Followers

Thursday 30 April 2009

Nasi Tomato & The Gang

Dua hari yang lepas, iaitu hari Rabu, ada tetamu datang ke rumah iaitu anak buah hubby n kawan2nya seramai 3 orang. Mereka ni on the way nak balik Msia dr Tehran dan transit di Dubai. Sebenarnya anak buah hubby ni dah 3 kali dah singgah ke rumah kami setiap kali dia pulang dari Tehran. Setiap kali dia datang, adalah beberapa orang kawan yang dibawanya bersama. Disebabkan mereka sampai waktu tengahari, jadi saya masaklah nasi n lauk-pauk. Pencuci mulut sekadar buah-buahan saje. Saya buat juga pengat pisang untuk makan petang. Lepas makan n solat asar, dorang pun keluar merayau untuk xtvt shopping di Old Souq n Naif.

Saya ni dah beberapa hari dah pening pikir nak masak apa untuk dorang ni. Segan jugak kat kengkawan anak buah tu sebab dorang ni senior2 belaka, maklumlah saya ni bukan pandai sangat memasak..hehee. Pikir punya pikir buat nasi tomato lah, lauk2nya takla banyak sangat. Jadi takla susah mana. Nasib baik gak hubby amik cuti hari tu, bolehla dia tolong basuh pinggan mangkuk seme. Kali ni dia bagitau awal. Pernah sekali tu dia buat lawatan mengejut, dah sampai airport dubai baru call bagitau nak datang umah, huh..haru biru saya masa tu..wakakaa..
Jadi, inilah antara lauk pauk yang sempat dimasak.

Ayam Masak Merah

AYAM MASAK MERAH (kak liza, tq)

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos

kacang peas - tak letak
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat



Kerutup Udang(@ kerutuk?)

Resepi ni saya tukar je daripada resepi kerutuk daging (tukar kpd udang) yang saya pernah buat sebelumni.

Kerutuk Daging
oleh Makyong@myresipi.com
Sesuai untuk dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih

Bahan-bahan ( 5 orang )
500g daging - saya guna 1/2 kilo udang sederhana
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik

[bahan tumis]
1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak

Cara-cara
Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
Panaskan minyak
Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
Kemudian masukkan campuran rempah tadi
Masak sehingga pecah minyak
Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
Siap untuk dihidang.

*** kalau tukar kpd udang, udg tu digaul garam n serbuk kunyit dan digoreng sebntar anggaran separuh masak @ kulit bertukar kemerahan, angkat n toskan minyaknya, ketepikan. Udang ini hendaklah dimasukkan di waktu akhir, masa kuah dah memekat, kacau sebentar dan angkat. Jgn lama2 sbb udg dh pun digoreng sebelum tu, berbeza dgn daging yg memerlukan masa untuk empuk..



Pajeri Nanas

Pajeri Nanas (kakliza)-tq

Bahan
1 biji nenas [potong kecil]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Cara membuat
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak

Nota Tambahan
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.

Acar Timun Karot

Papadom

Nasinya tak sempat nak posingla sebab hidang last sekali, takut sejuk pulak kalau hidang awal2. Jadinya masa tetamu dah dtg baru keluarkan nasi. Jadi xdelah gambar nasi sebab lupa dah masa tu, (tapi saya letak juga resepi nasi untuk rujukan kemudian hari) yang ada cuma yang ni je..dah siap boh dalam pinggan.Ini nasi saya nak makan dulu sebelum tetamu sampai...hehehee..sebab apa saya makan dulu? Saya dah tak tahan lapar ni.. boleh gitu?


Nasi Tomato (kakliza-tq)
Bahan-Bahan:
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..

Tuesday 28 April 2009

Lauk malas..

