Followers

Sunday 13 September 2009

Kuih Lopes dan Buah Melaka Pengubat Luka

Kuih lopes ni ialah kuih untuk berbuka semalam. Sebelumni saya ada story tentang kepayahan nak dapat kelapa parut kat sini. Alhamdulillah baru2 ni hubby jumpa satu grocery kecik (dekat ngan rumah aje pun) ada jual kelapa parut. Sebelum ni duk lalu lalang depan tu tak pernah singgah, mentang2la grocery tu kecik comey jer, tak sangka ada jual kelapa parut. Lepas ni senangla nak kelapa parut memang terjah situ ajelah.

Kuih lopes ni ada macam2 cara membuatnya. Lain orang lain caranya. Ada orang buat cara rebus. Saya buat kuih lopes versi mak, tak payah guna santan, caranya ialah tanak pulut, balut dengan daun pisang macam bentuk silinder dan kukus, tapi duk sini payah nak dapat daun pisang saya gantikan dengan aluminium foil ajelah untuk balut pulut tu.

Kuih Lopes
Bahan-bahan:

Beras pulut (sukatan terpulang)
Air secukupnya ditambah sedikit pewarna hijau
(kalau ada daun pandan bolehlah ambil air daun pandan, lagi sedap)
Kelapa parut secukupnya digaul dgn sedikit garam- untuk gaul kuih

Air gula:
bahan:
gula melaka/gula kabung secukupnya
air secukupnya
Kalau nak tambah gula pasir/ brown sugarpun boleh juga
Cara:
Campur semua dan masak hingga mendidih dan gula hancur, tapiskan.

Cara Memasak Pulut
1. Cuci beras pulut spt biasa.
2. Masukkan air sehingga air melebihi paras beras anggaran 1 cm sahaja.
3. Gunakan rice cooker (lebih mudah tak berkerak)tapi kacau juga sekali sekala ye.
4. Masak seperti memasak nasi biasa
5. Dah siap masak, cedok pulut suam2 tu letak atas aluminium foil. Gunakan plastik/sarung tangan plastik untuk membentuk pulut seperti silinder dan balut pulut tersebut supaya padat. lipat hujung aluminium foil supaya pulut tak terkeluar.
6. Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu lebih kurang 15 min.
7. Apabila pulut sudah sejuk, potong ikut ketebalan yang disukai, gaul dengan kelapa.
8. Kalau nak potongan kuih yang cantik dan tak melekat, jangan guna pisau, sebaliknya guna seurat benang.


Beginilah cara saya balut kuih lopes dengan menggunakan aluminium foil tu....



Dalam entry yang lepas ada citer sedih tentang buah melaka yang keras tu kan. Jadi nak mengubat hati yang luka frust sebab tak dapat nak makan buah melaka tu, saya buatlah lagi sekali ni. bukan apa, sebenarnya yang nak makan sangat kuihni ialah my hubby. Dia pulak yang mengidam lebih..hoho..Sib baikla bini dia ni rajin tahap gaban kan.... (uwek,,!!). So, kali ni dah tentulah menjadi sebab guna tepung pulut yang betul dan sah, bukan tepung beras!


4 comments:

  1. wow...sedapnye kuih-muih dr Dubai nih...terliur gak ina pandang walaupun bru jer lepas sahur...ekeke~

    ReplyDelete
  2. terima kasih sebab jenguk blog kak gerau. Salam kenal.Wow Hebat betul kuih lopis macam batang pisang tu. Boleh buat pukul orang.he he he. Kreatif la.

    ReplyDelete
  3. salam zaiy...

    saya pun teringin nk makan kuih lopes tp lom sempat wat lg.....

    kes tepung beras tu ala2 sama ngan saya jek... kikiki (tp malu nk habaq benarnyer).....

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya kak... bila akak balik dubai? dah lama x masuk cni.. bizi skit skrg ni...

    kak, jom change link blog ni haa.. senang skit nak tau apdet terkini..

    ReplyDelete