Saturday, 29 May 2010

Udang Bakar Mentega Berempah

Assalamualaikum...

Semalam saya masak udangni. Udangni besar, beli 4 ekor jer untuk makan berdua. Muadz tak boleh makan udang, gatal lidah....heeeeee..pelik kan. Orang lain gatal hidung, gatal muka @ gatal badan, dia pulak gatal lidah kalu makan udang, cian anak mama..hu.hu.. Resepi sendiri campak2 jer ni.. biasalah saya suka masak ringkas dan cepat, pemalas punya olang.. Bakarpun guna kuali leper non stick jer....



Udang Bakar Mentega Berempah

Bahan-bahan:
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan
1 sb serbuk kari
1/2 sb serbuk lada sulah
1/2 sb serbuk kunyit
garam secukup rasa
2 sb mentega

Cara-caranya:

Udang dibelah belakang dan dicuci bersih.
Gaul dengan garam dan segala serbuk yang dinyatakan di atas. Sebenarnya, saya tak sukatpun berapa banyak, sukatan tu cuma agak2 je. Perap selama 15 minit atau lebihpun takpe. Panaskan kuali leper dan letakkan mentega. Susun udang di atas kuali. Bakarla sampai udang masak. Boleh tambahkan lagi mentega jika perlu. Jangan lupa balik2kan udang ye..Selamat mencuba..


nak cucuk atau nak sula udang cenggini pun boleh..terpulangla pada kehendak masing2.. ermm..


sedap udangni.. bukan saya kata, hubby saya yang kata.. dia kata rugi dia beli 4 ekor jer.. eppp...!! kolestrol tinggi tuh. 4 ekor dah ler... ermmm...

Monday, 24 May 2010

Ku dilanda penyakit M.....

Salam semua..


Terlebih dahulu, saya nak mohon berbanyak-banyak maaf kerana sekian lama membiarkan blog ini terbiar begitu sahaja. Orang kata kalu penyakit M dah datang..macamni lah jadinya. Mula2 internet buat perangai, sampai sekarangpun. Nak buka blog jer, selalu ada masalah.. gambar-gambar ada setengah tak boleh view (keluar pangkah), komen yang kat tepi sebelah kanan entri pun tak boleh nak view, followers box pun keluar pangkah. Lama-kelamaan tuan blogpun jadi malas nak update.
Apatah lagi hatiku sedang berbunga-bunga sekarang ni. Bunga-bunga apa pulak ni? heheh... Sebenarnya tak lama lagi saya sekeluarga akan berangkat pulang ke tanah air terchenta (lebih kurang sebulan jer lagi). Akhirnya dapat pulang ke pangkuan keluarga setelah 3 tahun berada di negara orang. InsyaAllah kalau ada masa dan penyakit M ni dah hilang, saya akan update blog sebelum berangkat nanti.. Terima kasih kepada kawan2 dan pengunjung yang sudi datang ke sini. Jamu mata dengan gambar mufid jer lah, haha..hehe..heheh..hohoh... jumpa lagi....


Mufid ~ 7 bulan


hari2 tengok tv...

saya dah ready nak pi jalan2la..


Friday, 7 May 2010

Rojak Petis

 Assalamualaikum.....

Sejak berpindah rumahni, internet tak berapa elok sangat, payah betul nak buka blog. Nak meronda blog kengkawanpun jadi terbantut. Ditambah pulak dengan masalah laptop ni yang suka sangat off sendiri secara tiba2..geram jerrrrr... sabar je la.. layan rojak petis laggggiii bagusss..ngeeee~
First time buat dan makan rojak petis ni tau. Duk Malaysiapun tak pernah makan rojak ni. Rojak buah saya taula.. Petisni pun dapat daripada seorang kawan..terima kasih banyak2. Resepini pulak daripada sifu terkenal Mat Gebu. Terima kasih yer..sedapppp.. Tengahari tadi kami tak makan nasipun, meratah rojak petis ni jerrrr....


