Thursday, 17 September 2009

Iftar dan Jalan-jalan Cuci Mata di Burjuman

Salam...
Semalam sessi beriftar di luar lagi. Kali ni di Mutiara Restaurant, iaitu restoran makanan bercitarasa melayu yang sememangnya tak banyakpun kat dubai ni. Selepas selesai iftar ada upacara memotong kek pula oleh beberapa kawan hubby yang menyambut birthday termasuk boss dept.nya. Sebenarnya boss ni lah yang belanja kali ni.

Menu makanan tak banyak, jadi perutpun taklah senak dengan makanan. Lepas iftar, semua pakat menuju ke destinasi masing2. Kami pula merayau ke Burjuman Mall untuk cuci2 mata, nak tengok deco raya, nak tengok bazaar raya manerlah ada kan.



nasi, ayam berlada, asam pedas ikan, kangkung goreng belacan, ulam dan sambal. Gambar atas tu sup daging dan teh tarik.


Muaz makan mee jer...tu pun tak abis.. Awek cun kat sebelah muaz tu ialah Tini.


Jalan-jalan Cuci Mata di Burjuman Mall selepas iftar...

Burjuman ni tak jauh dari Mutiara Restaurant. Kami ke sini untuk solat maghrib, sambil2 tu jalan2la kejap. Nak sopingpun bukannya musim sale sekarang ni, boleh terbeliak mata tengok rege nanti huk3.. So, layan jerlah dengan deko raya ala arab ni, ada arabic tent jer, ketupat daun palas ker, daun kelapa ker, jangan haraplah nak ada kat sini kan..ermmm.. Lagu raya pun nan ado. Yang ada cuma lagu apa ntah yang mamat kat bawah ni nyanyi..



Singgahlah kejap kat satu tent ni, ada sorang pak arab yang jaga kat situ. Dia hidang buah kurma dan teh arab yang rasanya tak macam teh kita. Siap bagi tazkirah lagi.

Hubby ku dah wat mcm umah sendirilah pulakk..


Ada juga barang2 hiasan dijual di sini, tercari2 gak kut2 ada bunga api ngan mercun...:P



Hmm..tengoklah rege tu kan, mau berpinar jap biji mata ni. kalau kat mesia ni dah kena kebas letak barang mahal camtu kan..


Posing terakhir sebelum balik, kakipun dah letey..
Sekian laporan untuk hari ni, wassalam.. tataaa..

2 comments:

  1. Salam zai...
    eiiieeyyy...beshhnyer nengok suasana tuh...imagine jer ina leh sampai sana t...
    ekeke~

    ReplyDelete
  2. ina> wslm ina..
    insyaAllah suatu hari nanti akan smpai tu..
    best kalau dtg melancong, tp kalau duk menetap sini lelama tak best pong..huhu

    ReplyDelete