Thursday, 7 May 2009

Rebus dan Campak..

Petang semalam cuaca agak kurang sikit panasnya, jadi sayapun kuar ngan muaz gi supermarket untuk beli groceries. Sampai je kat tempat ikan tu, penjual yang muka ala2 pelakon hindi tu dah senyum2, siap bagi salam lagi. Saya pun berhenti kat situ, tengok apa yang ada, nampak ketam bertimbun, fresh2 lagi, terus pilih. Si mamat ala2 pelakon hindi ni pun siap tolong pilih yg elok dan yang besar2 untuk saya. Bagus jugak dia ni, maybe sebab dah kenal, dia siap tunjuk ketam yang tak elok kat saya. Ada jugak yg tak elok tu, jadi kena tengok betul2 masa memilih ketam ni. Kalau sesetengah penjual tu, kalau kita ni tak perasan, dia main kaut je yang elok ke tak elok bagi kat kita. Biasa kat sini, dia akan tolong kopek kulit & potong siap2 kalau kita nak. Jadi balik umah tinggal cuci ajelah. Itulah kisah petang semalam....

Dah beli ketam, pikir nak masak pulak. Musim panasni, tekakpun terasa macam nak makan masakan rebus-rebus jer. Jadi, dinner semalam buat sup ketam @ ketam rebus..atau masakan campak2..hehehe.. senang sikit keja tukang masak.


Sup Ketam / Ketam Rebus
Bahan-bahan:
Ketam (ikut suka nak banyak mana, buang kulit atas, belah dua, cuci)
1 labu bawang besar - dihiris
1/2 inci halia - ditumbuk
1 - 2 ulas bawang putih - diketuk
2 batang serai - diketuk
2 batang seleri - potong kecil
1 biji tomato dibelah 4
Daun sup/daun bawang
Lada hitam - ditumbuk halus
1/2 kiub pati ikan bilis - jika suka
Air
Garam secukup rasa
bawang goreng
***kalau mak saya buat, dia masukkan daun kunyit, sedapnya bau kuah tu...tapi kat sini xdelah daun kunyit.

Cara penyediaan:
1. Panaskan air di dalam periuk dan masukkan serai, bawang dan halia.
2. Apabila air mendidih, masukkan ketam, seleri dan tomato biarkan seketika.
3. Masukkan serbuk lada hitam, kiub ikan bilis dan garam secukup rasa. Tunggu menggelegak kejap, angkat.
4. Tabur daun sup atau daun bawang/bawang goreng semasa menghidang..pastu slrrrpp..hehe


Ini pula buat goreng berempah untuk bekal hubby hari ni, feberet dia ni. Dah ada resepi kat n3 sebelum ni.

Dua hari lepaspun masak rebus-rebus jugak, buat tomyam simple ni je. Kat umah ni kalau buat tomyam atau sup, mesti nak kena ada bihun atau mee untuk dimakan dengan kuah tu. Muaz memang sukalah kalau makan macamni sebab dia tak berapa suka makan nasi. Ni spaghetti ganti mee, muaz dah tak pandang nasi, makan ni je sampai malam..heheee..


10 comments:

  1. sup ketam nih masa kecik2 dulu mak suka masak...aduh teringat zaman kanak2...hak yg goreng tu pun sama...bestnyer..nyummy2

    ReplyDelete
  2. salam kak zaiy...
    lama x jenguk akak..hheee amboiii berseri2 dinding umah dia! cun2...heheeee syok dpt mkn ketam fresh...mmg best laaa dok dubai ni..sampai gak ketam kt padang pasir mcm kitorang kt sini nganga mulut jelaaa tgk ketam...aram nk jumpa sepit ketam pun tarakk!!

    ReplyDelete
  3. wah tergoda tgk ketam tu...

    ReplyDelete
  4. yongg maner KONG FU itewww..wahakss..

    mak aiii penuh meja!!!cicah gan sambal kicap pehhhh terlior nihhh ;p

    ReplyDelete
  5. pergh berselera tengok ketam tu, ratah pun sedap ni.....my boss kat opis ni baru balik semalam makan2 angin kat dubai.....dia kata agak panas gak cuaca kat sana, menyoping sakan...hehehhe kita org yang ikan bilis ni dapat la key chain al-buruj dengan makanan apa tah kenama yang manis2 kaler putih, atas dia ada banyak kekacang....

    ReplyDelete
  6. fuuhh, mmg selera tul tgk ketam tu...sya pn suka buat ketam rebus...feberet satu family ni...
    Selamat hari ibu buat zaiy dan seluruh kaum2 ibu dimana saja berada.....

    ReplyDelete
  7. mmg favourite tp tak blh makan selalu sbb high colestrol okk...satu lagi cik abg tu nnt gatal2 kalau makan ketam & udang...hehehe

    ReplyDelete
  8. salam dan selamat hari ibu..sudilah dtg umah akak ambil kad...

    ReplyDelete
  9. Salam Zai.. Selamat Hari Ibu!!!...

    Amboi sedapnya ketam tu.. terliur ita tengok... ratah best tu.. he he kat umah nie kitam lum boleh naik.. hubby still kena pantang.. lagipun kat IC nie susah nk dpt ketam .. nasiblah.. kat k4 Deira.. ketam cinonet je... nk beli pun tader semangat!!

    ReplyDelete