Followers

Thursday, 9 June 2011

Sepetang di Halaman Tok...

Di suatu petang yang indah, walaupun cuaca agak panas, seorang budak yang hanya memakai sehelai singlet berlubang kelihatan meronda-ronda di halaman rumah atuknya. Apa yang dicarinya..jom kita saksikan..heheh...


Inilah kawan dia... sepanjang masa kucingni ada di sini. mungkin kucingni suka budak-budak kot. Nasib baik mufid dah kurang takut dengan kucing. Sebelumni dia akan menjerit bila ternampak kucing.


Chii..chii..katanya.. (chi = kucing)


Santai jer kucing tu..selesa agaknya melepak di bawah pokok yang rimbun di halaman rumah tok.

Halaman rumah tok penuh pokok-pokok bunga. Nyaman sungguh rasanya.

Bila Mufid nak bergerak jauh sikit, abang Muaz ada sebagai pengawal. Abang Muaz akan dukung mufid bawa balik.. baik tul abang.

Ada angsa pulak.. dia pun pasang niat nak kejar angsa..huhu.. (nasib baik angsa tok baik dan sopan tau.., kalau tak mufid mesti kena gigit ngan angsa tu)

Angsa tu buat apa ya?

Eh..eh.. jangan kejar saya..

Angsa dah pergi jauh...

Mufid berpatah balik..huhu...


Fikir-fikir..nak cari apa pulak lepas ni..
Jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment

Post a Comment