Saturday, 30 May 2009

Ayam Bakar Lada Hitam Dgn Madu

Sebelum ni pernah buat ayam bakar lada hitam tapi tak letak madu, kali ni buat letak madu cilok resepi mamasya, thanks Mamasya. Ayam ni sesuai untuk orang sedang berpantang dan yang tak berpantang pun. kalau ada budak2 nak makan, kurangkan sikit lada hitam tu.


Ayam Bakar Lada Hitam Dgn Madu (Mamasya)-tq
Bahan
4 keping peha ayam/chicken leg - saya guna seekor ayam saiz kecik dipotong 4
5 ulas bawang putih- tumbuk
2 cm halia - tumbuk
1 1/2 sb lada hitam - tumbuk
2 sb sos lada hitam - saya letak lada hitam yg ditumbuk
2 sb madu
2 sb sos tiram
garam secukup rasa
sedikit marjerin - utk sapu atas ayam (pilihan)

Cara
1.Campurkan semua bahan dgn bahan yg ditumbuk kecuali marjerin.
2.Perapkan ayam dgn bahan yg dicampur lebih kurang 1 jam.
3.Bakar ayam dlm oven 50 min dlm oven 200'C.
4.Sapukan marjerin di kedua2 belah ayam utk bagi ayam nampak kilat dan bakar lagi guna menu grill sampai masak.

Thursday, 28 May 2009

Khasiat makanan dalam pandangan Islam

Hari-hari citer tentang makan je kan, so harini nak share info pulak. Masih tak lari dari tajuk makanan. Kita manusia memang kena makan kan..jadi pilihlah makanan yang baik untuk kita dan keluarga. Semoga info ini dapat memberi manfaat. Sudi2kanlah...

Khasiat makanan dalam pandangan Islam
Sirajuddin Abbas

1.Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam
pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita
akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan
menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi
s.a.w. pernah bersabda 'Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan
memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu'.

2.Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan,
melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam
usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata
bagi menguatkan pandangan mata.

3.Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan
organ hati.

4.Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan
memudahkan kelahiran anak.

5.Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

6.Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli
kepada orang yg mengidap demam.

7.Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara
menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

8.Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan
sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan
yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

9.Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

10.Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat
berguna untuk memanaskan badan.

11.Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air
kencing.

12.Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan
dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

13.Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda 'Jadilah seperti biji habb al sauda
kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati'. Adalah dilaporkan juga
bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa 'ia' itu ialah hab al sauda menghapuskan
angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka
saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

14.Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan
badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu
banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam
betina yang tidak bertelur.

15.Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar
untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus)
yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

16Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, 'Limau ini adalah seperti mukmin: bagus
dirasa dan bagus dihidu'. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan
kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan
pengaliran dalam hempedu.

17.Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan
kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

18.Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di
dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

19.Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg
tiada bermakanan'. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma
hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

20.Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini
mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

21.Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak
atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau
kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

22.'Endive' (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang
paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith
menyatakan 'makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya
tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba'.

23.Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda 'jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka
pasti membeli dan membayarnya dengan emas'. Antara khasiat hulbah membantu
pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas) .

24.Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan
dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Jika anda kata ada buah datang
dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga'. Oleh itu makanlah
buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

25.Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan
yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar
dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

26.Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan
menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk
mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan
Nabi s.a.w pernah bersabda 'Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia
mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.'

27.Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun.
Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

28.Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang
bermaksud 'Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang
campurannya dari zanjabil'. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan
badan.

29.Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau
lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan
mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta.
Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku,
tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

30.Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini
apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi
s.a.w., 'Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan
memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika
seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit
keluar darinya.' Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum
segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu
dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti
ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim
panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam
musim sejuk (winter).

31.Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah
dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut.
Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati
yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

32.Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia
melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan
mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga
melemahkan penglihatan.

33.Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan
daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang
yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan
mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana.
Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab.
Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu
hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan
pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat
bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan
biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang
memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Nota:
makanan yg no.22 tu saya tak pasti apa sebenarnya, mengikut maksud dlm kamus yg saya jumpa "sejenis tumbuhan berdaun kerinting dan daunnya dibuat ulam". kalau ada sesapa yg tau bolehlah share..

