Tuesday, 3 February 2009

Mari menggulung lagi...


Kuih ketayap / kuih gulung ni makan untuk brekfes atau minum petang memang masyukk, cuma part nak menggulung tu yang rasa cam nak demam tu..kui(3x)..
Saya copy n paste resepi daripada FP kakliza, tq kak..


KUEH KETAYAP aka KUEH GULUNG Kak Liza

Bahan Kulit [batter]
1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan (saya guna pewarna jer)
[mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan]
1/2 cawan santan/susu segar
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau
secubit garam

Bahan inti:
150 gm gula merah
3 s/b gula biasa
1/2 cawan air kelapa muda [jika ada] - saya xde
½ biji kelapa parut muda

Cara:
1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan
4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
7. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.

4 comments:

  1. mmg sedap mkn...tp nak gulung tu yg...adehhhh...

    ReplyDelete
  2. nak tau...inti dah siap buat dah berapa hari saya ni..ntah bilan nak kuarkan dari peti ais tu ntahle..anak2 suka kuih ni...tapi bak kata zaiy le..nak menggulung tu..ish

    ReplyDelete
  3. >> gulung jangan tak gulung...
    >> kecik kecik dulu kalau mkn kuih ketayap ni mesti buka gulungannya...:D

    ReplyDelete
  4. Aishah-kalau ada mesin penggulung sanag kan..ahakss..

    Nor-jgn lama2 nor, nanti masam lak inti tu.

    Bro Jeff-nape buka bro, mesti nk tgk dalam tu ada ape kan.tapi kalau buka dimakan intinya takpe..

    ReplyDelete