Pahit manis, suka duka.. adalah rencah kehidupan insan di dunia. Segalanya akan menjadi KENANGAN yang TERINDAH buat diriku dan insan-insan tersayang dalam menempuh kehidupan ini...
Sunday, 26 October 2008
Sotong Bakar Bersambal
Sotong Bakar Bersambal
Bahan-bahan:
2 ekor sotong-bersihkan dan kelar badannya
garam
serbuk kunyit
serbuk lada putih
bawang putih-kisar
bawang merah-kisar
2 batang serai -kalau rajin kisar (saya malas, saya ketuk je dan masukkan dalam badan sotong sebatang setiap sekor )
sedikit minyak - saya guna minyak zaitun
Untuk sambalnya, terpulangla nak buat sambal macamana pun. Saya guna sambal yg sedia ada jer iaitu sambal tumis biasa tu yang kebetulan memang ada belen kat dalam fridge (ni kes malas yg terlampau ni )
kalau taknak buat sambal, boleh juga makan dengan sos cili..lagi sempoi
Cara-cara:
Gaul sotong bersama bahan-bahan di atas dan perap sekurang-kurangnya 20 minit, lagi lama lagi sedap.
Susun dalam bekas untuk dibakar, sapukan sambal di atas sotong, bakar dalam oven, sekali sekala balikkan atas bawah dan percikkan sedikit minyak dan tambah sambal supaya sekata.
No comments:
Post a Comment