Monday, 25 May 2009

CHOCOLATE BANANA MUFFINS

Choc banana muffin ni sebenarnya baru je kuar dr dapur kak rinn.
Setelah mengintai2 tadi, teringinla pulak nak buat. Sebabnya ialah ada sesikat pisang atas meja tu, dah hampir nak lebam. Dalam peti ais pun ada lagi sesikat (simpan utk buat cekodok plaks)Ini kes beli pisang macam nak buat kenduri. Mentang2la pisang murah kat Hyper Panda hari tu, memborong tak hengat ler. Cuaca panas ni pisang cepatle jadi ranum. Ini tak boleh dibiarkan...hehee..Maka, berbekalkan semangat dan sedikit angin rajin hari ni, terus bersilat kat dapur tu..kalau tak..pisang tu jadi cekodok ajerrr..ekeekeek..
Seperti biasa CnP je dr FP Kak Rinn ye..tq


CHOCOLATE BANANA MUFFINS (kak rinn Chan)-tq..mmg sedapp!
Source : Taste of home

Bahan-bahan :
1/2 cup butter
1/2 cup brown sugar
1/2 cup caster sugar
2 biji telur (gred A)
1 1/2 cup pisang lecek
3 tsp esen vanilla
2 cups tepung gandum
3 tsp soda bicarbonate
1 cup walnut cincang - saya tak letak
1 cup choc chipc
* 2 tbs rata serbuk koko
* segenggam kismis - saya tak letak
(* Rinn tambah ini... )

Cara-cara:
1. Putar butter, gula perang dan gula caster sehingga lembut. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus putar. Masukkan pisang lecek dan esen vanilla. Putar sekadar sebati.
2. Ayak bersama tepung dan soda bicarbonate. Gaulkan walnut, kismis dan choc chips ke dalam tepung. Masukkan tepung ke dalam adunan butter tadi, kacau sekadar sebati.
3. Isikan adunan ke dalam paperliners separuh penuh.
4. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 15min - 20min.
5. Sekiranya membakar tanpa paerliners, griskan muffin tray dahulu. Sejukkan muffin yg sudah masak di dalam tray muffin selama 5 min sebelum dikeluarkan.


Panas-panas lagi ni, nak seketoi, amiklah... ekekek..

Sunday, 24 May 2009

Cerek Selsema Babi

Ishhh(8x)....sapa punyalah niiieee...?

-----------



-----------



-----------



-----------



-----------




Saturday, 23 May 2009

Puding Laici Dangdut





Puding ni dah ramai yang mencubanya. Bila cuaca semakin panas membahang ni barulah terkedek-kedek nak buat puding. Kat umah ni pulak, kalau beli laici or longan dlm tin mmg tak sempat nak buat apa dah. Setin tu boleh abis kat muaz sorang, dia makan gitu2. Hari nak buat puding ni beli 2 tin siap2, satu longan, satu laici. Dia paling suka longan. Biasa kalau buat puding tak endah sangat dia, yg ni dia asyik puji sedap jer..ye lah..makan puding tu tak byk mana sebenarnya, kutip laici je banyak nampaknya..hohoo..
Saya buat half je...tu pun banyak..tak abis makan, bg husb bawa gi opis dia.

Puding Laici Dangdut (Kak Liza) - tq

Bahan
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
2 liter air
2 cawan gula
2 tin laici [asingkan airnya]
1 tin susu cair

Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.

NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk memakannya.....

Wednesday, 20 May 2009

Salmon Bakar Cicah Air Asam

Inilah masakan paling sonang di dunia. Bukan nama orang ni yer..ngeheeehee..
Caranya semua orang tau lah... Ikan salmon digaul dengan serbuk kunyit dan garam, biarkan seketika. Kemudian, bakar di mana2 yang anda suka, janji ikan tu masak, ekeke... Saya bakar di atas non stick pan aje, letak sikit minyak. Siap!
Pastu, buatlah air asam ikut citarasa sendiri..sonang kan..





Kalau ada ikan pari lagi best, tapi saya belum jumpa lagi ikan pari kat pasar sini (ye lah..gi pasarpun jarang sekali ekeke), ntahla ada ke? yang saya jumpa ikan pari berenang2 kat akuarium di dubai mall j ngan atlantis je..huhu..