Lauk malas...mcm poyo je bunyi kan. Tiap2 pagi mesti pening pikir nak masak apa.. sebabnya hubby memang bawa nasi n lauk dr umah untuk lunch tiap2 hari. Ini bukan kes nak berjimat ker apa, tapi kes selera dia mmg suka lauk melayu. Kadang2 malampun dah start pening dah pikir nak masak apa untuk esoknya..aisey..padahal pening2 pikirpun tak jugak keluar lauk canggih manapun.. Sebenarnya, kalau boleh rasa macam nak skip je masak-memasak ni.. Tapi, kena buat jugaklah nanti ada lak orang kebulur susah lak nanti..ekeke..

Kat bawah ni ikan hamour bakar sempoi je. Ikan ni mmg femes kat sini, gi manapun mesti jumpalah ikan ni.

Pastu, yang paling saya suka ni lah...yang kat bawah ni. Sebab takyah susah2 angkat kuali, atau cuci periuk segala bagai. Senang je, buka fridge, keluarkan, basuh n potong jer..kui3..


Sambal belacan ada, lupa plak nak enterprem..petai n kacang botor tu bukan selalu dpt merasa tau..ekeke..

Saturday 25 April 2009

Birthday Card From Kak Intan dan Nasi Goreng Cendawan

Kad besday drp kak intan...


Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih kepada kak intan kerana bersusah payah memberikan kad yg comel ini kepada saya. Minta maaf ye kak sebab lewat ambil. Apapun saya sgt2 menghargainya. semoga kak intan sentiasa dirahmati olehNYa. Buat kawan2 yg telah memberi ucapan dan mendoakan saya, teima kasih juga untuk kalian. ilebiu..muahsss..

Ok, hari ni saya buat nasi goreng cendawan untuk breakfast, tapi biasalah lunch pun bedal nasi ni gak.. Malas ler nak masak banyak kali, sekali harung sudaa..
Resepinya takde kaitan dengan mana2 nasi goreng cendawan pun sebab dibuat atas gerak hati sendiri berdasarkan bahan-bahan yang ada di rumah sajerr..







Nasi Goreng Cendawan
Bahan2:
2-3 mangkuk nasi putih
1 cawan cendawan butang fresh - dihiris
1 labu bawang besar - dipotong dadu (nak guna bwg merahpun bole aje)
3 ulas bawang putih - diketuk
1 ketul kiub ikan bilis knorr
sedikit ikan bilis
1 biji telur
1/2 st lada hitam - ditumbuk
1 sb kicap manis
daun bawang/daun sup - dihiris


minyak untuk menumis
garam - jika perlu aje(saya tak letak garam langsung sebab kiub ikan bilis tu dah masin)
*sape yg suka pedas bolehlah letak cili padi yer, saya buat tak pedas sbb ada budak yg takleh makan pedas.

Cara-cara:
Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar dan lada hitam sehingga naik bau.
Masukkan kiub ikan bilis, ikan bilis, diikuti cendawan.Goreng sampai cendawan agak layu. Sekiranya terlalu kering, boleh masukkan sedikit sahaja air.
Masukkan nasi diikuti kicap, gaul hingga sebati. Pecahkan telur, tunggu keras sedikit dan kacau bersama nasi. Akhir sekali taburkan daun bawang/daun sup dan digaul bersama, tutup api. Daun bawang/daun sup tu kalau sekadar nak ditabur pun boleh ajer. Saya suka gaul sekali dalam kuali untuk wangikan nasi tu..


Kerepek Belinjau (nama betulnya Emping Belinjau-dapat teguran dari nekPP..ampun)



Heheee..ni bukan nak bagi resepi atau nak tunjuk cara membuat kerepek ni yer. Mungkin ada orang pernah makan dan ada tak pernah makan kerepek ni kan. Dulu sayapun tak tau pasal kerepek ni. Mula kenal dengan kerepek ni masa belajar dulu lah, housemate yang bernama syidah yang selalu bawa kerepek ni kalau dia balik dari kg nya di Johor. First time makan masa tu, rasa pelik dan tak berapa suka sebab kerepek ni pahit. Tapi, bila dah kawin, arwah MIL selalu buat kepek ni. Kat sekitar umah MIL banyak pokok belinjau ni. Buahnya seakan buah kopi. Pucuknya sedap dibuat masak lemak. Tapi minta maaflah, saya memang tak pernah tengokpun arwah MIL buat kepek ni sebab time kami balik kg je, kepek ni dah siap dah.

