Dinner sempena hari raya ini berlangsung di Atlantis Ballroom, Hotel Atlantis, Dubai pada hari raya ke-2. Eid dinner yang dianjurkan oleh TAK, iaitu company tempat hubby bekerja ni memang menjadi acara tahunan syarikat. Alhamdulillah, terasa jugalah kemeriahan hari raya bagi kami yang jauh di perantauan tanpa sanak- saudara ni. Kemeriahan juga terasa apabila melihat masing2 memperagakan baju raya yang berwarna-warni dan lagu raya pula berkumandang di dalam Atlantis Ballroom. Bagi staf2 yang hadir tanpa mengira bangsa, inilah masanya untuk berkumpul dan berjumpa, bersembang dan makan-makan. Makanan yang disediakan semuanya sedap2 belaka, semua menu ada termasuk satay dan rendang juga.
Banglo kami....wahahaaha..acah jer..
ni salah sebuah banglo yang terdapat di Palm Jumeirah. Di belakang setiap banglo ada beach youuu..(gambar ni snap masa otw nak ke atlantis)
Burj Al Arab.. snap dari atas jambatan, gambar gegar sikit maklumlah tak berapa pro..
Masa ni baru sampai, posing2 dulu di hadapan hotel.
Jalan di hadapan hotel sesak teruk kerana cuti sempena Eid al Fitr digunakan oleh warga dubai untuk bersiar2. (Ataupun jam sebab pemandu asyik duk tengok orang berposing...ahaksss..)
Sementara menunggu acara bermula...
Masa untuk menjamu selera....sporting chef ni..senyum jer...
Tempat khas disediakan untuk kanak2 bermain dan bersuka-ria.. Ada clown dan magic show kat sini.
Jamu mata dengan lampu-lampu yang berbagai bentuk..
Sekian sahaja cerita saya untuk keluarga di malaysia dan kawan2 yang sudi berkunjung ke sini. wassalam, tataaa..