Sengkuang memang takde di Dubai ni..campak bahan yang ada je lah kan...





Rojak Petis CMG

BAHAN SOS PETIS :-)

1 botol kecil petis
1 ketul gula melaka
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan kicap pekat

BAHAN TAMBAHAN :-)

Kacang tanah tumbuk
Jus asam jawa
Kicap cair
Gula
Cili padi, dikisar halus

BAHAN ROJAK :-)

Kangkung, siang, cuci dan celur, toskan
Taugeh, buang ekor, cuci dan celur, toskan
Tauhu, digoreng dan hiris
Timun, cuci dan hiris
Nenas, kupas, dan hiris
Sengkuang, kupas, cuci dan hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
1.UNTUK SOS PETIS :- Satukan semua bahan sos petis, kacau rata dan masak hingga mendidih. Kemudian kecilkan api dan reneh hingga sos petis memekat, kacau sekali sekala. Matikan api dan biar sejuk.

2.UNTUK KUAH ROJAK :- Ambil 4 - 5 camca besar sos petis dan satukan dengan kacang tanah, cili padi (agak2 yea..kalau nak pedas atau tidak), gula dan sedikit jus asam jawa. Kacau rata dan rasa, jika kurang masin, tambah kicap cair. Pendek kata pandai2 lah sesuaikan rasa.

3.UNTUK ROJAK PETIS :- Satukan bahan rojak (yang ni pun pandai2 juga lah agak, supaya sepadan dengan banyak mana kuah rojak yang anda buat tadi) dan gaul rata. Alih ke dalam pinggan sesuai dan jika suka tabur sedikit lagi kacang tumbuk sebelum dihidangkan


Sepinggan ni makan dua orang....tapi tak cukup...tambah lagi dan lagi.. heeeeeeee....

Wednesday, 5 May 2010

Pulut Kuning dan Serunding Udang Kering

Assalamualaikum....

Pulut kuning dan serunding udang keringni dah lama buat.. Masa buatni, saya belum pindah rumah lagi. Pulut kuningni memang senang dan cepat sebab guna teknik ekspres, iaitu tanak dalam rice cooker macam tanak nasi tu..tapi tanak dengan santanla ye. So..sesiapa yang teringin nak makan pulut kuning, dan malas nak masak stail kukus yang kena ambil masa (untuk rendam dan arong santan dan kena kukus 2 kali plak..) bolehla cuba cara ni.. kejap jer dah boleh bersantai sambil makan pulut kuning versi ekspressss... kih3..Terima kasih banyak2 kepada As yg tinggal di New Zealand krn berkongsi resepi ekspres ni.




Pulut Kuning Express

Bahan-bahan ( 5-6 org makan ) ...

• 2 cawan beras pulut
• 1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
• 1 sdt garam
• 1 helai daun pandan
• 1 sdb minyak masak
• Sedikit serbuk kunyit


Cara-cara...

1. Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
2. Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak..
3. Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..
4. Kaedah yg sama ini juga boleh digunakan( jgn masukkan serbuk kunyit) memasak pulut utk kuih serimuka , pulut serunding..pulut ini juga enak dimakan bersama serawa durian..
5. Selamat mencuba! ^_*



Resepi serunding udang kering pula saya cilok daripada blog sifu Mat Gebu. Memang sungguh sedap. Sengaja buat lebih dan simpan untuk makan dengan nasi. Terima kasih Mat Gebu...

Serunding Udang Kering

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 biji kelapa kulit basah (kelapa untuk buat inti), diparut putih ~ saya guna kelapa kering je
3 camca besar gula melaka
3 helai daun limau purut
Garam dan sedikit gula (jika perlu)
2 1/2 camca besar udang kering rendam 10 minit dan toskan* ~ saya letak lebih
10 tangkai cili kering, kerat dan rendam dalam air panas, toskan*
10 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3/4 inci lengkuas*
3 batang serai, dihiris*
1 1/2 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*
1/2 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga wangi, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa (jika kurang manis, boleh tambah gula pasir sedikit), terus menumis hingga garing. Masukkan kelapa parut dan daun limau purut, gaul rata.

