Saturday, 29 November 2008

Lemon Rosemarry Chicken Grilled

Tengahari semalam ada tetamu datang rumah. Saya buatla ayam lemon rosemarry ni. Selain lauk ni, saya buat sambal udang, ayam masak kerutuk, sambal belacan, ulam timun & salad dan papadom. Gambar ayam ni je sempat snap, sebab dah kelam kabut masa tu nak hidang, tetamu dah sampai, kui3..



LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)
Diolah oleh Jeni, copy dari fp kakzai, dapur impian - tq.

Bahan
1 kg ayam
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil
Segenggam Rosemary Kering- 1/2 botol kecil
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2 - letak lebih
2 biji tomato -
Baby carrots - guna carrot besar
1 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu serbuk Paprika - ditambah
Kicap Pekat - ditambah- tak letak
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
Jeni cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.
Hidangkan..bersama mashed potato dan salad..

***Ayam lemon ni sebenarnya kurang menepati selera tekak melayu saya ni, tak taula orang lain macamana..
Minta ampun Jamie Oliver, ini sekadar pendapat saya sajerr..ekekee..

Tuesday, 25 November 2008

Marble Choc. Cheesecake yang tak menjadi...


Inilah dia kek yang paling serabai di dubai.. Tengok cheese dah bercampur baur..huhu..sepatutnya lapisan cheese ni duk diam2 jek kat tengah2 tu..wakakaa..


kek yang disolek tak hengat oleh jurusolek tak bertauliah... ni kalau sifu2 kek tengok memang memalukan..hohoo..

Apa2pun tq kepada roylazim krn share resepi yang sedap ni. Lain kali kena cuba lagi sampai pass..hehe..

Marble Choc. Cheesecake
Sumber : roylazim

Bahan A
180 gram mentega
20 gram serbuk koko, diayak
170 gram gula kaster
3 biji telur
120 gram tepung naik sendiri, diayak
1 sudu teh baking powder, diayak

Bahan B
250 gram krim keju
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur

Cara-caranya
1. Pukul butter and gula.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.
4. Di sebuah bekas yang lain, pukul kesumua bahan bahan B hingga kembang.
5. Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
6. Tuangkan baki adunan A.
7. Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins.
8. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang.
9. Selamat mencuba .


Muaz berposing dgn kek coklat mama yang hancusss..

Sunday, 23 November 2008

Satay



Sate Ayam [stail bakar dalam oven]
Sumber: Hanieliza

Bahan-bahan:
500 gm isi ayam/daging [hiris kecil dan nipis]
1 inci lengkuas - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 batang serai - dikisar
1 s/k jintan manis - dikisar
1 s/k jintan putih - dikisar
1 s/b gula
5 ulas bawang merah - di kisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 s/k garam - dikisar

Bahan tambahan:
timun [dipotong kecil]
bawang besar [potong kecil]
nasi himpit [potong dadu]
Kuah Kacang

Cara-cara:
Perapkan daging ayam/lembu dengan bahan yang telah dikisar selama 3 atau 4 jam.
2. Masukkan ayam yang telah diperapkan dalam loyang dan bakarkan dalam oven suhu 200'C selama 30 minit.
3. Hidangkan bersama bahan tambahan dan Kuah Kacang.

Nota:
Kak Liza suka makan satay ayam tapi agak leceh nak bakar seperti yang dijual jadi selalunya kak liza bakar sahaja dalam oven. Kalau digoreng nanti berminyak pula tapi ada juga sekali sekala kak liza gorengkan.

Sekiranya nak digoreng [boleh dimakan dengan nasi putih atau nasi tomato]
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang diperapkan. Masukkan bawang besar dan lada merah yang dipotong kecil.


Walaupun kuah kacang ni ialah kuah kacang untuk nasi himpit, tapi tak salah rasanya kalau dicicah satay gak..belasah je, sodap pun..

