Pahit manis, suka duka.. adalah rencah kehidupan insan di dunia. Segalanya akan menjadi KENANGAN yang TERINDAH buat diriku dan insan-insan tersayang dalam menempuh kehidupan ini...
Friday, 15 February 2008
Kek Coklat 1
Inilah kek coklat yang pertama pernah dicuba dalam sejarah. Maklumlah sebelumni tau makan ajeeerr..kui(3x)
Kek Coklat (Mat Gebu)-tq
Bahan-Bahannya:- (acuan bulat berukuran 10 inci)
1 3/4 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 1/2 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
1 3/4 cawan gula halus
3 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung
1 camca teh esen vanilla
200 ml susu cair* (saya guna susu segar)
1 cawan air suam*
1 camca teh nescafe*(*disatukan)
Cara membuatnya:-
1. Panaskan kukusan, lenser tin dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
Ketepikan.
2, Dalam mixing bowl, satukan bahan2 yang diayak bersama gula halus, gaul rata.
3. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga sebati.
4. Tuang bancuhan susu, air dan nescafe perlahan. Putar hingga semua bergaul mesra.
5. Akhir sekali masukkankan minyak jagung dan esen vanilla, putar hingga sebati dan gula hancur.
6. Tuang dalam tin tadi dan kukus 1 jam. Balut penutup kukus dengan kitchen towel untuk
mengelakkan wap jatuh atas kek...
*** Buat topping hentam keromo jer, cair jer..Len kali kena wat betoi2.
Tuesday, 12 February 2008
Kek Pisang
Kek Pisang (Princessharyati)-tq
Bahan-bahan
3 ulas pisang
1 1/2 cawan tepung serbaguna (plain flour)
4 sudu besar butter
2 biji telur (saiz besar)
4 sudu besar gula halus
1 sudu kecil soda bicarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar krim (perisa pisang)-ni xde dlm resipi,pepandai jer tambah.
Secubit garam
Cara-cara;
1. Satukan tepung, soda bicarbonat, garam dan baking powder (Bahan A).
2. Asingkan telur putih dan kuning. Pukul telur putih hingga kembang.
3. Campurkan butter dan gula. Pukul hingga kembang.
4. Selepas itu masukan telur kuning dan kacau.
5. Kemudian campurkan putih telur, krim perisa pisang serta bahan A tadi.
6. Masukkan pisang dan kacau hingga sebati.
7. Akhir sekali, tuang adunan ke dalam bekas.Bakar 160 selama 30 minit.
Saturday, 9 February 2008
Pecal
Pecal
bahan-bahan:
2 cawan kacang tanah - goreng, buang kulit & kisar
*cili kering (terpulangla nak banyak manapun) - potong, rendam dan tos
*3 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih
*sedikit belacan
*sedikit udang kering - dibasuh dan ditos (optional)
1/2 cawan air asam jawa - tapis airnya
garam, gula
2sb minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan sayuran;
kacang panjang - dicelur
taugeh - dicelur
timun
karot(optional)
tauhu-digoreng & dipotong kecil
telur-direbus & dipotong (optional)
****semua sayuran hendaklah dibasuh dan dipotong kecil kecuali taugeh
****kalau ada pucuk ubi, pucuk paku, kangkung lagila terangkat beb!!
Cara-cara:
1. Bahan yang bertanda * hendaklah digoreng sebentar dengan minyak, angkat dan dibiarkan sejuk. Kisar bahan2 ini bersama2 air asam jawa.
2. Satukan dengan kacang tanah dan gaul sebati. Tambahkan garam, gula dan sedikit air masak jika kuah terlalu pekat. Siap untuk dimakan dengan sayur2 pecal...