Followers

Monday 30 March 2009

Ketam Lada Hitam, Jus Tembikai

Dah lama tak menepek gambar makanan. Bukan apa..sekarangni malas betul nak mencuba resepi baru atau lama. Masak-masakpun yang biasa-biasa jer. Takde mood dah nak mencuba dan menerai..
nape ntahhhhh...nanti kupikir sendiri..har(3x)




Resepi ni godek dari internet, tapi tak ingat kat mana dah.. Pastu, saya ubahsuai sikit sana sini ikut selera sendiri. Terima kasih kepada penyumbang resepi ni.


KETAM LADA HITAM

5 ekor ketam dicuci bersih, digaul garam dan serbuk kunyit
2 sb mentega
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sb kicap manis
1 sb sos tiram
1/2 sb lada hitam ditumbuk
sedikit air
garam dan sedikit gula (jika perlu)-rasa dulu sebelum masuk garam/gula

Cara-cara:

Ketam digoreng sebentar, ketepikan. Cairkan mentega di dalam kuali yang panas. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam dan ketam. Masukkan sedikit air dan tutup kuali. Biarkan hingga ketam sebati dengan kuah. Masukkan kicap, garam dan gula mengikut citarasa anda. Agak2 kuah memekat, bolehlah diangkat.


Jus tembikai..tanpa sugar, tanpa air tambahan dan tanpa ais...tetap manis dan sedap!!

Jus tembikai ni buat masa cuaca panas tempohari. Kalau tak silap 2 minggu lepas. Segar je minum ni, satu jug tu kejap2 tuang, kejap2 tuang...sudahnya nak berulang pegi tandas je la, maklumlah minum banyak air.. Tapi minggu ni, cuaca yg panas tu dah bertukar balik jadi sejuk sebab hari2 hujan turun, pelik jugak. Biasanya dah nak masuk musim summer ni takde hujan-hujan lagi. Apapun kuasa Allah.. So, kalau nak minum jus tembikai lagi, tungguuu....takut nanti kena berulang pi tandas lagi..huhuuu..sejuukk..

Thursday 26 March 2009

Hujan Batu Di Negara Orang

Hujan batu yang turun di negara orang. Semalam, lebih kurang pukul 8.15 pm hujan membasahi bumi Dubai dan mungkin juga bumi-bumi lain di UAE ni. Yang peliknya hujan yang tiada bunyi pada mulanya ni bertukar menjadi sangat bising. Apabila saya mengintai di tepi tingkap, ternampaklah butir2 putih melantun2 menimpa bumbung kawasan parking apartment bersebelahan. Ooohh..patutlah bising sangat bunyinya rupa2nya hujan batu..subhanallah. Hubby dan Muadz pun datang nak tengok jugak. Muadz menjerit suka sebab disangkanya salji turun di Dubai..haahaa. Nak snap gambarpun tak dapat sebab malam, memang tak boleh nampak ketulan2 ais tu. Ada jugak yang melantun kat tepi tingkap dan sempat ditangkap. Pagini hujan turun lagi tapi hujan biasalah dan diikuti dengan mendung sepanjang hari. Gambar-gambar kat bawah ni ialah gambar dari emel yang saya dapat daripada hubby hari ini. Mungkin hujan batu turun lebih awal di Abu Dhabi, sebab nampak suasananya masih lagi cerah.

Abu Dhabi Hail Storm (March 26, 2009)











Semoga kita semua sentiasa dilindungi olehNya dari sebarang kejadian yang tidak diingini, amin.

Tuesday 24 March 2009

hOmeSicK....

hOmeSicK

hOmeSicK hOmeSicK hOmeSicK



hOmeSicK hOmeSicK hOmeSicK hOmeSicK







hOmeSicK...............................................................







Inilah perkataan yang paling sesuai dan tepat yang dapat menggambarkan keadaan saya buat masa ini...




kenapa ya? entahla...




Agaknya saya ni jenis tak tahan untuk tinggal lama di perantauan ni. Baru 2 tahun kami sekeluarga berhijrah ke sini. Masih setahun jagung kata orang jika nak dibandingkan dengan orang lain yang dah bertahun-tahun menjadi perantau. Sejak dua menjak ni pulak, kawan2 aka jiran-jiran m'sian telah pulang ke tanah air meninggalkan dubai ni..aduuhh lagilah ku terasa sunyi...




Ohhhh...aku benar2 homesick (rumah sakit???), aduhh pedihnya...huwarggghh...






Nak layan gambar-gambarni sat...maybe boleh ilang sikit kut rasa pedihni...


Nasib baik ada gambar2 ni, boleh gak jadi penawar...



Amaran untuk Shima....



(Jangan skroll gambar2 ni sampai bawah sekali yer..ada benda berbahaya kat bawah sekali tu..)




Rumah mak...
Sunyi jer....tingkap kayu kecik2 kat atas memang jarang buka sebab tak larat nak tutup balik..tingkap banyak sgt.

Hari2 kena sapu halaman ni, kalau tak penuhla daun2.... (nasib baik ada abangku yang rajin tu)



Saya suka berdiri kat pintu ni sambil panggil ayam & angsa...kurrrrr(8x)




Tengok, dah mai dah....




