Followers

Monday, 7 September 2009

Tepung Pelita

Salam..

Buat tepung pelita ni 2 hari yang lepas. Resepi from Yani @myresipi. Nasib baik ada resepi ni, hilang rindu nak makan tepung pelita. Terima kasih yani. Dulu masa kat kampung kakak ipar rajin buat kuihni tapi dalam kotak2 kecil yg dibuat dr daun pisang tu, yang tu versi kukus, letak sikit gula dalam tu. bila nak makan terasalah ada air gula kat dasar kuih tu, hmmm..sedap sangat. Kami panggil kuih tu kuih limas. Masa duk kat shah alam plak, selalu beli kat bazaar ramadhan seksyen 17 tu, sedap sgt tepung pelitanya, ada sengkuang kecik2 dlm tu..hmmm nyaman jer.. bahaya ni bila diingat2, boleh ngences jadinya..huhuuu.. takpalah janji ada gak tepung pelita versi perantau ni, alhamdulillah..



Tepung Pelita

Tepung Pelita-yani
Bahan-bahan
•1 cawan tepung beras
•1 cawan gula
•5 cawan air
•4 sudu besar tepung beras(ratakan)
•1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
•4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
•sedikit kapur dan sedikit garam (tak letak kapur, takde)

Cara-cara

1.Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2.Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3.Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4.Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pandan@pisang lagi sedap.
5.Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6.Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
7.Sejukkan

3 comments:

  1. ape2pon kueh2 nih sedap je bila dah perantauan tu...salam ramadhan...n selamat menyambut hari lembaran...

    ReplyDelete
  2. sedapnya tepung pelita...
    byk bekas tuu dpt kak zaiy, nk agih2 ker jiran tetangga ker? hik3...
    bulan2 posa ni mmg kuih tepung pelita kuih plg laris kt PARAM...

    ReplyDelete
  3. amboi zai..pandeinya wt kuih tepung pelita...bule jual nih...ekeke

    ReplyDelete