Sirap Barli Selasih

Dah lama tak minum air barli, tiba2 teringat pula nak minum. Barli dah lama duk bertapa dalam kabinet tu, kalau dibiarkan nanti ada anasir2 pula tumpang sekaki..hehehe..

Nak buat air barli ni tak susahpun. Cuci bersih barli dan rendam dulu 2-3 jam. Kalau nak rendam sekejap pun boleh, tapi nanti amik masa lama pula untuk merebusnya. Lepas rendam tu, tos. Masukkan air secukupnya dalam periuk beserta barli dan sehelai dua daun pandan yang disimpul. Rebuslah sampai empuk. Jangan lupa masukkan gula secukupnya. Kalau airnya berkurang, tambah air lagi. Dah siap tu, boleh perah jus limau/lemon dan ketulan ais jika suka. Kalau nak tambah selasih atau sirap kaler merah tu terpulanglah yer...
Saya suka minum suam2....errmmm..sedapnya!!




Sirap Barli Selasih wit duta tak berbayar..ekeke..

Sunday, 17 May 2009

Puding Koktel Berkuah

Cuaca panas ni terasa pulak nak makan benda2 yang lembut, berkuah dan boleh menyamankan tekak. Tapi, takde idea pulak nak buat puding apa, sayapun terjah umah kak zai (teratak impian). Kakzai ni kalau bab puding-memuding ni memang pakar, boleh digelar ratu puding ni. Hasil terjahan, saya telah merembat puding koktel ni. tapi bukan pudingnya, resepi jerla..uhuk3. Tengok bahan2pun simple jer, maka daku pun terus menggodek puding ni petang ni jugalah..heheeh..(nampak sgt tak sabor tu..kih3)


Dah siap pun, tapi kan, pecah sikit masa nak tuang daripada acuannya sebab diriku ni agak terorist sikit perangainya. Takpalah, sendiri yang nak makan, pejam mata jeer.. Saya guna buah-buah yg ori sbb takde pulak fruit coctail yg dlm tin tu..belasah jelah kan. Jom tengok resepinya. Minta izin cNp ye kakzai..tq

Puding koktel berkuah (kakzai)

Bahan-bahan puding:
1 cawan tepung custard
1 sudu besar tepung jagung
5 cawan air
gula ikut rasa manis
1 biji telur

Cara-cara:
> Campurkan kesemua sekali dan dimasak diatas api yg sederhana dan dikacau sampai pekat dan likat.
> Setelah pekat dan likat,masukkan kedalam acuan yang berbentuk supaya senang dimakan.
> sejukkan didalam peti ais hingga beku dan keluarkan dari acuannya.
> dihidangkan bersama fruit cocktail dan kuahnya.

Kuah:
1 tin susu cair
1 tin air (guna sukatan dr tin susu cair ni juga)
Gula ikut rasa manis
Jika suka bolih taruh sebiji kuning telur-saya tak letakpun

Cara-cara:
> Campurkan kesemua bahan2 dan jerangkan diatas api hingga mendidih dan biarkan sejuk dahulu kemudian sejukkan kedalam peri ais.

Hiasan:
1 tin fruit cocktail - sy guna buah segar


Saturday, 16 May 2009

Selamat Hari Guru


Guru Oh Guru


Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

(Usman Awang, 1979)


Hari ini bersamaan 16hb Mei adalah Hari Guru. Namun begitu, tak semua negara menyambut hari guru pada hari yang sama. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru atau sesiapa sahaja yang pernah bergelar guru. Khas buat guru-guru yang pernah mengajar saya dari darjah 1 (saya tak pernah masuk tadika)hinggalah saya dewasa, terima kasih tidak terhingga diucapkan. Jasamu akan dikenang sehingga ke akhir hayat, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.Terima Kasih cikgu!


kepada rakan2 atau sesiapa shj yg bergelar cikgu atau pernah menjadi cikgu,

silalah amik kad ini yer...tq.



Memetik kata-kata Saidina Ali:

“Barangsiapa yang mengajarkan aku walaupun satu ayat maka dialah guruku…”


Ini ialah antara kata2 ucapan yang sy dapat dari sms:


I can appreciate coffee without susu, Nights without lampu, Curry without lembu, Burgers without keju, but NOT school without cikgu. “HEPI TEACHER’S DAY”




kad dan poem ni plak daripada aymy kuwait , tq so much..