Katanya, buah belinjau tu kena rendam dulu, kemudian diketuk menjadi leper lalu dijemur. Tahan lama ni kalau disimpan dalam botol elok2. Kalau nak makan barulah digoreng. Petang-petang sambil duduk-duduk di beranda makan kepek ni sambil minum kopi panas..sekejap je abis sepinggan..hahaaa. Itulah kisahnya. Tak sangka plak duk Dubai ni pun bole jumpa kepek ni lagi, tapi mahal ler reganya. Kepek ni dijual di sebuah restoran di Karama.

Thursday 23 April 2009

Eppy Besday NekPP...

Hari ni 234 ialah besday nekPP sahabat saya di dubai. Semoga nekPP beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat dan sentiasa berada di dalam peliharaanNYa, amin.


Sebenarnya nekPP yang terlebih dulu buat kad untuk saya di blog dia. Mekasih nekPP, terharunya rasa...


kad yang comey frm nekPP

Saya pun tak reti nak cari kad nak bagi kat nekPP, godek punya godek jumpa yg kelip2 ni, harap nekPP suka...ekeke


NekPP, sila ambil kad di bawah ni yer...khas untukmu:




Sebenarnya besday kami sama. Sampai bila2pun insyaallah akan diingati. Terima kasih kepada kawan2 lain yg sudi menghantar ucapan. Semoga kalian juga diberkati Allah.

Monday 20 April 2009

Projek daun pisang


comey je labu ni, lebih kurang 1/2 kilo je. Kesian labu dah lama kesejukan kat dalam peti..nasibmu si labu labi.

Labu ni dah sebulan bertapa dalam fridge. Kalaulah labu ni boleh bercambah dah lama dah pokoknya menjalar dalam umahku itew..kua3.. Masa beli labu ni, plan nak buat sayur lemak labu sebab dah lama tak makan, tapi bila mengenangkan ahli rumah xgemar makan sayur labu, tak jadilah nak membuatnya. Kebetulan baru2ni ada daun pisang, jadi teringatlah nak buat lepat labu. Saya memang tak penah buat sendiri lepat, jadi kenalah intai resepi. Resepinya daripada kak Rinn. minta izin utk cNp kat sini yer..tq


LEPAT LABU MANIS (kak rinnchan)

Bahan-bahan :
Sebiji labu manis ( lebihkurang 1kg berat )
1/4 cawan gula merah
3/4 cawan gula pasir
1 camca teh garam
2 cawan tepun gandum

Inti:
Kelapa parut yg telah dibuang kulit ari
secubit garam
***saya tak letak inti pun

Daun pisang secukupnya. Dilayur atas api.

Cara-cara:
1. Labu manis dipotong bersaiz dadu yang besar dan direbus hingga empuk. Toskan dan lecek lumat.
2. Campurkan gula merah, gula putih dan garam. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.
4. Sendukkan adunan ke atas daun pisang, bubuh inti kelapa dan tutup semula dengan adunan. Lipat
daun kemas. Kukus selama lebih kurang 20 minit.




Dah siap kukus..panas lagi ni sebab tu nampak mcm lembik sikit. Buat petang, makan untuk sarapan esoknya barulah terasa kesedapannya, kerana lebih pejal.


Haritu tengok pulut panggang ni ada kat umah shima@cardiff. Jadi, sementara daun pisang masih berbaki, buat pulut udang/pulut panggang ni pulak. Resepi ni copy dar fp shima, asalnya dr kak nita sheffield, thanks yer..


