Followers

Wednesday 26 August 2009

Salam untuk semua...

Assalamualaikum...



Harap semua kawan2 yg disayangi sihat serta diberi kekuatan untuk menjalani ibadah di bulan yang mulia ini. Pertama sekali, saya nak mohon berbanyak-banyak maaf sebab dah lama membiarkan blog ni usang tanpa sebarang cerita. Terima kasih kepada kawan-kawan yang datang berkunjung dan bertanya khabar berita, saya sangat2 menghargai ingatan daripada kalian dan rasa sungguh terharu. Sebenarnya, sejak pulang dari tanah air, saya ni dah jadi semacam hilang mood nak berblog lagi ..tak taulah kenapa. Bukan takde cerita nak kongsi, ada..cuma nak mulakan balik menaip dan mengupload gambar tu rasa teramatlah malasnya.



Sekarang ni (dulupun sama..) masak2pun tak seberapa, masak simple2 nak cepat ajer. Dah tak larat nak berdiri lama2 kat dapur tu. Kadang-kadang tu rasa malas nak makanpun ada..huhuu teruknya. Tapi apa nak buatkan, makan untuk hidup, jadi nak taknak kenalah pikir apa yang hendak dimasak.


Cerita tentang bulan puasa pula, tahun ni ialah kali ketiga kami sekeluarga berpuasa di sini. Kebetulan ketiga2 bulan puasa ni dalam musim panas. Cuma, puasa kali ni terasa sedikit mencabarlah jugak dengan keadaan mak buyungni, terutamanya 2 hari yang pertama tu terasa lembik sungguh. Bukan apa, cuaca panas kering sekarang yang membuatkan badan rasa kering dan tak bermaya. Beruntunglah sebab hanya duduk di dalam rumah aje, bagaimanalah agaknya orang-orang yang bekerja di luar tu, terutamanya buruh-buruh binaan. Itulah yang dinamakan dugaannya dan kemanisan yang kita dapat rasakan di bulan Ramadhan ni. Bersyukur dengan apa yang ada. Sekarang, alhamdulillah, cuma yang tensennya time nak masuk dapur je sebab pening memikirkan nak sediakan juadah untuk keluarga. Musim panas ni selera makanpun agak perlahan. Itulah yang memeningkan kepala saya, terutamanya nak tarik perhatian seorang anak yang payah makan dalam rumahni. Waktu sahur akan terdengarlah suara seorang ibu membebel kat anak dia ni yang suka termenung di meja makan..huhuuu.. Kalau makanpun cuma dicuit-cuit aje makanan tu.. hmmm..


Ok lah, sebelum saya menutup cerita, jom cuci mata dengan gambar-gambar yang tak seberapa ni..
Bubur somsom ni pertama kali buat sendiri, sebelum ni pernahlah makan sekali, arwah MIL yang buat. Rasanya sama aje kut dengan bubur somsom biasa tu cuma yang ni tambah nanas jer.


Resepi bubur som som ni saya ambil dari majalah, nantilah bila rajin saya taip kat sini yer..uhukk...

Yang ni pulak kurma segar, biasalah jika bulan puasa jatuh dalam musim panas dapatlah berbuka dengan kurma segar ni, sebab kurma ni masak ranum hanya pada musim panas je. Saya kalau makan buahni memang payah nak stop..



Sangat rangup dan manisnya macam ditaruk gula.




Kurma kering wajib ada, walaupun bukan di bulan puasa pun. Dua jenis kurma kat atas tu namanya ialah Safree (yang kecik) dan Amber al Madina (yang besar)

Yang ni pun buah-buahan kering yang femes kat Arab iaitu buah fig atau buah tiin. Pada sayalah buah ni lebih sedap yang kering daripada yang fresh. Kalau makan buahni teringat ada ayat al quran yang menyebut nama buah ni kan.. (kalau saya tak silap, kalau silap tolong betulkan ye)


Minta maaflah ye sebab gambar juadah memang tak banyakpun. Malu rasanya kalau melawat kat rumah rakan-rakan yang rajin memasak. Insyaallah saya akan mengunjungi kawan2 sedikit masa lagi. Entry ni pun sekadar nak memanaskan enjin yang dah lama sejuk tu, ekeke.. Akhir kata diucapkan selamat berpuasa untuk semua. Ramadhan Kareem.


9 comments:

  1. Salam...
    rindunyer ngan makyong nih...beranaconda dah umah....
    kalo ler akk dpt dok kt tanah arab, mau agaknyer dok berkampung bwk pokok kurma tepi jalan tu...hahhaha....

    ReplyDelete
  2. akakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.........
    rindunyaaaaaa... lama x dgr berita...
    tah napa tergerak ati saya nak jengah blog ni malam ni....dah lama saya x jengah...
    apa khabar mak buyung skang ni? dah berapa bulan kak? bila due? saya lak keguguran lagi utk kali ke 6 pd 11.7.09 lps @ 11 minggu... x pe la bukan rezeki kami lagi.....
    muaz posa x? hehehe

    ReplyDelete
  3. kakmeen> akak, kami kat sini rindu nk berkampung bawah pokok moktan..huhu..

    iezah> akakpun ridula kat iezah n kengkawan seme cuma tangan ni je malas nak bukak blog. simpati kat iezah, harap sabar yer, ada hikmah tu. insyaalah suatu hari ada rezeki lagi.muaz posa alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. salam kak zaiy...
    selamat berpuasa... akak n bb sihat ker?? lama sungguh x dgr cite..rindu giler kt kak zaiy n kak nor..huhuu lama x on YM lak tuh!
    best tgk bubur sum sum tu tingat kt mummy suke betoi dia mkn bubur ni tp kita lom penah berani nk cuba heheheee psst byknyerr kurma fresh kak zaiy beli?? wahhh sedap giler kan berbuka mkn kurma fresh ni mmg xle stop...tp sini mahal betui rega dia..aritu beli dpt bape bijik jek dah berpound2...smlm dah licin daaa nampak gaya arini berbuka mkn kurma kering jela huhuu..

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan.....

    lama tul x berupdate blog ni ek... rindu ngan masakan2 mu la.......

    ReplyDelete
  6. salam zaiy.....
    wah, lama betul menyepi ye...rindu nk tgk hasil air tgn zaiy yg sedap2 tu...sihat ke? Alhamdulillah, dh selamat kembali ke dubai.. bila nk update gambar2 percutian kt kpg?
    Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka buat zaiy sekeluarga....

    ReplyDelete
  7. Salam
    Lama tak dengar khabar ingatkan buyung dah pecah kat selama.
    tengok kurma kurma fresh tu rasa teruja
    Kurma safree kat malaysia pun ada
    Kalau rasa sa (satu) memang free
    Nak rasa bayak2 tu kena timbang lah
    Selamat menyambut hari kemerdekaan yg le-52

    Pemancing Ikan

    ReplyDelete
  8. salam zaiy... wah selamat kembali berblog.. he..he.. first time tgk bubur som2 dgn nenas zaiy.. ape lagi tempek le resepi..he..he..

    ReplyDelete
  9. Salam zaiy...apa khabar sekarang...lama sungguh tak dengar berita.selamat berpuasa juga saya ucapkan walaupun dah hari yang ke 12.Baju raya semua dah tempah ka?....raya di perantauan lagi lah ya tahun ni.......

    ReplyDelete