A Teacher for All Seasons

A teacher is like Spring,
Who nurtures new green sprouts,
Encourages and leads them,
Whenever they have doubts.

A teacher is like Summer,
Whose sunny temperament
Makes studying a pleasure,
Preventing discontent.

A teacher is like Fall,
With methods crisp and clear,
Lessons of bright colors
And a happy atmosphere.

A teacher is like Winter,
While it’s snowing hard outside,
Keeping students comfortable,
As a warm and helpful guide.

Teacher, you do all these things,
With a pleasant attitude;
You’re a teacher for all seasons,
And you have my gratitude!

By Joanna Fuchs

www.poemsource.com.

Wednesday, 13 May 2009

Choc Chips Muffin

Rasanya dah hampir setahun kut saya tak buat muffin. Sejak kejadian muffin coklatku bantat satu ketika dulu tu, memang terbantut terus semangat nak memuffin nih. Bukan apa, sebenarnya oven kat umah saya ni tak berapa sporting sangat, sebab tu lah kalau nak baking2 ni saya dilanda perasaan gundah gulana sket..hahaha...bagus tak alasan tuh?ekeke.. Walau camanapun oven tu banyak gak berjasa walaupun tuan dia selalu jer angin satu badan kat dia..ngeheehee..

Hari tu, tengok umah moi ada muffin, jadi terasa lama betulla tak buat muffin coklat. Rasa nak buat pulak bagi muaz makan. Dia sorang je suka, saya makan seketoi dua je. Hubby pula kurang minat dengan makanan bercoklat ni. Muaz memang siap pesan kalau nak baking2 ni kena tunggu dia balik sekolah dulu, sebab dia nak tolong..kaakaaaka..Ye ke nak tolong? Memang dia suka tolongpun, tapi sambil tolong tu dia akan 'merasa' adunan yg belum dibakar tu..ekeke..

Resepi choc chips muffin ni sy copy drp fp Shima, Cardiff tu..promosi oleh Mamafami. Asal resepi drp Nigella Lawson..tq untuk semua...





CHOC CHIPS MUFFIN
resepi: Nigella Lawson @ FP MamaFami

250 g tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikabonat
2 sudu besar serbuk koko
175 g gula kastor
150 g chocolate chips
250 ml susu segar
90 ml minyak sayuran (75 g mentega) (i guna sunflower oil)
1 biji telur (L size)
1 sudu kecil esen vanilla
** saya tambah almond flakes kat atas muffin

CARA:
1. Ayakkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk koko ke dalam mangkuk yang besar. Masukkan gula.
2. Di dalam mangkuk yang lain, tuangkan minyak, susu segar, esen vanilla dan telur. Gaulkan hingga sebati mengguna kan whisk.
3. Tuangkan kesemua cecair ke dalam adunan tepung dan kacau menggunakan whisk hingga sebati. Jangan terlebih kacau.
4. Masukkan chocolate chips.
5. Sudukan bater ke dalam mangkuk muffin lebih sedikit dari separuh mangkuk.
6. Taburkan sedikit chocolate chips di atasnya.. i tabur mix nuts & choc rice sekali..
7. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 20 minit atau sehingga masak.

Tuesday, 12 May 2009

Kari Sotong

Kari sotong ni sedap dimakan dengan nasi panas2. Sama macam kari lain juga ni, cuma saya tambah sedikit kerisik supaya lebih pekat dan lemak merdu gitu..ngeheeee..
Stail saya makan kari, tak kiralah kari apapun mesti kena ada kicap manis tuang sekali atas nasi berserta kuah kari tu, perghh..sedar2 tengok pinggan dah licin je..



Kari Sotong

Bahan-bahan
500g sotong, cuci, potong dan toskan
1 sb cili kisar
3 sb serbuk kari ikan
1 - 2 cawan santan pekat (ikut suka, nak kuah banyak tambah santan)
2 biji ubi kentang, belah empat
rempah 3 sekawan (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
1 tangkai daun kari
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
*dihiris
1 sb kerisik
jus asam jawa
garam
1 biji buah tomato-potong 4

Cara membuat
1) Panaskan minyak dan tumis bahan hiris,rempah 3 sekawan dan daun kari sehingga wangi.
2) Masukkan rempah kari yang telah dicampurkan dengan sedikit air dan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak dan wangi.
3) Masukkan kerisik, ubi kentang, dan santan dan biarkan mendidih hingga ubi kentang empuk.
3) Akhir sekali masukkan sotong, buah tomato dan air asam jawa. Masukkan garam dan sesuaikan rasanya. Sedia untuk dihidang.