PULUT PANGGANG
resepi: kak nita sheffield

Utk pulut
2 cawan pulut (rendam ler sekurang2nyer 3 jam)
1 cawan santan cair - saya guna santan agak pekat
Garam secukup rasa

Utk inti
1 cawan kelapa parut
2 biji bwg merah
1 btg serai
1 inci halia
20 ekor udang kering
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
Secubit asam jawa
Garam & gula secukup rasa
*** saya tambah 1sb cili blender

Bahan lain
Daun pisang
stapler
Minyak utk mengoles

CARA:
1. kukus dulu pulut sampai masak..
2. sementara tu watkan inti...
3. kalau guna desiccated coconut, masukkan skit santan panaskan kejap dlm microwave 20saat
4. Blend kering bawang, udang kering,serai & halia. Kemudian ramas2 bahan tadi yg sudah diblend kat kelapa parut tu.
5. Ramas sekali asam jawa & kunyit tu. Bila dah rata, masukka dalam kuali & goreng kering. Perisakan dgn garam & gula secukup rasa.
6. layurkan daun pisang kejap atas api..pastu sapu minyak skit...buh pulut..kasi rata & masukkan inti..gulung & sematkan ngan lidi/staple..
7. dah siap sume..bakar atas kuali/oven kejap..

saya bantai balut sukahati jer..

dah boleh makan... 1st time makan pulut panggang buat sendiri.

Friday 17 April 2009

Kepala ikan...

Siapa suka makan kepala ikan, sila angkat kaki.. gahahaaa..

Sebenarnya makan kepala ikan ni tak digalakkan, tapi yang tak digalakkan itulah yang sodap..ngeh3. Tapi, bukan makan selalu pun, kekadang je sebab kepala ikan ni ada kat pasar je. kami memang jarang pun pi pasar. Selalunya beli kat supermarket atau baqalah je. Jumaat baru2 ni hubby pi pasar, jadi diapun bawa balik satu plastik kepala ikan ni. Tak tau lah ikan apa, tapi kepala ikan ni lah yang kami beli sebelum ni pun, belasah ajelah. Kalau nak tau, orang kat dubai ni tak reti makan kepala ikan. Jadi, semasa proses menyiang tu, kepala ikan ni akan dipotong/diasingkan oleh penyiang2 ikan di pasar. Jadi, kalau ada orang lain yang nak beli, mereka akan jual dengan harga yang sangat murah.


Banyak ni, baru aed5 je, lebih kurang 5 hengget je...murah kan.. nak wat kenduri boleh, nak wat menega pun boleh!! Boleh masak beberapa kali ni.


Dah lama tak pekena asam pedas, kebetulan baru dapat stok daun kesum. Tunggu apa lagi, jom pekena asam pedassss....

Resepi asam pedas daripada Mat Gebu, walaupun simple tapi menjilat jari uuu... ada orang siap korek mata ikan lagi..


GULAI ASAM PEDAS
- Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA:-)
4 keping ikan duri, boleh guna ikan tenggiri atau ikan merah - saya guna kepala ikan
1 pokok sawi jeruk, potong, cuci dan rendam -saya tak masukkan
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
Garam dan sedikit gula
8 biji bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci belacan
*1/2 inci kunyit hidup
*1/2 camca teh lada hitam biji
*(*ditumbuk hingga lumat)
Air secukupnya
***saya tambah daun kesum dan sebiji buah tomato (belah 4)

CARA MEMBUATNYA :-)
Perap ikan duri dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 15 minit. Cuci kembali dan toskan.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Tuang air (kurang lebih 700 ml), kacau rata dan biar mendidih.
Masukkan sawi jeruk dan ikan. Bila mendidih, masukkan jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Didihkan dengan api sederhana hingga ikan masak. Boleh dihidangkan bersama nasi hangat dan ulam2man...

Tuesday 14 April 2009

Buat 1st check up dan bikin kek coklat...

