Followers

Sunday 28 February 2010

Mari melapisss...

Dah lama saya tak buat kuihni..last buat kuihni masa bulan posa yg lepas. Kalini nak cuba buat yg perisa koko pulaklah.. Sebelumni duk buat yang kaler merah putih tu.. Kalau buat yang kaler koko ni gerenti Muaz akan suka punya. Saya merayau kat internet cari resepi kuih lapis koko, terjumpa kat blog Yatie yg tinggal di Louisiana U.S tu, nampak menarik dan senang.. Alhamdulillah menjadi, lembut dan sedapp..terima kasih Yatie kerana share resepi yer..



Kuih Lapis Koko - Yatie

Bahan-bahan.

1 1/2 cwn tepung gandum
2 sb rata tpng beras
2 sb rata tpng jagung
1 sk garam
1 cwn gula pasir
5 cwn santan
3 sb rata serbuk koko
4 sb air suam utk bancuh koko.
pewarna kuning.

Cara-cara.

1. Satukan kesemua tepung didlm mangkuk.Masukkan garam dan gula pasir.
2. Masukkan pula santan dan gaul sebati.(saya masuk dlm blender kesemuanya)
3. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna kuning dan satu lagi letak bancuhan koko.
4. Panaskan kukus dan balut penutupnya dngn kain.
5. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
6. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi.Masukkan adunan koko 1 senduk dan kukus selama 5 minit.
7. Setelah itu lapis pula adunan kuning selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
8. Lapisan akhir sekali kukus selama 15 minit.
9. Bila dah siap, sejukkan selama 1 jam dan boleh di potong.








Sebelum terlupa, nak share tips untuk memotong kuih lapis dengan mudah. Mungkin boleh guna tips ni untuk kuih2 lembut yg lain seperti serimuka juga..
Caranya ialah balut pisau dengan plastic food wrap, alaa plastik lembut yg kita biasa kita guna untuk balut buah @ sayur tu. Balut selapis jer, tak payah nak balut banyak ok, insyaAllah senang snagat masa nak potong kuihni, syaratnya kuihni mestilah dah sejuk..jgn panas2 potong pulak. Lagi satu, boleh juga guna benang untuk memotong kuihni..tapi yg ni saya tak pernah buat lagi.. selamat mencuba..

Friday 26 February 2010

Cop Kambing Berglis Cutni

Salam semua...

Ni makanan feberet hubby saya. Kalau saya buatni selalunya kena buat banyak sebab hubby saya akan meratah. Lagipun chop kambingni bukan banyak isi pun, isi duk terselit kat tulang2 jer, tapi itulah yang buat jadi sedaptu.. Kat sini cop kamben, daging kamben dan apa2 yg berkaitan ngan kambenla.. memang senang nak dapat. Pegi jer kedai dekat umahni bila2 masapun bekalan sentiasa ada, permintaan tinggi kut..

Resepini saya ambil dari buku 'Sedapnyaaa..' Chef Wan. Sesapa nak try, ni resepinya..

Cop Kambing Berglis Cutni
Bahan-bahan:
8 keping cop kambing

Bahan pemerap (dibancuh):
2 sudu teh jintan putih/serbuk
2 sudu besar ketumbar serbuk
1/2 sudu teh paprika
1/2 sudu teh garam
60ml/ 1/4 cwn minyak zaitun extra virgin

Glis (dibancuh):
1/2 cwn cutni mangga manis dalam botol
1 sb cuka wain merah - saya omit
1 sb madu
2 ulas bawang putih, dicincang halus2

Cara:
Gaul cop kambing dengan bahan pemerap dan perap selama 1 jam
Panggang di atas api sederhana sambil melumur bahan glis pada kambing dari semasa ke semasa. Hidang dgn daun salad.
* saya panggang dlm oven jer..





gambar yg sama gak tapi lain kaler tu sebab cahaya..(iyer ke? ntah ha..kut tukang tangkap gambar yg tak reti plus kamera kokakpun ye gak tu..ngeh3..




Sesiapa yg tak tau cutni tu macamana, buleh tgok gmbar ni yer..heheee..yg ni pun sng dpt gak sbb sini ramai org india.

