Tuesday, 2 March 2010

Masak Lemak Cili Hijau Udang

Masak lemak cili hijau udang ni ialah masakan yang mak saya suka buat. Dulu, kalau ada udang jer, mak saya mesti masak macamni. Sejak kena berpantang tak boleh makan udang, mak jaranglah buat ni lagi. Ni kalau teringat nak makan, kena la buat sendiri, tapi tetap tak sama dgn yg mak buat, huhu.... Santan tak cukup sebab tu kuah nampak cair sikit, takpela sendiri nak makan jer..hehe

Masak Lemak Cili Hijau Udang

Bahan-bahan:
Udang secukupnya (nak banyak mana pun taruk jer) - dibuang kepala dan dibuang uratnya
* 10 tangkai cili hijau (agak2) - belah dua, buang biji dan tangkai
* 2 batang serai - diketuk
* 3 ulas bawang merah - dikisar
* 1 ulas bawang putih - dikisar
* kunyit hidup, sebesar ibu jari - dikisar
* sedikit belacan - dikisar
3 cawan santan cair
2 cawan pati santan
buah tomato - dibelah 4
garam

Cara-cara:
1. Masukkan santan cair dan bahan2 yg bertanda * ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana sambil dikacau.
2. Apabila cili hijau sudah setengah masak, masukkan udang, buah tomato dan pati santan.
3. Tunggu seketika sehingga udang masak, sambil dikacau. Perasakan dgn garam. Tutup api. Hidang...



2 comments:

  1. Salam Zaiy dan semua pembaca blog izzaiynas,

    Saya sangat memerlukan jasa baik anda semua utk participate dlm survey saya.

    Disamping itu, anda juga berpeluang memenangi 4Gb Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

    Sila layari:
    http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

    atau boleh terus ke:
    http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation

    TQVM
    -zu-

    >>saya x pernah buat masak lemak cili ijau, selalu guna cili merah je, buleh try nih..

    ReplyDelete
  2. aduh... ni kegemaran my mom ni..Rindunya kat my mom

    ReplyDelete