Sahabat saya, anis minta saya masukkan entry pasal pengalaman mengandung kat blog. Jadi, nak citer tentang pengalaman tu takdelah menarik sangat pun. Saya mengandung kali ni macam dulu jugak, alhamdulillah takde alahan, cuma mood saya je kureng sikit. Jadi entry ni selain daripada coretan kenangan untuk diri saya sendiri, untuk memenuhi permintaan sahabat saya anis juga, yg sekarang dah berada kat msia nun.


Ok, sambung citer tentang 1st check up. Tiga hari lepas (12.04.09), saya gi hospital untuk buat 1st check up. Dua minggu sebelum tu hubby dah siap2 buat appointment ngan pihak hospital. Nasib baikla masa buat appointment tu boleh koling2 je, senangla sikit.




Di sinilah saya buat check up. Al Rafa Hospital for Maternity & Surgery. (gambar ni cilok dari internet je, tak koser nak snap sendiri tengah2 jalan besar tu). Hospital ni dekat je ngan rumah.

Kali pertama buat check up ni hubby nak temankan. Diapun tau saya berdebar-debar nak jumpa doktor..haahaa.. Kalau kat tempat sendiri biasa je la kan, ni tempat orang, lain sikit perasaannya tu. Alhamdulillah doktor O&G kat sini semua perempuan. Dr yang incharge saya ni namanya Dr Saleena, baik & friendly je dr tu. Jadi, untuk appointment seterusnya hinggalah bersalin nanti insyaallah dengan dr Saleena ni lah. 1st chek up ni cuma timbang berat, check baby's heart beat dan sesi soal jawab ringkas tentang latar belakang kesihatan. Selesai semua urusan dengan dr, kena buat appointment untuk blood test pulak. Malas nak tangguh lama2, sayapun sanggup datang esoknya untuk buat blood test. Jadi esoknya kenalah puasa start dari pukul 11 malam sampai pagi tak boleh breakfast. Perut mesti dibiarkan kosong sebelum darah diambil.

Pagi tu, (13.04.08) pukul 7.10 a.m saya dah terpacak kat hospital untuk buat blood test. jarak hospital dengan rumah cuma 5 -7 minit je. Kali ni pun hubby temankan juga. Lagipun dia nak buat pembayaran sekali kat situ. Kami buat bayaran secara pakej, lebih senang. Semasa hubby uruskan bayaran tu, nama sayapun dipanggil.. 1 tiub jugakla darahku disedut hoho...nasib baikla tak sakit. Selesai semua urusan, balik semula ke rumah. Pagi tu, angin bertiup kuat dan malam tadi hujan turun lagi di dubai, alhamdulillah. Masa nak balik tu, sempatla snap gambar ni...


Nampak tak tu, awan berarak..mendung kelabu..ahaks..
Kalau musim panas, payahlah nak nengok awan camni yer.. pandang langit nampak clear blue sky aje sepanjang berbulan2. Tapi sekarang cuaca tak menentu, still lagi hujan turun walaupun dah masuk musim panas ni. Semua orang kat sini memang suka kalau hujan turun, yahoooo...gitu!


Ada kesan basah, kesan daripada hujan semalaman.


Tak abis lagi citer tentang blood test ni. Petang tu, selepas lunch kena gi lagi sekali untuk amik darah kali kedua. Kali ni pi sorang2lah pulak. Kalau tadi, amik darah semasa perut kosong kan. Sekarang, selepas perut dah berisi, tapi kena tunggu 2 jam selepas lunch. Dalam tempoh tu tak boleh isi perut lagi ok, kena biarkan kosong selama 2 jam sebelum amik darah untuk kali kedua pulak, macam2 kan. Kali ni satu tiub lagi darahku disedut..huhuh..
Rasa2nya kat msia dulu takde pun kena amik darah dua kali dalam masa sehari cenggini, kecuali untuk ibu2 yang kena diabetis je, betul tak? Sebenarnya hari ni (15.04.09) saya ada appointment lagi untuk buat scan baby. Nampak gayanya tiga hari berturut2 kena pi hospital ni, huhuu... Tapi lain kalilah pulak citer tentang scan tu yer.