Tuesday 23 February 2010

Lemak Tempoyak Ikan Parang

Oghang Peghak kalu tak makan tempoyak, kena buang negeri gamaknya yer..ahakksss...
Tapi, yang jadi masalahnya diriku suka tempoyak, sebaliknya my habibi plak tak suker...heeee.. Jadinya, sebulan sekalipun payahler saya nak masak masakan bertempoyakni...
Dua hari lepas, saya buat lemak tempoyak ikan parangni sebab rindu rasanya nak makan. Oleh sebab my habi tak makan itu temfuyak, jadi sy masukkan tempoyak kemudianla..Maksudnya, bila semua dah masak, saya keluarkan beberapa potong ikan dan kuahnya untuk hubby dan bakinya dalam periuk tu saya campur dengan tempoyak, biarkan mendidih lagi sambil dikacau.

Ikan parangni feberet hubby. Dulu saya tak suka makan ikan ni sebab malas nak buang tulang. Walaupun banyak tulang, tapi isinya ada umphh.. Ikan parang sangatla sedap kalau dibuat masak lemak tempoyak..wallaaa..



Resepini ikut stail saya buatla yer.. bahan2 bolehla ditambah/dikurangkan ikut selera sendiri.

Lemak Tempoyak Ikan Parang

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan parang - potong serong2 (sy guna ikan yg agak besar)
2 cawan santan cair
2 cawan pati santan
2 batang serai (diketuk)
2 biji tomato - dibelah 4
4 sudu besar tempoyak
1 keping asam gelugur
garam

Bahan Kisar:

10 ulas bawang merah - saya guna 1 labu bawang besar
2 tangkai cili merah - dibuang biji (klu suka pedas lebihkan)
3 tangkai cili padi - dibuang biji (klu suka pedas lebihkan)
2 cm belacan
kunyit hidup sebesar ibu jari
sedikit air, anggaran 1/2 cawan

***Kalau takde ikan parang boleh gantikan dengan ikan lain juga..

TIPS
***ikan parang banyak tulang, jika dipotong serong2 lebih mudah nak tarik keluar tulangnya masa nak makan nanti...


CARA MENYEDIAKAN:

1. Bersihkan ikan parang dengan asam jawa.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama santan cair dan serai.
3. Kacau perlahan di atas api sederhana.
4. Masukkan tempoyak, asam gelugur dan ikan.
5. Biarkan mendidih selama 5 minit sambil dikacau. Masukkan pati santan diikuti dengan tomato. Biarkan kuah mendidih seketika.
6. Akhir sekali tambahkan garam secukup rasa dan tutup api.



Sunday 21 February 2010

Makan-makan @ Al-Tawasol

Sebenarnya peristiwa ni dah lama jugak berlaku. Biasalah ni aktiviti makan2 di hujung minggu, chef pun gantung kuali..dapur tak berasap hari minggu.



Restoran Al-Tawasol ni femes kerana hidangan nasi mandy yang sedap. Orang Dubai kalau tak merasa nasi mandy ni memang tak sah. Setahu saya, tak banyak sangat restoran nasi mandy yang dikatakan makanan tradisional orang Arab Yemen ni kalau nak dibandingkan dengan restoran beriani yang biasa tu. Maksud saya, kalau nasi beriani biasa tu sekeliling kawasan rumah saya ni pun berlambak restoran nasi beriani, tapi beriani India or Pakistanla.. memang dah jemu makan...huhu..


Masa kami pergi tu, memang ramai sangat orang. Ni, kat bahagian belakang, banyak tempat duduk kosong lagi. Tapi kami tak nak duduk kat sini, target nak duduk dalam bilik nun ... Nampak tak bilik yang ada langsir tu, ala-ala Arabic tent..huhu.. duk dalam tu baru best, boleh makan sambil bersila. Ada banyak juga bilik yang dibuat seperti khemah Arab tu tapi malangnya semuanya penuh masa tu. Jadi, nak tak nak dudukla kat meja ni jer la. Tak lama kemudian sekumpulan pak arab pulak datang duduk belakang kitorang..huh..punyalah bising depa bersembang..buat daku semakinla tensennnn...