Kuah kacang momma mia aka kak yati

bahan2nya..
bawang merah 9 biji atau
bawang merah besar 3 biji ikut suka
~ momma mia guna bwang beso sbb sonang nk kupass..

bawang putih 7 biji ikut suka
belacan dalam 2 or 3 inci
halia
cili kering ikut suka
kalau guna yg serbuk dlm 5 tbspn or 7 tspn
udang kering 3 tbspn
ikan bilis "
semuanya diblender

serai dalam 2/3 batang dititik
lengkuas dititik
air asam jawa atau asam keping

gula
gula merah
garam
aji kalau suka
semuanya ikut suka

kacang tanah disangai atau digoreng dgn sedikit minyak
dibuang kulit atau tidak..ponnn ikut sukaa..
kemudian dibelender atau ditumbukkk ponnn ikut suka!

cara2nya
1. Tumis serai + lengkuas + bahan2 yg dibelender tadi sehingga pecah minyak...maksudnya masak sambal tu sampai betul2 masak

2. Masukkan kacang tanah yg sudah diblender tadi..kemudian

3. Masukkan air asam jawa atau asam keping + gula+ gula merah atau gula melaka + garam..semuanya ikut suka..ikut selera sediri yer puan puan sekelian..


NOTE:
KEPEKATAN KUAH SAMBAL KACANG dan KEHALUSAN KACANG TANAH YG DIBELENDER ATAU DITUMBUK ~ ikut suka hati masing2 yerr..
itu sahaja..manyak sonangg tuu...cubak yerkk..!!

Wednesday, 19 November 2008

Ketam Masak Lemak Cili Api



Ketam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:
4-5 ekor ketam - dibersih dan ditoskan
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit - koyak & simpul
2 batang serai - diketuk
1 keping asam gelugur
1 biji tomato (belah 4) - optional
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup (saya guna yg serbuk je)
5-7 tangkai cili api - ikut kepedasan yang disukai (guna cili merah pun boleh)


Cara Memasak:
1. Masukkan ketam, santan cair, bahan kisar, serai, asam gelugur dan daun kunyit dalam periuk dan didihkan. Mesti dikacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak.
2. Apabila kuah telah mendidih, masukkan santan pekat, teruskan mengacau.
3. Akhir sekali, masukkan buah tomato, garam dan gula secukup rasa, kacau 5 minit, tutup api. Siap.

Kangkung Goreng Belacan



Kangkung Goreng Belacan

Bahan-Bahan:

seikat kangkung, dipotong dan dibersihkan (batang kangkung saya potong dan belah dua serta rendam dalam air garam seketika)
minyak untuk menumis
garam secukup rasa


Bahan tumbuk/kisar:

5 tangkai cili merah
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sm belacan
sedikit udang kering/ikan bilis


Cara:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi. Kemudian masukkan kangkung dan garam. Kacau lagi hingga sebati. Apabila cukup masak baru angkat dan hidang.

Kari Kepala Ikan



KARI KEPALA IKAN (Kak Liza)-tq

Bahan-Bahan:
1 ekor kepala ikan merah/tenggiri/jenahak [dibersihkan] - saya guna kepala ikan tenggiri (kat sini dipanggil surmai/king fish)
2 bungkus serbuk kari [bancuh ngan sikit air]
5 biji bendi
3 biji cili hijau
2 biji tomato [belah 4]
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat
minyak
garam

Bahan tumis
5 ulas bwang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk /hiriskan
1 inci halia ]
1 s/b halba campur
2 tangkai daun kari

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam jawa tadi [digaul dengan pati santan dan tapiskan]
4. Masukkan ikan. Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat.
5. Kecilkan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.
6. Apabila mendidih masukkan bendi, tomato dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api.
7. Hidangkan dengan nasi putih..atau roti biasa/canai.
-

Sambal Tempe Ikan Bilis (versi basah)



Sambal Tempe Ikan Bilis (versi basah) - sendiri punya stail

tempe (ikut suka nak banyak mana) - potong nipis & goreng garing
segenggam ikan bilis - goreng garing
segenggam kacang tanah - goreng rangup
4 sb cili giling
2 sb sos cili
2 sb sos tomato
1/2 biji bawang besar - kisar
2 ulas bwg putih - kisar
1 sk air asam jawa
seinci belacan
garam
gula

Cara-cara:

Tumis cili, bwg dan belacan hingga pecah minyak.
Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau rata.
Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar. Kemudian perasakan dengan garam dan gula.
Gaul sebati hingga hampir kering.
Masukkan tempe, kacang tanah dan ikan bilis goreng. Kacau rata. Goreng sampai kering. Jangan terlalu lama takut hangus. Tutup api, angkat.

