Saturday, 28 February 2009

Mee Udang Tomato dan Award Dari Kak Zai

Rumahku didatangi tetamu tak diundang..
Tetamu yang buat saya menci sangat sebab baru beberapa hari lepas buat keje mengemop lantai ni...adussss... debu ohhh debu, awat hang mai tak habaq? kalau habaq siang-siang bolehla kututup tingkap rapat2, seal segala lubang-lubang yang ada..huk (3x)

Sebenarnya semalam memang perasan jugak langsirku berterbangan ditiup angin..ingatkan angin biasa sepoi-sepoi bahasa..rupa2nya ribut pasir yang melanda. patutlah bangun pagi tadi terdengar sliding tingkap duk berlaga-laga.. Pi kat dapur tengok pinggan-mangkuk yang baru dicuci berdebu sakan..huwaaa..Debu masuk ikut tingkap dapur.Laptop yang sedia berhabukpun bertambah lagi ketebalan habuknya, haahaa.. yang paling tragis, sebiji pasu bunga dah selamat terjun ke bawah.Tengok tu kuatkan angin tu tolak pasu sampai jatuh. tak taulah kena kepala orang ke tak..harap tidaklah. Nasib baik pasu tu dibuat dari plastik.

Oklah, lupakan saja tentang tetamu yang tak diundang tu. Harini saya tak masak nasi pun, buat mee sebab hubby kata nak makan mee. Jemu pulak rasanya nak makan nasi, nak masakpun jemu sebenarnya..haiyaa..camana ni?
Buat mee pun cari resepi yang simple je. Mee udang tomato CMG ni memang simple.Terima kasih ye Cik Mat..



Mee Udang Tomato (Mat Gebu)

Bahan-Bahannya :-)
Mee kuning secukupnya, cuci dan celur 30 saat, toskan (saya guna udon)
300 g udang sederhana besar
3 biji kentang (250 g), rebus dan lecek
3/4 cawan sos tomato
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
1 camca besar gula perang
2 ketul kiub ayam "Maggi" atau
1 liter stok ayam
1 1/2 camca besar cili kisar
Garam secukup rasa
5 biji telur - saya tak masukkan
2 pokok sawi putih, cuci dan kerat2 -saya tak masukkan
2 biji bawang besar*
3 camca besar udang geragau, rendam 10 minit dan toskan*
3 ulas bawang putih*
1 hirisan nipis halia*(*dikisar halus)

Bahan Lain :-)
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Tauhu, digoreng dan hiris - takde stok
Taugeh, dicelur (mat tak celur)-takde stok

***saya letak isi ayam yg disiat sebagai tambahan.

Cara membuatnya :-)

Panaskan minyak dalam periuk (atau kuali), tumis bahan kisar halus hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili, gaul rata. Masak sekejap.
Tuang air dan masukkan kuib ayam (kalau guna stok ayam, tak payah guna kiub), kacau rata dan biar mendidih. Tambah kentang lecek, tomato, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih.
Perlahankan api, pecahkan telur satu perlahan dan masak atas api kecil hingga telur masak dan timbul. Tambah udang dan sawi, masak untuk 2 - 3 minit lagi, rasa kuahnya dan jika ok boleh matikan api. Jika suka kuah cair, boleh tambah air.

PENYEDIAAN MEE UDANG TOMATO :- Isi mee secukupnya dalam mangkuk, tambah taugeh, tuang kuah bersama isi2nya dan juga sebiji telur. Hias dengan hirisan tauhu, bawang goreng, daun sup dan daun bawang. Hidangkan panas2...

CATATAN MAT GEBU :- Kalau rasa sukar, boleh cedok kuah ke dalam "non-stick pan" sebanyak 3/4 penuh jerang atas api kecil dan pecahkan telur sebiji, bila telur masak, alih ke dalam periuk yang berisi kuah tadi, buat hingga siap..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya dapat award lagi..2 award comey ni daripada kakzai. Thanks kakzai kerana sudi bagi award ni kat saya. nanti bolehlah saya pakai topi chef tu time main masak2. Nak gi jalan-jalan leh tak pakai topi tu?..:)



8 comments:

  1. adoi...sedapnya zaiy mee udang tu...makin hebat selera kawan kita ni...meh la hulur semangkuk...

    ReplyDelete
  2. hmmm kakkkk sedapnya nampak udang besar2 dok tergolek dlm mee tu....

    RE: x tau la kak ada x cawangan kat tempat lain... tp kat kwsn umah saya ni ada 4 cawangan.... bknnya jauh pun dekat2 je... tp boh nama lain la Restoren Hajris Bistro (RHB), Restoren Hajris Utama (RHU), Restoren Hajris curry house yg satu lagi x tu hajris apa... hehehe tp yg RHB yg sedap yang elain tu kureng sikit...

    ReplyDelete
  3. zaiy..mmg kuat ribut pasir tu kan???pastu satu dubai jerebu... tak pe..time jerebu nie duduk diam2 dalam umah makan mee udang ...best...

    ReplyDelete
  4. dasyat gak ya tetamu yg tak diundang tu ya...jenuh ler...

    mee udang tu nampak best...tp takde stok udang ler plak...

    ReplyDelete
  5. akak mmg tgh mengidam mee udang...tp x der sapa nak tlg buat...kalau lah zaiy menjadi jiranku, wajib x malu, akak tadah mangkuk...heheheh

    ReplyDelete
  6. lahhhhhh ingatkan sapa le tetamu yg ko benci tu..rupa nya ribut pasir hahhaha...amboii sedapnya mee udang.

    ReplyDelete
  7. mee udang..bunyi cam mengancam..sedapnya...

    ReplyDelete
  8. alamakk gitew sekali ributnyerr kak zai??
    hopefully xdelaa sapa2 yg jd mangsa pasu tuu heee ngeri2..
    ikshh beshnyerr mee dia..udang besau2...alaaa apa2 masakan CMG sure meletopps punyer... ermm lama dah jenguk dapur akak rindu pulak.. hik3

    ReplyDelete