Followers

Wednesday 5 May 2010

Pulut Kuning dan Serunding Udang Kering

Assalamualaikum....

Pulut kuning dan serunding udang keringni dah lama buat.. Masa buatni, saya belum pindah rumah lagi. Pulut kuningni memang senang dan cepat sebab guna teknik ekspres, iaitu tanak dalam rice cooker macam tanak nasi tu..tapi tanak dengan santanla ye. So..sesiapa yang teringin nak makan pulut kuning, dan malas nak masak stail kukus yang kena ambil masa (untuk rendam dan arong santan dan kena kukus 2 kali plak..) bolehla cuba cara ni.. kejap jer dah boleh bersantai sambil makan pulut kuning versi ekspressss... kih3..Terima kasih banyak2 kepada As yg tinggal di New Zealand krn berkongsi resepi ekspres ni.




Pulut Kuning Express

Bahan-bahan ( 5-6 org makan ) ...

• 2 cawan beras pulut
• 1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
• 1 sdt garam
• 1 helai daun pandan
• 1 sdb minyak masak
• Sedikit serbuk kunyit


Cara-cara...

1. Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
2. Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak..
3. Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..
4. Kaedah yg sama ini juga boleh digunakan( jgn masukkan serbuk kunyit) memasak pulut utk kuih serimuka , pulut serunding..pulut ini juga enak dimakan bersama serawa durian..
5. Selamat mencuba! ^_*



Resepi serunding udang kering pula saya cilok daripada blog sifu Mat Gebu. Memang sungguh sedap. Sengaja buat lebih dan simpan untuk makan dengan nasi. Terima kasih Mat Gebu...

Serunding Udang Kering

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 biji kelapa kulit basah (kelapa untuk buat inti), diparut putih ~ saya guna kelapa kering je
3 camca besar gula melaka
3 helai daun limau purut
Garam dan sedikit gula (jika perlu)
2 1/2 camca besar udang kering rendam 10 minit dan toskan* ~ saya letak lebih
10 tangkai cili kering, kerat dan rendam dalam air panas, toskan*
10 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3/4 inci lengkuas*
3 batang serai, dihiris*
1 1/2 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*
1/2 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga wangi, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa (jika kurang manis, boleh tambah gula pasir sedikit), terus menumis hingga garing. Masukkan kelapa parut dan daun limau purut, gaul rata.

Pada api sederhana, kacau serunding tadi hingga kering dan sedikit berderai (tapi masih lembap). Rasa dan jika ok boleh matikan api, terus mengacau hingga serunding menjadi suam. Alihkan ke dalam bekas sesuai. Biarkan sejuk betul2 sebelum ditutup....


5 comments:

  1. salam zaiY..
    sedapnye nak cikit..

    ReplyDelete
  2. salam kak..oo senang je nak tanak pulut cam ni..thanks share

    ReplyDelete
  3. suka sgt tp alah pada pulut

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing this recepies

    ReplyDelete
  5. salam kak zaiy..
    wahh akak ni pindah umah ker pindah negara?
    rasa cam ritu ckp nk blk for good...huhuu
    ikshh kita plg suke pulut camni mkn ngan serunding uu kalau kt kampung mummy rajin wat tuk bekfast, kenyang sampai tgh. heheee tp skrg dah malas nk tanak pulut..x reti guna rice cooker..dulu masak ngan microwave jek tp microwave dah kong huhuu nk kukus lg laa malas!

    ReplyDelete