Makananpun dah sampai. Kami order lauk ayam dan kambing. Kat sini depa hidang dalam talam, kalau tak suka makan dalam tu boleh minta pinggan. Selain ada pilihan ayam dan kambing, set ni juga ada disertakan sambal dan ulam-ulaman. Sambal ni tak sama macam sambal kitalah, tak pedaspun..banyak guna buah tomato rasanya. Ulam2 pula ialah timun, capsicum, lemon dan sejenis daun yang bernama 'jarjeer'..


Selepas 'separuh jalan' makan, nampak ada satu family dah keluar dari salah satu khemah tu. Kamipun cepat2la hangkut talam nasi masuk dalam khemah tu..ha..ha kelakar pulak, ada ker org lain penah buat macamni? Jadi, kamipun sambung makan dalam ni pulak..


Memang best pun makan kat dalam ni, santai dan privacy. Mufidpun sampai tertido sebab kekenyangan makan setalam nasi mandy...ishh3.. Muazpun suka makan juga tapi taklah sampai tertido macam Mufid..kehkeh..



sebelum kejadian....

Selepas kejadian... khalasss semuanya.

Friday 19 February 2010

Masakan yang senang..

Dahla senang, sedap pulak tu... memang sedap ajer kalu ikut tekak saya niiii...hoho..
Stik tenggirini dah lama jugak buat, tak ingat bila. Memang sukalah masak yang ringkas2 gini, malas nak duk dapo lelama.. yang penting kena ngan selera ahli keluarga.. kalu tak kenapun ku peduli apa..hahahah..jahatnya dakuu.. tidakkk!!
Takdelah sebenarnya hubby saya mmg suka makan cenggini, dia tu lebih concern bab2 jaga kesihatanni drp saya. Ikan tu masuk oven duk diam2 dalamtu, sayur pulak celur2 kejap, angkat.. tak payah nak menumis bagai.. Memang suka makan macamni jer, esp sayur brokoli sebab brokolini kalau dimasak beriya2 jadi tak sedap pulak, lembik dan hilang manisnya.. Ada tips untuk sayuran yg dicelur tu kekal hijau dan cantik, nnti sy bagi tips tu ya..
Senang wei keje tukang masak kalau selalu macamni kan.. Thanks to sifu kita kak Liza, saya copy from fp kak Rinn, thanks k.rinn, suka tengok ikan yang k.rinn guna tu segar2.
Balik mesia nanti nak rembat jugak buku2 resepi kak liza ni..hmmmm..





Stik Tenggiri
Sumber : Senangnya Memasak...Ikan (Chef Hanieliza)

BAHAN A:
2 bahagian ikan tenggiri (400gm)
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk kunyit
* 1 sudu besar sos lada hitam (Rinn tambah yang ini...)-saya xletak
saya tambah 2sb minyak zaitun

BAHAN B (SAYUR-SAYURAN IKUT SELERA):
Brokoli
lobak merah
tomato

Sos lada hitam -saya omit


CARA-CARA :
1. Bersihkan ikan dan toskan hingga kering.
2. Perapkan ikan dengan semua bahan selama 30 minit.
3. Bakar dengan pemanggang atau masukkan dalam oven hingga garing dan masak.
4. Hidangkan bersama sayur-sayuran dan sos lada hitam.



Stik ni saya tak makan ngan sos lada hitam tapi makan ngan nasi putih panas2 dan cicah air asam..tekak melayu beb..mana leh tinggal air asam..hoho..
Ok. ini dia tips untuk jadikan sayuran yang dicelur kelihatan segar ye puan2...
Caranya, campur sedikit minyak masak ke dalam air yang digunakan untuk merebus, sebelum sayur-sayuran dicelur. Setelah dicelur, toskan sayuran dari air rebusan dan terus masukkan sayuran ni ke dalam bekas yg berisi air sejuk, biarkan seketika dalam air sejuk tu, kemudian barulah ditos sekali lagi dan bolehlah dihidang. Sayur-sayuran tersebut akan sentiasa nampak segar dan berkilat. Jgn celur lama sgt klu nk sayur tu rangup. Selamat mencuba....

Tuesday 16 February 2010

Sizzling Yee Mee yang...

yang.....apa? nak tau, baca sampai habis..heheh..