Saturday, 9 May 2009

Serimuka Jagung

Dua hari lepas buat serimuka. Sebenarnya dah lama hubby duk sebut2 nak makan, tapi disebabkan beras pulutpun dah kehabisan stok, tertunda2lah nak buatnya. Bila dah ada beras pulut, barulah projek ni jalan. Serimuka biasa je ni, saje suka2 tambah jagung.

Kali ni saya try buat pulut stail ekspress (tanak dlm rice cooker) ikut cara mcm yg aymy kuwait sllu buat tu. Idea ni asalnya daripada As@myresipi utk buat pulut kuning.. Tq utk mereka. Sebelum ni sy buat stail kukus dulu pulut tu. Nampaknya cara ni lagi senang dan cepat dan tak payah rendam2 dulu pulut tu. ekspress macam bas ekspress hohoo..



Ini pula resepi serimuka (sebenarnya dah ada kat entry sebelum ni dulu) tapi takpelah saya paste lagi sekali kat sini. Saya cuma ikut bahan dan cara untuk buat lapisan atas ajer kali ni, sbb lapisan pulut yang bawah tu saya buat cara xpress (boleh lihat kat bawah sekali nanti)

Kuih Seri Muka/Puteri Salat -Nanasham@Myresipi (saya hanya guna resepi ni untuk lapisan atas serimuka)

Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )

Bahan lapisan bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan cair 1 st garam 2 sm minyak

Bahan lapisan atas:-
120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 st garam300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara-caraUntuk lapisan bawah:-
A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.

Untuk lapisan atas:-
1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....

PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!

Pulut Kuning Express (saya guna resepi ni untuk buat lapisan bawah serimuka tu)
as75@myresipi.com
Bahan-bahan ( 5-6 org makan ) ...
• 2 cawan beras pulut
• 1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
• 1 sdt garam
• 1 helai daun pandan
• 1 sdb minyak masak
• Sedikit serbuk kunyit


Cara-cara...
1. Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
2. Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak..
3. Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..
4. Kaedah yg sama ini juga boleh digunakan( jgn masukkan serbuk kunyit) memasak pulut utk kuih serimuka , pulut serunding..pulut ini juga enak dimakan bersama serawa durian..
5. Selamat mencuba! ^_*

***Nota Tambahan:
- untuk serimuka, jgn letak serbuk kunyit pulak ye..)
- kalau nak buat serimuka jagung, masukkan 1/2 cawan isi jagung (ikut suka) masa pulut dah nak hampir masak, kacau supaya rata.




Gambar yang kat bawah ni untuk selingan je..
Inilah stail muaz makan serimuka, dia makan yg hijau je, yg pulut bawah tu dia tinggal..
bertuah sungguh anakku..hehee..


Friday, 8 May 2009

Selamat Hari Ibu


Selamat Hari Ibubuat bondaku tersayang...
Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu dan bakal ibu.
Semoga sentiasa dirahmati oleh Allah hendaknya.

Terima kasih kepada nekPP dan kak ina kl kerana memberi kad hari ibu ini, tq so much.
Saya pula ingin memberikan kad ini kepada sesiapa yg mengunjungi blog ini, sudi-sudikanlah ye...


from> nekPP



from> kak ina, kl

Thursday, 7 May 2009

Rebus dan Campak..

Petang semalam cuaca agak kurang sikit panasnya, jadi sayapun kuar ngan muaz gi supermarket untuk beli groceries. Sampai je kat tempat ikan tu, penjual yang muka ala2 pelakon hindi tu dah senyum2, siap bagi salam lagi. Saya pun berhenti kat situ, tengok apa yang ada, nampak ketam bertimbun, fresh2 lagi, terus pilih. Si mamat ala2 pelakon hindi ni pun siap tolong pilih yg elok dan yang besar2 untuk saya. Bagus jugak dia ni, maybe sebab dah kenal, dia siap tunjuk ketam yang tak elok kat saya. Ada jugak yg tak elok tu, jadi kena tengok betul2 masa memilih ketam ni. Kalau sesetengah penjual tu, kalau kita ni tak perasan, dia main kaut je yang elok ke tak elok bagi kat kita. Biasa kat sini, dia akan tolong kopek kulit & potong siap2 kalau kita nak. Jadi balik umah tinggal cuci ajelah. Itulah kisah petang semalam....

