni mkn kuah rojak mak bee je...huhuhu

    ReplyDelete