Haritu makan laksa..alhamdulillah dah kenyang... Harini kita makan Sizzling Yee Mee pulak..huhu.. Sebenarnya ni menu semalam punya. Senang betul nak membuatnya. Dalam banyak2 mee berkuah yang pernah saya buat, yang nilah saya rasa paling mudah dan tak banyak guna bahan. Terima kasih pada tuanpunya resepini iaitu Lilydvalley, saya copy from Myresipi.com..tq ya.. Minta maaf sebab ada derhaka sikit ngan resepini, biasalah tukar, tambah dan kurang bahan ikut apa yang ada. Walaupun namanya sizzling yee mee tapi saya tak guna yee mee pun, saya guna spaghetti..heehee..best jugak.. Cendawan shitake pun takde, takpe tak kisah yg tu sebab memang saya tak suka cendawantu ada bau pelik sikit. Jom tengok resepi, sape tak cuba memang rugi woo..heheh..






Sizzling Yee Mee
Lilydvalley@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
2-3 sanggul (gulung) yee mee
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4 - tak bubuh
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa -saya guna daging
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan - tak bubuhpun
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis

Cara-cara


1.Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2.Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3.Masukkan 2 cawan air.
4.Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5.masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
6.Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7.Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
8.Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.


Inilah Sizzling Yee Mee yang tak guna yee mee..ha..haa.. kalau nak makan tu, apa saja pun bolehkan..janji jangan cerewet sangat. Aksesori kat atas mee tu saya letak ikut selera sendiri dan apa yg ada jer... jom makan..nyum nyum..

Sunday 14 February 2010

Jom pekena laksa...

Salam semua....

Di ketika ini, semua orang di msia sedang berseronot kerana dapat bercuti panjang sempena CNY. Sini?...talak cuti, kelija, kelija..kelija...huwaaaaa... walopun saya tak kelija tp hubbyku kelija..jadi duk umah takleh nak pi mana-manalah...apa buleh buatkan..
Kalau dah duk umah tu paham2 je lah...pikir nak makan jer..ntah hapa2 ntah..ngeeee..

Cerita tentang makanan, tekakni dah lama teringin nak makan laksa..Sedapnya lahaii kalu dapat semangkuk dua..makanan feberet dari duluni.
Kebetulan ada daun kesum seciput dan bunga kantan yg dah kering kontang bertapa dalam freezer tu. Ciput pun ciputla..kering kontangpun hantam sajalah janji ada 2 benda yg penting ni. Nak buat kuahnya bukanlah susah sangat. Kuah laksani kalu nak sedap, kita kena buat malam dan esoknya kita panaskan barulah dimakan. Cara ni membuatkan kuah laksa menjadi pekat dan mesra segala bahan yg ada didalamnya.

Kalau ikut resepi turun-temurun keluarga saya, macamnilah saya buat laksa..

Laksa
(5 orang)

Bahan-Bahan Untuk Kuah:
5-6 ekor ikan kembung/sardin saiz sedang (nak letak lebihpun boleh)
2 keping asam keping
2 kuntum bunga kantan
1 ikat daun kesum
2 labu bawang besar
9 tangkai cili kering
3 tangkai cili padi, buang biji (boleh letak lebih kalu suka pedas)
belacan sebesar ibu jari
asam jawa sebesar ibu jari, bancuh ngan air jadikan jus
1 camca kecil gula
garam secukup rasa
Air secukupnya-jgn terlalu banyak, nanti cair sgt tak sedap.

Bahan2 untuk diletak diatas laksa:
Telur rebus (dibelah)
Timun (dihiris)
Daun salad (dihiris)
Cili merah(dihiris)
Bawang besar (dihiris)
Limau kasturi/limau nipis (dibelah)
*boleh juga tambah ulam lain jika suka spt daun selom/bunga kantan, hiris halus..

1 paket laksa - direndam 2-3jam, dan direbus sehingga lembut, basuh di bawah air paip dan toskan. Lagi lama kita rendam laksa tu lagi cepatla laksa tu lembut.