Sotong Goreng Belacan



Resepi dari majalah Saji online, tapi saya ubah ikut citarasa dan bahan-bahan yang ada di rumah.

Sotong Goreng Belacan

Bahan-bahan:

500 gm sotong (potong ikut suka)
2 labu bawang besar (hiris bulat)
1 tangkai cili hijau (potong dua)
2 sb sos tiram

Bahan Kisar:

10 ulas bawang merah
2 cm halia
5 ulas bawang putih
1-3 tangkai cili padi - buang biji
sedikit belacan

Cara-cara:

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, sos tiram dan bahan hiris hingga garing dan naik bau. Setelah itu, masukkan sotong dan kacau hingga kering.

Friday, 14 November 2008

Gulai Ayam Pekat



Gulai Ayam Pekat
Sumber : mat gebu

Bahan Utama
800 g ayam, dipotong sederhana besar
4 biji kentang, kupas dan potong 4 setiap biji, rendam
2 helai daun kunyit, dihiris halus
1 biji lemon, diambil jusnya (mklang letak asam keping)
1 camca besar gula Melaka (mklang letak gula merah)
2 camca besar cili kisar
2 camca besar kerisik
1/2 cawan pati santan
1/2 cawan bawang goreng, diramas hancur
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 batang serai
3 biji buah keras
1 camca teh lada hitam
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca teh jintan kasar

Bahan Tumis :
Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang,pelaga,cengkih
4 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris

Cara membuatnya
Cuci ayam, toskan dan gaul dengan sedikit garam dan kunyit serbuk. Goreng embal2 (3/4 masak) ayam tadi, angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan kentang, gaul rata dan masak 5 minit dgn api perlahan. Masukkan ayam dan gaul rata, tuang sedikit air dan biar mendidih perlahan.

Bila kentang lembut, masukkan santan, kerisik dan bawang goreng. Tambah gula melaka dan garam secukup rasa. Masak hingga pekat, akhir sekali tuang jus lemon dan masukkan hirisan daun kunyit. Masak sekejap dan rasa, jika ok, boleh matikan api dan hidangkan.

Muffin Brownies

Muffin ni saya amik daripada fp sifu mamafami, baru lagi resepi mama ni kuar, saya terus rembat . Bukan apa, sebab nampak simple dan senang nak buat.
Sebenarnya brownie ni mama buat dalam cup, sebab tu lah namanya pun muffin brownies. Tapi,,, bila dapat kat saya yang memang spesies pemalas ni takde cup2 lagi dah, terus curah jer lam bekas..kui..kui.. Harap mamafami tak marah yer.

Sebenarnya masa buat brownie ni ada insiden yang berlaku. Semasa proses nak cairkan butter, serbuk koko dan gula tu, saya tinggalkan periuk tu dan pegi ngadap internet kejap (dah terbiasa wat keje cam 2 DLM 1 gini sebenarnya)
Tak lama pastu ada ler bau mcm benda hangit ....
OOooHH tidaakk... terus saya terkam ke dapo...adeiii..tak ingat la pulak ada campuran gula kat dalam tu (memang sng nak hangit), sepatutnya takleh tinggal sesedap rasa jerk..

Nasib baikla,, bila dikacau2 bau hangit tu hilang, mungkin kehangitannya masih belum merebak, Alhamdulillah! dapatlah bawak brownies ni gi piknik kat al mamzar beach park pagi tadi. Terima kasih kepada MAMAFAMI!!



MUFFIN BROWNIES MAMAFAMI

Bahan A :

280g mentega - dicairkan
180g gula perang
20g gula pasir
70g serbuk koko
secubit garam

Bahan B :

2 biji telur (dipukul)
80g tepung gandum

Hiasan : badam dan apa-apa aje

Kaedah penyediaan :

1. Masukkan kesemua bahan A dalam periuk dan cairkan kesemuanya.
2. Bila dah cair, ketepikan. Biarkan sejuk seketika.
3. Masukkan telur ke dalam adunan bater tadi dan kacau.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau rata.
5. Sudukan ke dalam cawan kertas dan taburlah badam.
6. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 170. Bakar selama 30-40 minit.