Dah beli ketam, pikir nak masak pulak. Musim panasni, tekakpun terasa macam nak makan masakan rebus-rebus jer. Jadi, dinner semalam buat sup ketam @ ketam rebus..atau masakan campak2..hehehe.. senang sikit keja tukang masak.


Sup Ketam / Ketam Rebus
Bahan-bahan:
Ketam (ikut suka nak banyak mana, buang kulit atas, belah dua, cuci)
1 labu bawang besar - dihiris
1/2 inci halia - ditumbuk
1 - 2 ulas bawang putih - diketuk
2 batang serai - diketuk
2 batang seleri - potong kecil
1 biji tomato dibelah 4
Daun sup/daun bawang
Lada hitam - ditumbuk halus
1/2 kiub pati ikan bilis - jika suka
Air
Garam secukup rasa
bawang goreng
***kalau mak saya buat, dia masukkan daun kunyit, sedapnya bau kuah tu...tapi kat sini xdelah daun kunyit.

Cara penyediaan:
1. Panaskan air di dalam periuk dan masukkan serai, bawang dan halia.
2. Apabila air mendidih, masukkan ketam, seleri dan tomato biarkan seketika.
3. Masukkan serbuk lada hitam, kiub ikan bilis dan garam secukup rasa. Tunggu menggelegak kejap, angkat.
4. Tabur daun sup atau daun bawang/bawang goreng semasa menghidang..pastu slrrrpp..hehe


Ini pula buat goreng berempah untuk bekal hubby hari ni, feberet dia ni. Dah ada resepi kat n3 sebelum ni.

Dua hari lepaspun masak rebus-rebus jugak, buat tomyam simple ni je. Kat umah ni kalau buat tomyam atau sup, mesti nak kena ada bihun atau mee untuk dimakan dengan kuah tu. Muaz memang sukalah kalau makan macamni sebab dia tak berapa suka makan nasi. Ni spaghetti ganti mee, muaz dah tak pandang nasi, makan ni je sampai malam..heheee..


Monday, 4 May 2009

Bila Cuaca Panas...

Sekarang cuaca pun dah mula panas. Terik ya amat, suhu 40 degree Celcius ke atas. Nak kuar umah pi grocery pun dah malas. Duk lam umah diam2 ajelah sambil minum jus...
Biasa minum minum jus beli je kan, apa kata kita buat jus sendiri plak untuk sejukkan badan..hehee..


Ini mango alphonso. Rasa2nya skang musim mempelam alphonso ni kut sbb nampak banyak jual kat supermarket. Saya sebenarnya suka makan gitu2 je, tapi sekali-sekala tingin pulak nak bereksperimen..Orang lain rajin buat puding canggih2, saya ni tak berapa rajin, seme nak senang & cepat je kojernya.ahakss..

Jus Mangga Aiskrim



Jus ni sng banget nak buat..budak2 pun boleh buat..ngeee. Masukkan hirisan mangga dan air gula (sikit je gula) ke dalam blender, pastu tekan tettttttttt...ha siap. Masukkan dalam gelas. Kalau suka, ceduk aiskrim letak atas tu. Saya letak eskrim mangga, kebetulan mmg ada eskrim mangga. Kalau xde, eskrim vanilla pun boley, taknak letakpun boley..sukahati, tapi jgn letak eskrim coklat, takut sakit perut lak nanti..ekeekee..

Jus Katori


Jus ni gabungan Karot, Tomato & Celery = Jus Katori..ekeke..
Senang jugak, blender je semua bahan tu & dah siap, tuang dalam gelas. Kalau nak tapis, boleh tapis dulu. Saya tak tapispun sebab sayang serat dia. kalau suka boleh letak ketulan ais juga. Saya tak letak sebab memang suka minum camtu jer...



sedap, berkhasiat....jom minum...