Cara:
1. Rebus ikan dan asingkan isi dari tulangnya. Air rebusan dan tulang jangan dibuang.
2. Tapis air rebusan, campurkan sekali dgn isi ikan dan blend hingga hancur.
3. Blend pula tulang ikan bersama sedikit air dan tapis menggunakan penapis santan.
4. Cili kering, cili padi, bawang besar dan belacan dimesin hingga hancur dan masukkan ke dalam air ikan tadi. Masaklah hingga mendidih. Bila sudah mendidih, masukkan daun kesum, bunga kantan, jus asam jawa dan asam keping. Masaklah hingga pekat sedikit, masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Hidangkan bersama sayuran tadi.




Thursday 11 February 2010

Kuih Bakar



Kuih bakarni sangatla sedap... Masa buatni, saya asingkan menjadi dua bekas, tujuannya supaya kuihni menjadi leper. Saya suka yang leper dan garing di atasnya. Muaz yg kurang gemar kuih2 tradisionalpun boleh makan separuh loyang tu.. Memang secukup rasa dan lembut jer.. Patutla dah ramai yg mencuba kat Myresipi tu. Terima kasih pd Joayee yg berkongsi resepi. Saya copy resepi mcm biasa..hehe..


Kuih Bakar
joayee@myresipi.com
quick & easy, guna cup measurement

Bahan-bahan ( 6 org )
1 cup gula
1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
2 cup tepung gandum
2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
2 tbs butter
3 biji telur
1/2 tsp garam
colour hijau
bijan

Cara-cara
1.campurkan semua bahan. blend samapi sebati.
2.masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
3.panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing.

Monday 8 February 2010

Chewy Gooey Yummy Brownies

Lama betul tak buat brownies, rindu pulak rasa nak makan. Sebelumni memang selalu dengar dan tengok brownies ni.. tapi, tak rasa teringinpun nak cuba. Lepas tengok Kak Zai tayang haritu barulah datang seru nak cuba buat sebab kakzai kata brownies ni sangat sedap! Betulla tu, biasanya brownies yang lain tu rasa lebih kurang macam kek coklat je.. yang ni memang berbeza. Muazla yang paling suka. Hubbyku langsung tak makan. Mesti dia ingat kek coklat sebab sama jer kalernya. Lagipun dia bukan suka sangat kek coklat dan sepupu sepapat kek coklatni. Takpa, biar Muaz ngan mama jer yang b.a.l.u.nnnnn... hakhakhak..

Mula2 saya buat togel je, malas nak salut apa2 kat atas tu. Tapi, bila Muaz tengok, hmmm...disuruhnya saya buat toppingla pulekkk. Diani memangla..
Nak taknak buat gakla ganache. Buat sikit je, takut manis sangat pulak nanti. Tuang manja2 je kat atas tu janji ada.. pastu tabur kacang.. Muaz tak suka yang ada kacang. So, separuh lagi tabur ngan coklat rice. Dia sibuk nak tabur ngan yang warna warni tu pulak. Yang hujung tu dia punya keja lah tu...




Nak rasa?? ..... amikla sepotong, ngeeeee..



Ok, ni resepinya..
Terima kasih Kakzai, seperti biasa saya copy n paste je ye...


Chewy Gooey Yummy Brownies

Ingredients
125g butter
200g dark chocolate - guna coklat Van Houten
3 eggs
1 ¾ cup caster sugar - kurangkan jd 1 1/2 cup je
1 tsp vanilla essence
1 ½ cup plain flour (sifted)
1/3 cup cocoa powder (sifted)
2 cups chopped nuts of your choice

Method
1. Preheat oven to 180 degrees celcius. Brush a shallow 8x11 inch tin with melted butter. Line the base with baking paper, extending over the two long sides.
2. Double-boil butter and dark chocolate until melt. Add caster sugar, mix well. Remove bowl of mixture from pan of simmering water.
3. Add eggs, one at a time. Mixing thoroughly with every addition. Add vanilla essence. Mix well. 4. Add sifted flour and cocoa powder. Mix well. Add nuts. Mix well.
5. Pour mixture into the prepared tin and bake for 30 minutes.
6. Allow to cool before cutting into pieces. - akak potong selepas keluar dr oven,kalau dah sejuk,susah nk potong dan pecah.

