Friday, 12 March 2010

Semalam..



Semalam lunch ikan pari bakar cicah air asam jer..Sayur takde, makan ulam2 sajer.. (sempoi je kami ni..) Ikan pari memang susah nak jumpa di sini. Dah nak masuk 3 tahun duk sini, baru tahun ni kami jumpa ikan ni.. mungkin sebab tak cari sampai ke lubang cacing kot.. ekeke.. Sesapa yang teringin nak makan ikan pari, bolehla mencuba nasib di pasar ikan dekat Carrefour Al Hudaiba. Tu pun kadang2 jer ada. Ikan cencarupun kekadang hubby jumpa di pasar ni. Dua jenis ikan ni memang spesis payah nak jumpa di Dubai.

Seperti biasa hari Jumaat ialah hari cuti kat sini. Kadang tak masakpun, jalan2 cari makan. Tapi semalam, rasa nak masak sempoi2 sebelum keluar. Hubby duk sebut2 nak gi Ikea. Tapi apa yang terjadi, tukang masak kekenyangan la pulak lepas makan, rasa ngantuk...huhuu.. Maka tak jadila keluar ke mana2. Malamnya, lepas maghrib, Muaz pulak muncung panjang sebab tak gi mana2, hubby bawalah dia keluar gi beli magazine feberet dia dan juga donut di Spinneys, barulah senyum sampai telinga.. Itulah kisah semalam..

3 comments:

  1. waduh2 zaiy..... ikan pari bakar U..... sedapnyer... mmg kita pun x penah jumpa la kat sini....

    ReplyDelete
  2. Amy> mmg kitorangpun baru berjumpa jodoh ngn ikan ni thn ni.. mkn smpai zzz..haha..

    ReplyDelete
  3. rumah akak ikan pari jarang masuk sebabnya my husband tak suka tapi memang nampak memikat you

    ReplyDelete