Muffin Brownies




MUFFIN BROWNIES MAMAFAMI

Bahan A :

280g mentega - dicairkan
180g gula perang
20g gula pasir
70g serbuk koko
secubit garam

Bahan B :

2 biji telur (dipukul)
80g tepung gandum

Hiasan : badam dan apa-apa aje

Kaedah penyediaan :

1. Masukkan kesemua bahan A dalam periuk dan cairkan kesemuanya.
2. Bila dah cair, ketepikan. Biarkan sejuk seketika.
3. Masukkan telur ke dalam adunan bater tadi dan kacau.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau rata.
5. Sudukan ke dalam cawan kertas dan taburlah badam.
6. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 170. Bakar selama 30-40 minit.

Tuesday, 11 November 2008

Rangka Ayam Goreng Tepung




Rangka ayam dibersihkan, gaul dengan garam, serbuk kunyit, serbuk kari, lada sulah, serbuk ketumbar, jintan, bawang putih & halia (tumbuk)..perap sebentar. pukul sebiji telur, gaulkan dengan ayam, golekkan dalam tepung gandum.

Thursday, 6 November 2008

Kerabu Taugeh



Kerabu Taugeh

Bahan-Bahan:
Semangkuk taugeh - dibersih dan dicelur
secawan isi kerang rebus - saya tak bubuh
1 labu bawang besar - dihiris bulat
2 sb jus asam jawa
1/3 cawan santan pekat
2 sb kerisik
2 sb kelapa parut - ditumbuk (saya tak bubuh)
5-6 tangkai cili padi - ditumbuk (ikut kepedasan sendiri)
Sedikit belacan - ditumbuk
daun ketumbar - dihiris halus (saya suka ni, kalau tak suka tak payah ok)
1/2 tomato - dipotong dadu (optional)
garam
gula


Cara: Semua bahan yang telah disediakan itu hendaklah digaul sebati. Tak perlu dimasak. Sedap dimakan dengan nasi putih.

Cadangan Hidangan: Boleh ditambah hirisan lada jika suka.

Tambahan: Kerisik kelapa boleh diganti dengan beras tumbuk yang telah digoreng tanpa minyak terlebih dahulu. Begitu juga dengan kerang, boleh ditukar dengan udang, paru atau perut lembu rebus, terpulang kepada minat masing-masing. Hidangan ini tidak tahan lama (cepat basi), oleh itu elok dihabiskan sekali makan sahaja.

Dendeng



Sesuai dimakan dengan nasi minyak, nasi tomato dan yang sewaktu dengannya.
Dendeng (erna@myresipi.com)-tq

Bahan-bahan ( 4 orang )
500gm daging
4 biji tomato
2 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
garam secukupnya

****Bahan A (dikisar)*****
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
10 ulas bawang merah
3 sudu besar cili giling
sedikit halia
saya tambah cili hijau sebagai hiasan

Cara-cara Daging di hiris nipis dan digaul sedikit dengan bahan A. Perapkan sekejap.
Goreng daging ini hingga garing. Ketepikan.
Kemudian tumiskan lebihan bahan A, masukkan tomato, garam, gula, kicap dan daging. Masak hingga kering.

Tuesday, 4 November 2008

Bayam Tumis



Bayam Tumis
Bahan-bahan:
bayam (basuh dan potong), 4 ulas bawang merah (hiris), 2 ulas bawang putih(hiris), sedikit ikan bilis/pati ikan bilis, sedikit air untuk kuah, 2sb minyak, dan secubit garam.

Cara-cara:
Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, Masukkan ikan bilis, kacau sebentar. Masukkan sayur bayam diikuti sedikit air. Perasakan dengan garam. Apabila sayur dah layu sikit, tutup api.

Udang Goreng Oat



UDANG GORENG OAT

Bahan-bahan :
Udang, dibersihkan dan dibelah belakang
*garam
*serbuk kunyit
*lada sulah
sebiji telur - dipukul sedikit
secawan oat
minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Gaul udang dengan bahan-bahan yang bertanda *
2. Celup udang di dalam telur
3. Salutkan dengan oat
4. Goreng hingga kekuningan.

Sunday, 2 November 2008

Kek Coklat Kukus



Kek Coklat (Kukus) oleh: Lilydvalley@myresipi.com, tq.

Bahan-bahan ( 8 in )
1 cawan gula perang
1 cawan susu segar perisa coklat
1 cawan minyak
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur

Cara-cara
Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
Angkat dan sejukkan.