Wednesday, 3 March 2010

Tauhu Sumbat

Terlioq tengok tauhu sumbat di merata2...
Sebenarnya selalu jugak beli tauhu, tapi guna untuk masukkan dalam mee/mihun jer..malas betul nak buat tauhu sumbatni.. Bila tengok orang lain duk buat, mulalah teringin nak makan. Baru2ni tengok puan abbot buat tauhu sumbat makan dgn sos popia resepi Kak Nor... sungguhla terliur.. Maka, sayapun makan tauhu sumbat kalini dgn sos popia resepi Kak Nor jugak...waahhhh..sedap betul. Thanks K.Nor kerana berkongsi resepi dan Abbot kerana bg idea..

Sos Popia -Kak Nor

5 sudu besar cili mesin
2 cawan air
1 sudu besar kicap manis
nisan/gula melaka
air asam jawa/cuka
2 sudu besar bijan ~ disangai dan tumbuk kasi pecah2 sket

Masukkan kesemua bahan kecuali bijan.
Renih hingga hampir pekat dan masukkan bijan.
Rasa la masam manis dia dan ikut kepekatan yg disukai.
Padamkan api dan biarkan sejuk baru la digunakan.




9 comments:

  1. Sedapnya nampak tauhu sumbat awak...tapi dah 3 malam akak terhingat nasi mandy yang awak makan hari tu..

    ReplyDelete
  2. ZaiY, sosnya nampak menyelerakan ... akhirnya dapat jugak tahu kannn

    ReplyDelete
  3. kak gerau> klu dh 3 mlm duk tringat tu cpat2la akak pi rest arab tu order nasi mandy, takut kempunan lak nnti,,ekeke..

    fuzidss> sini tauhu mmg ada, tapi yg biasa pnyala..tauhu telur payah nk jmpa..klu adapun xtau boleh mkn ke x, sbb bukan buatan sini.

    ReplyDelete
  4. memang nampak menyelerakan.... biasanya tgk tahu sumbat sos lain2.. ni siap disiram ni yang buat nampak menarik

    ReplyDelete
  5. iezah> siap siram tu bukan apa iezah..tuan dia dah tak sabar nak ngap..heheh

    ReplyDelete
  6. menarik zaiy..esp sos tu...nak try le...mcm2 leh buat kan..popiah, tahu sumbat... kalau dah malas...cekodok pun buleh..he..he..

    ReplyDelete
  7. qistina> betul moi, boleh pelbagaikan sos tu, cicah kopok lekor pun msti besh kan..

    ReplyDelete
  8. Salam Sis Zaiy & semua pembaca blog ni,

    Saya sangat memerlukan jasa baik anda semua utk participate dlm survey saya.

    Disamping itu, anda juga berpeluang memenangi 4Gb Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

    Sila layari:
    http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

    atau boleh terus ke:
    http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation

    TQVM
    -zu-

    >>tauhu mu itu sungguh menarik perhatian..

    ReplyDelete
  9. ehemm.. minggu memang nak buat tauhu sumbat. dah meleleh dah air liur. :))

    ReplyDelete