Sunday 7 February 2010

Milkshake Strawberi Pisang

Minum jus hari2 sedap kan.. Tapi kadang2 malas, minum jus beli jer.. Kat sini jus yang dijual dalam kotak atau dalam botolpun tak kalah rasanya. Memang sangat sedap dan banyak pilihan. Kalau order jus kat restoran2 pun memang jus yg sedap dan pekat. Pendek kata jus yang banyak guna buah dari air. Kalau di mesia, banyak letak air dari buah..saya selalu terkena..
Ok lah, jom kita minum dulu. Kalini buat milkshake pulak. Guna strawberi dan pisang..kalu nak guna buah lain pun boleh. Senang ajer....jom tengok!


Milkshake Strawberi Pisang


Bahan-bahan :

semangkuk buah strawberi masak -dibasuh bersih dan ditos
sebiji pisang -dipotong-potong (guna pisang yg manis)
1 gelas susu segar
gula pasir (jika perlu)
ketulan ais jika suka - sy tak letakpun..

Cara membuat :

Kisar semua bahan kecuali ais dengan menggunakan blender. Jika suka ais, boleh juga diblender ais sekaligus...jd mcm smoothie la kn..




maafla ye tuan umah mmg takdak gelas lawo..asik2 gelasni je duk interprem..huhu
kalu nak tau kitorang guna mug je kat umahni..bukan tak teringin nk beli gelas lawo2 tp sayang plak nk tinggal nanti, nak hangkut bukan senang, keutamaan diberi utk barang2 yg lebih penting.

Wednesday 3 February 2010

Ayam Bakar Mayonis

Salam semua..

Rasa2nya dah ramai kwn2 di alam maya ni dah buat ayam ni. Saya jer yg sokmo ketinggalan unta..huhu.. Resepi ni kepunyaan vdia@myresipi.. terima kasih yer..bertambahlah koleksi resepi bakar2 ni, sy mmg suka bakar-membakar sbb jimat masa & tenaga. Saya tak guna drumstick semata2, tapi campuran pelbagai bahagian ayam. Seperti biasa, sy CnP jer resepi ni frm myresipi, thanks sekali lg..





Ayam bakar mayonis
vdia@myresipi.com
boleh makan dengan nasi atau begitu saja.

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
8 ketul drumstick
1 sudu besar mayonis
1 kiub ayam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
Lada hitam secukupnya-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
1/2cm halia-tumbuk
1 sb minyak zaitun (saya tambah)


Cara-cara
1.Perap dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam. Kemudian bakar. Lagi lama perap, lagi sedap.

Tuesday 2 February 2010

Jalan-jalan Cari Makan..

Salam semua..
Dah lama tak letak entri jjcm. Sebenarnya bukan takde, tapi biasa2 jer. Yang ni pun biasa2 gak, bukan gi manapun, kuar dekat sekitar rumah je, sambil amik angin malam yg sungguh nyaman di ketika ini. Mulanya nak gi cuci mata kat Burjuman Mall je, tp hubby ajak gi makan kat Singapore Deli iaitu sebuah restoran makanan melayu. Restoran ni tak jauhpun ngan Burjuman Mall tu, walaupun dekat, saya belum pernah pi makan kat situ. Hmm.. apalah kan..
Jom tengok apa yang ada.....




...krn dah lama tak makan kuetiaw, jadi saya order ni, Kuetiaw Goreng Seafood.. sedap!




ni tauhu bakar, boleh tahan sedap....




ni nasi lemak untuk muaz, takde sambal..



ni pulak, sup buntut aka sup ekor, hubby punya. cuaca sejuk di luar tu, mmg sedap hirup kuahni.




nasi kosong hubby punya..



hehee..yg ni pun nak interprem gak..telur dadarrrr...


Lepas isi perut, biasalah..merayap ke tempat yang nak dituju...Burjuman Mall. sambil jalan2 tu sempat gak snap sekeping dua gambar.




yang panjang macam ketapi kat belakang tu Burjuman.. sikalang aler sale lor..huhu..


Mufid nampak 2 biji mata jer..hihi



satgi kita cross ke sana..ke sana..ke sanaa..
Ok, Mufid dah tak sabar nak pi sopin.... babaiii...