Pada api sederhana, kacau serunding tadi hingga kering dan sedikit berderai (tapi masih lembap). Rasa dan jika ok boleh matikan api, terus mengacau hingga serunding menjadi suam. Alihkan ke dalam bekas sesuai. Biarkan sejuk betul2 sebelum ditutup....


Sunday, 2 May 2010

Popia Basah

Dah lama sebenarnya tak buat popia basahni. Kali terakhir buat masa bulan posa tahun lepas. Hah, lama sungguh tuuu... Tiba2 rasa teringin sangat2 nak makan. Apa lagi buatla.. punyalah tak sabar nak makan tau. Siap je kulit sekeping..terus masukkan inti, gulung dan masuk mulut.. wallaaaa...sedap sungguh! memang sedapla pada tekak saya sendiri. Pastu siap lagi sekeping..masukkan inti, gulung dan ngapp lagi. Amboii..sampai tak sempat nak hidangla 3-4 keping yg pertama tu..abih kat tukang gulung jer..mihahaaa.. Thanks bebanyak kpd kak Umi_e krn berkongsi resepini..


Popia Basah (umi_e@myresipi.com)
Bahan-bahan ( 12 keping )

Bahan untuk kulit*
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka - sy gantikan jus lemon
secubit garam

Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
1/2 biji kobis - diricih halus
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis
**Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan untuk sambal***
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

*** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

Cara-cara (untuk melihat cara membuat step by step, boleh lihat di myresipi.com )

campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan
gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper
buat dari arah jam
mulakan dari tepi dulu
kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar
angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)
ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng
lipat macam biasa dan gulung
sedia untuk dimakan

*** untuk kuah, saya ada tambah beberapa biji buah kurma (ambil isinya), lenyek sampai hancur @ blend je sekali ngan cili dan masukkan dalam kuah- tips daripada umieaisyah kalau xsilap saya. thanks ye aisyah..





Dinner @ Ozone Oriental 23.04.10

Assalamualaikum..

Lama rasanya blogni tak berupdate. Minta maaf bebanyakla ye kepada semua dan terima kasih kerana sudi mengunjungi blogni. Sebenarnya saya tersangat sibuk kerana berpindah rumah. Harini barulah boleh tarik nafas sikit kerana keje unpack barang dah selesai..tinggal sikit2 je lagi..alaah barangpun tak banyak mana, senang sikitla keje nak mengemas..

Kembali kepada entri kali ni..takde masak2 ye..tapi makan2 tetap adaaa.. Peristiwani dah seminggu lebih berlalu...boleh masuk dalam kategori citer basi! ekeke.. Sebenarnya, kami memang tak tahupun tentang tempat makanni. Kalau tak kerana Muadz dapat tajaan makan  kat sini, mungkin kami tak tau tempatni. Restoranni bertempat di Lotus Boutique Hotel. Tajaanni valid dlm tepoh sebulan je. Kebetulan pula besday saya jatuh hari minggu tu, so kamipun pergilah dinner di situ....sempena besday mama dan kejayaan Muadz. Muadz dapat makan pree tapi mama ngan papa makan papa yg taja..ngeh3.. Ok lah juga layan Thai dan Chinese food...


Muadz dah makan dah...



Ada tomyam dan sea king soup (sup lobster dan sayur-sayuran)...sedap juga walaupun tomyamnya nampak cair.




Pencuci mulut tak banyak pilihan sangat.. hentam je lah yang mana ada. ice cream goreng tu mmg best.




Posing-posing takde kojer..hihihh...



Masa nak balik, terjumpa kedai yang nama sama macam Mufid ni, posingla kt depan tu kejap.. Mufid tak tau apa2pun..hik3..




Tahniah untuk Muadz. Simpan certificate ni untuk kenangan nanti..