Kita tukar topik. Inilah susu yang saya minum hari2. Saya ni memang tak berapa gemar sangat minum susu. Tapi dah preggy ni kenalah minum. Susu ni sedap jugaklah kalau nak compare dgn fresh milk yg dalam botol plastik tu. Susu ni saya bolehla minum satu gelas penuh tu. Kalau nak ikutkan lidah saya, susu perasa strawberi @ perasa coklat tu mmg lagi sedap, tapi manisla pulok..tak sesuai nak minum hari2. Muaz pun guna susu ni untuk makan cereal dia. Jadi satu pek ni saya kongsi dengan muaz.



Ok, abis citer tentang orang preggy, now citer tentang orang tak preggy pulak. Sapa lagi kalau bukan Muaz. Dia ni selalu mintak saya buatkan cookies untuk dia. Dia pulak yang mengidam macam2, huh ...Saya ni memang malas benar nak buat, saya kata beli jer lah dia tak mo, nak yang buat gak. Agaknya dah jemu kut makan yg beli. Sayapun buatlah kukis yg dia nak tu tapi ngelat sikitlah sbb nak cepat saya beli tepung cookies mix tu, balik umah gaul2 je, bulat2 leperkan n bakar. Takde gambarpun sebab malas nak snap kukis tu bukan cantik sgt kembang2 sebesar setengah tapak tangan ni ha..hamek ko..

Tapi memang dia pulun makan, dia kata sedap. Dia sorang je yg abiskan semua. Pastu baru2 ni dia minta saya buatkan lagi..hoho... So, nak ngelak dari buat kukis tu saya buatkan lah kek cekelat, sbb kek lebih senang dr kukis. lagipun mmg dah lama tak baking kek ni. Mula2 saya buat kek kosong je takde salut ganache pun, tapi bila muaz tengok je kek tu kosong, dia tnya, nape kek ni takde topik? (topik=topping ler tu). Ooo..nak topik pulak dahhh..Terpaksalah saya buat 'topik' gak walaupun xde stok coklat masakan. Hentam je bubuh milk coklat yang untuk makan2 tu jer(cairkan), janji nampak ada coklat kat atas kek tu..ngengada betul pakcik ni.


Kek ni saya tak makanpun, sekadar rasa sikitje. Sape nak abiskan ni, saya memang tak lalu nak menelan kek sekarang ni. Jadi, separuh bagi kat hubby bawa kat member2 opis dia, separuh lagi untuk muazla. Resepi kek ni dari Myresepi, nanti saya tepek kemudianlah ye. Sebenarnya haritu dah copy dan letak dalam fail asing tapi sebab laptop tu dah kong kalikong, abis seme resepi yang sy dah copy tu.

ok, ni resepinya yer..sape yg terliur tu blehla cuba...

Kek Coklat Kukus (rahah@myresipi.com)

Bahan-bahan ( saiz kek acuan bulat 20cm )
Bahan A
1 cawan serbuk koko - saya kurangkan jadi 3/4 cwn
1 cawan gula pasir
1 cawan susu segar
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
Bahan B
* 1 sudu teh bikarbonat
* 1 sudu teh baking powder
* 1 1/4 cawan tpg gandum
ayakkan bahan *
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur
Aising Coklat Satin (saya guna separuh dari bahan2 sbb banyak sgt...)
150g coklat masakan -cairkan
200g mentega
125ml susu pekat
2 sudu besar susu segar
4 biji kuning telur
(**saya tak buat aising mcm ni, tp buat topping simple jerk)

