Monday, 25 May 2009

CHOCOLATE BANANA MUFFINS

Choc banana muffin ni sebenarnya baru je kuar dr dapur kak rinn.
Setelah mengintai2 tadi, teringinla pulak nak buat. Sebabnya ialah ada sesikat pisang atas meja tu, dah hampir nak lebam. Dalam peti ais pun ada lagi sesikat (simpan utk buat cekodok plaks)Ini kes beli pisang macam nak buat kenduri. Mentang2la pisang murah kat Hyper Panda hari tu, memborong tak hengat ler. Cuaca panas ni pisang cepatle jadi ranum. Ini tak boleh dibiarkan...hehee..Maka, berbekalkan semangat dan sedikit angin rajin hari ni, terus bersilat kat dapur tu..kalau tak..pisang tu jadi cekodok ajerrr..ekeekeek..
Seperti biasa CnP je dr FP Kak Rinn ye..tq


CHOCOLATE BANANA MUFFINS (kak rinn Chan)-tq..mmg sedapp!
Source : Taste of home

Bahan-bahan :
1/2 cup butter
1/2 cup brown sugar
1/2 cup caster sugar
2 biji telur (gred A)
1 1/2 cup pisang lecek
3 tsp esen vanilla
2 cups tepung gandum
3 tsp soda bicarbonate
1 cup walnut cincang - saya tak letak
1 cup choc chipc
* 2 tbs rata serbuk koko
* segenggam kismis - saya tak letak
(* Rinn tambah ini... )

Cara-cara:
1. Putar butter, gula perang dan gula caster sehingga lembut. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus putar. Masukkan pisang lecek dan esen vanilla. Putar sekadar sebati.
2. Ayak bersama tepung dan soda bicarbonate. Gaulkan walnut, kismis dan choc chips ke dalam tepung. Masukkan tepung ke dalam adunan butter tadi, kacau sekadar sebati.
3. Isikan adunan ke dalam paperliners separuh penuh.
4. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 15min - 20min.
5. Sekiranya membakar tanpa paerliners, griskan muffin tray dahulu. Sejukkan muffin yg sudah masak di dalam tray muffin selama 5 min sebelum dikeluarkan.


Panas-panas lagi ni, nak seketoi, amiklah... ekekek..

7 comments:

  1. Amboooooooiiii cepatnyer dia bersilat !!!
    Dah jadik pun cekodok modern tuuuu. Tq sudi try.

    ReplyDelete
  2. rajinnya akak... time preggy ni lagi rajin masak ye... ada je resepi yang kuar... bagus bagus... nasib baik la akak jauh, kalau dekat ari2 kitorang bertandang hehehehehe

    ReplyDelete
  3. wah sedapnya banana coklat muffin tu :) aah sini pisang cepat ranum

    ReplyDelete
  4. br lps tgk kt FP kak rinn banana coklat muffin ni...rajin zaiy, trs pantas dh ada kt sini plk...nampak mcm senang je resepinya...sya kalo yg senang2 tu blh la mencuba...heheh...

    ReplyDelete
  5. kak rinn,iezah,fida,baayah> buat cepat tu semata2 nak selamatkan pisang tu drp terbuang, pastu bahan2pun mmg dh ada.kalau tak disebabkan semua tu..hmmmmmm..hehee

    ReplyDelete
  6. RE: sama ke kak? tu la ramai yg kata iras saya, tp kalau nak tau dia lebih iras adik bongsu saya... heheheh nama pun mak sedara....

    Mahalnya kak rambutan kat sana.... kat sini skang ni rm4 sekilo, mahal lagi la sbb bkn musim dia lagi, x byk lagi esok kalau dah byk rm1 sekilo pun ada....

    ReplyDelete
  7. Zaiy...

    Naik elok muffin Zaiy....ada pisang...ada coklat..budak2 suka ni.
    pisang kat umah kejap aja habis...ramai peminat pisang...

    ReplyDelete