Followers

Tuesday 22 September 2009

Eid Dinner @ Atlantis, Raya ke-2

Assalamualaikum...

Dinner sempena hari raya ini berlangsung di Atlantis Ballroom, Hotel Atlantis, Dubai pada hari raya ke-2. Eid dinner yang dianjurkan oleh TAK, iaitu company tempat hubby bekerja ni memang menjadi acara tahunan syarikat. Alhamdulillah, terasa jugalah kemeriahan hari raya bagi kami yang jauh di perantauan tanpa sanak- saudara ni. Kemeriahan juga terasa apabila melihat masing2 memperagakan baju raya yang berwarna-warni dan lagu raya pula berkumandang di dalam Atlantis Ballroom. Bagi staf2 yang hadir tanpa mengira bangsa, inilah masanya untuk berkumpul dan berjumpa, bersembang dan makan-makan. Makanan yang disediakan semuanya sedap2 belaka, semua menu ada termasuk satay dan rendang juga.


Banglo kami....wahahaaha..acah jer..
ni salah sebuah banglo yang terdapat di Palm Jumeirah. Di belakang setiap banglo ada beach youuu..(gambar ni snap masa otw nak ke atlantis)

Burj Al Arab.. snap dari atas jambatan, gambar gegar sikit maklumlah tak berapa pro..
Masa ni baru sampai, posing2 dulu di hadapan hotel.



Jalan di hadapan hotel sesak teruk kerana cuti sempena Eid al Fitr digunakan oleh warga dubai untuk bersiar2. (Ataupun jam sebab pemandu asyik duk tengok orang berposing...ahaksss..)


Sementara menunggu acara bermula...

Masa untuk menjamu selera....sporting chef ni..senyum jer...
Tempat khas disediakan untuk kanak2 bermain dan bersuka-ria.. Ada clown dan magic show kat sini.
Jamu mata dengan lampu-lampu yang berbagai bentuk..

Sekian sahaja cerita saya untuk keluarga di malaysia dan kawan2 yang sudi berkunjung ke sini. wassalam, tataaa..

15 comments:

  1. cantik betoi hotel ni....
    yang rak2 tu buffet line ker, xbesa tgk lg...

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Zaiy..Maaf Zahir batin... lawa2 gambar ni..

    ReplyDelete
  3. salam aidilfitri..terasa gak meriahnya aidilfitri bila ade majlis hari raya ni kan ..

    selamat hari raya & maaf zahir batin

    ReplyDelete
  4. salam zaiy...sihat ke?
    Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...mcm mana suasana raya di sana? tentu seronok kn...thn dpn, InsyaAllah lg la bertambah seronok sbb beraya ngan 'org baru'..

    lebih kurang sama plk warna tema bj raya kita.. heheh...cantik btl hotel ni..nampak serba mewah...amboi, muaz pn dh pandai snap gambo ye..dh blh diharap mcm kimi jgk...

    ReplyDelete
  5. nani> mmg cantik hotel ni.rak tu khas untuk letak desserts je.

    Yati-M> slmt hari raya utk yati jga, maaf zhir batin..tq

    atty> salam aidilfitri utk atty juga. ye terasa jugalah wlpun sekejap, balik rumah mulalah terasa sunyi.

    baayah> wsalam baayah..alhamdulillah sht.slmt hari raya, maaf zhir btin untuk baayah juga.insyaallah thn dpan beraya kat msia pula.ye ke sama..ada jodoh tu..heheh. muaz tu xlah pndai sgt, kena tapis gak gambar2 dia amik.

    ReplyDelete
  6. mmg lawa bebenor gambar2 kat hotel ni...coz tempat ni da mmg amazing...siap ade playground n clown untuk bebudak lagi...

    so, zai...xyh la shedeyy2 lag raye kt perantauan yeh...hehe~
    p/s mane bule kn? tmpt jtuh lag dikenang...

    ReplyDelete
  7. Kak Zai, makanan dinner bukan makanan kita pun tak apa kan... janji ada fun sikit.. ye arr, mmg tak sonok la beraya di perantauan ni.. tapi apakan daya.. nasib kawan2 ramai utk sama2 bergembira.. haha. :-))

    Kak zai ada resepi biskut sugi tak?? leh email kat gee. gee.harun@gmail.com

    ReplyDelete
  8. ina> heheh ina, shedey2 sgt tu xdelah, cuma tak feel jek..

    gee> makanan mlm tu oklah jugak gee byk pilihan termasuk makanan msia, sbb tu boss pilih tmpt tu, cuma xde lemang n nasi impit je lah..ahhaa..biskut suji yer? nanti try google.

    ReplyDelete
  9. Selamat hari raya Zaiy..
    bagus company hubby Zaiy meriakan staf beraya di hotel mewah...boleh jumpa kawan2 sambil mkn2...budak2pun ada tempat main...seronok muaz dpt main dgn kawan2
    re; sorry sampai 2x Zaiy dtg bertandang ke Fp..lama nak update entry...sambil update buat kerja lain...tu yg lambat.
    itulah budaya di sini berbaju melayu sepjg syawal...terasa betul beraya sebulan bila semua berbaju melayu.
    anak2 pula baju raya thn lepas diulang pakai thn ni...yg abg2 dpt kat adik...beli extra utk abg aje...jimat..hi..hi..

    ReplyDelete
  10. selamat hari raya zaiy

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya wah best juga dapat company hubby pi makan2

    ReplyDelete
  12. salam kak zaiy..
    pekabar?? sihat ker?? huhuuu lama sungguh x jenguk akak ku sorang ni...ikshh jeleslaaa tgk kak zaiy maintain jek perut pasai per perut kita sgt2 boyot erk?? x aci...x aciiiii.... kita malu nk tepek gambar raya!
    bestnyaa tgk jamuan raya dia mewah tuuuu..lobster pun ada!c haiyakkkk ini mcm punya jamuan mmg harus pulun sungguh2 ni kak zaiy.. heheee pape pun selamat hari raya maaf zahir & batin ye..moga2 selamatlaa bersalin nnti ye..take care

    ReplyDelete
  13. Salam K Zaiy, senyap je ni.. dah selamat ke? btw, bila due yer?

    Re: Gee rasa masjidil skg ni tak seberapa ketat mcm dulu.. Gee biasa pakai camera hp.. masa kat level atas tu baru pakai pocket camera... sbb org tak ramai.. Just utk kenangan.. Azeef tu mmg penat sangat kak zai... sebab panas terik.. :-D

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum kak..
    wah! beraya di hotel mewah itewwww!! ehhe..
    makanan pun mewah2 jugak tu kak..

    akak jaga diri ye..
    selamat hari raya.. maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  15. salam zaiy...
    dah dok berpantang ka??
    bila due...???
    sama ngan shima ka???
    sahih penat usung perut beraya yerr....heheheh

    ReplyDelete