Cara-cara
Masak dan cairkan bahan-bahan A atas api yg kecil hingga sebati
Sementara masak bahan A, pukul telur hingga kembang
Campur bahan A yg telah masak tadi ke dalam telur yg sudah kembang beserta esen vanilla, pukul sebati.
akhir sekali masukkan bahan B yg telah di ayak bersama-sama, kacau sebati.
Masukkan ke dlm baking tray dan kukus sekurang-kurangnya 1 jam. Letakkan aluminium foil di atas baking tray.
Untuk buat aising, mentega di pukul hingga kembang kemudian masukkan kuning telur, susu pekat, dan susu segar. Pukul lagi hingga rata kemudian tuangkan coklat cair (pastikan ia sejuk tapi masih cair) dan kacau hingga rata. Simpan dlm peti sejuk sebentar tetapi hendaklah di kacau setiap 2-3 minit spy ia tidak membeku. Bila cukup pekat sapukan pada kek.



Opss, sebelum terlupa, saya nak ucapkan terima kasih kepada Aishah di bumi sakura dan Big mamma a.k.a Tie yg sudi memberi award yg kiut miut ni, syukran jazilan..



Award drp Aishah...tq!!
Award drp Tie... tq!!

Friday 10 April 2009

Seminggu yang sunyi...

Assalamualaikum semua..
Terima kasih kepada rakan-rakan yg sudi datang berkunjung ke sini dan bertanya khabar.
Sebenarnya seminggu saya bertapa ni sebab kurang sihat, macam2 penyakit datang menyerangku.

Mula2 laptop diserang pitam secara tiba2..haru betul..dah tak dapat nak bertenet. Muaz pulak balik dr sekolah mengadu pening kepala. Tak pernah2 dia tido lepas balik dari sekolah, tapi hari tu, lepas makan sikit (kena paksa) terus tido sampai petang, bangun sekejap, lepas maghrib dia tido lagi sampai esok pagi. Saya kejutkan dia untuk gi sekolah, katanya dia lemah (tau pulak dia lemah tu apa..heehe). So, tak pegi sekolahla satu hari.

Rasa-rasanya sebab cuacapun dah bertukar ke musim panas dah kat sini. Itulah yang menyebabkan dia sakit kepala tu. Lepas tu kami sekeluarga pulak diserang batuk2. Kat sini kalau setakat batuk2 tu boleh kata memang selalu sangat kena sebab udara tak bagus, berdebu. Saya pulak bersambung demam, selsema, sakit kepala, sakit gigi dan sakit mata sekali...huhuu. Banyak betul penyakit, sekali dapt pakej terus. Seminggu saya berkampung kat atas tilam je bertemankan selimut. Tapi, dalam sakit-sakit tu, degil tak nak gi hospital..huhu..Jenuh hubby ajak gi hospital tak mau. Rasa mcm boleh bertahan je gitu. Malas sebenarnya nak makan ubat. Saya memang gitu..

Alhamdulillah, akhirnya lega dah harini. Sakit matapun cepat baik, alhamdulillah. Teringat dulu pernah kena sakit mata ni, mmg gatal mata dan melekat2 mata tak boleh buka bila bangun pagi. masa nak rukuk sembahyang tu rasa mcm biji mata nk jatuh ke lantai je.. Pasal sakit gigi tu pulak, baru dapat tau rupa2nya org peknen ni kalsium dia dh kena share ngan baby sbb tu gigi jadi sengal2. Pasni kena banyakla minum susu..huhuu..

Citer pasal laptop pulak. Hari Jumaat lepas tiba2 je padam. Hubby bawa gi berubat, dah tak boleh nak berubat dah, agaknya penyakit dh kronik la gamaknya. So, terpaksalah hubby beli laptop baru..kui3x.. Begitulah citernya untuk seminggu yang sunyi...

Thursday 2 April 2009

Kek yang membuatkan otak jadi lembab

Elakkan diberi makan kepada anak-anak, dikhuatiri jadi sengal. hoho





CeRia-CeRiaKan HaRi aNda....

kredit to: http://isuhangat.blogspot.com/