Pagi petang amik angin kat laman umahpun dah cukup..tak payah nak gi taman.


Macam-macam pokok bunga ada, mak yg tanam... sejuk je mata memandang.

Kucing ni pun pilih untuk tidur di bawah pokok bunga daripada tidur dlm rumah. Mesti dia rasa selesa dan berangin jer tido kat sini...

Muadz pun dah lama tak jumpa sepupu2nya...



Inilah jeruk homemade, mak yang buat sendiri, tanpa bahan pengawet....selamat dan suci, makanlah tanpa was was..



Inipun salah satu dari punca homesick ni menyerang..
Dah tengok gambar lagi bertambah homesick....................


Thursday 19 March 2009

Doa Pendinding

Hari ni nak share doa yang saya rasa amat patut kita amalkan. Doa ini ialah doa pendinding. Kita sebagai hambaNYa kadang-kadang tidak berupaya untuk menyelami hati dan niat orang yg berniat jahat terhadap kita atau apa-apa musibah yang akan menimpa kita. Oleh itu selain daripada berusaha kita juga digalakkan berdoa. Marilah kita mengamalkan doa ini, senang jer nak ingat dan nak diamalkan. Semoga ianya bermanfaat untuk semua.



Doa pendinding

Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya
• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

***Berdoa sahaja tidak akan ada maknanya jika kita tidak yakin dengan doa itu dan selalu lalai mengerjakan suruhanNya.

Monday 16 March 2009

Cucur Udang

Saya buat cucur udang ni sebenarnya kes terliur nak makan Pasembor Kodiang Cik Mat Gebu tu lah. Punyalah berangan pagi-pagi buat cucur udang ni untuk bekpes, petang pulak nak buat pasembor guna cucur udang yang berlebih ni lah. Tup-tup..bila dah petang, mai angin malas pulak dah. Hmm..memang tak dapek den nak tolong..huhuuu... Maka terbengkalai sudah projek pasembor itew..nasib baik..kuahnya belum buat lagi..hwaahuarggaagaa...

Cucur Udang (Mat Gebu)-tq

BAHAN UNTUK CUCUR :-)
250 g tepung gandum
*3/4 camca besar baking powder
*3/4 camca teh soda bikarbonate
*(*gaul rata dan ayak)
300 ml air rebusan kepala+kulit udang
10 - 15 ekor udang
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk kunyit
30 g kuchai, dihiris - takde stok
50 g taugeh, ramas sedikit -takde stok

BAHAN SOS :-)
8 biji cili merah
2-3 ulas bawang putih
1 cawan gula
1/4 cawan air
1/4 cawan cuka makan
4 camca besar sos ikan
Sedikit kacang tumbuk (mat guna bijan)

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan semua bahan2 cucur kecuali udang, kacau sebati dan rehatkan 5 minit. Panaskan minyak, rendam sudip leper dalam minyak panas sekejap (dalam 1 minit), keluarkan sudip dan sudukan bancuhan tadi 1 1/2 camca besar dan baringkan sekor udang atasnya, tekan sedikit.
Masukkan dalam minyak panas tadi, gunakan api sederhana. Bila cucur kelihatan kembang dan tembam, perlahan2 tanggalkan dari sudip, goreng hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian cucur. Angkat dan toskan.
Letak atas beberapa helai paper towel, buat hingga siap. Hidangkan bersama sos...
*** Saya memang takde acuan, just ambil sesenduk adunan, tuang dalam minyak panas tu, bagi bulat dan nipiskan sikit, letak udang atasnya..


UNTUK SOS (RESIPI ASAL DARI "CHEF WAN") :- Kisar cili dan bawang putih hingga hancur, masukkan bahan2 lain kecuali bijan. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga sos memekat. Matikan api dan taburkan bijan sebelum dihidangkan bersama cucur udang tadi...

***Saya tak buat sos pencicah seperti di atas kerana saya masih ada stok kuah yong tau fu haritu (memang sengaja buat lebih, simpan dlm freezer). Jadi saya makan cucur udang ni dengan kuah yong tau fu tu lah, tambah sedikit sos cili dalam kuah tu..mmm..yummy!!

Thursday 12 March 2009

Laksa

Laksa ni dah lama buat, teringin nak makan. Bahan2 kat atas laksa tu main campak je barang yang ada kat peti ais. Sempoi..

Muaz berchatting..hehehehe..

Hari ni takde citer tentang makanan ye, tukar topikla pula sekali-sekala. Citer tentang Muaz la pagi tadi, time mama dia zzZZZZ..hahahaa..

Muaz ni memang tak pernahpun berchatting. Kalau dengan sepupu yang sebaya biasanya guna call je, pastu main balas2 icon smilies tu je. Hari ni dia tak sekolah sebab sekolah dia nak buat persediaan untuk annual konsert malam ni.Jadi dia ada kat rumahlah harini. Dia ni memang suka main game dan tengok kartun kat You Tube. Pantangla kalau saya tinggalkan laptop ni, dia pula akan ambil alih. Tapi, biasanya dia tak berani sangat, takut kena marah ngan mama kalau cilok2 macam tu. Jadi, dia ambilla kesempatan bila saya tidur.. Pagi-pagi lepas dah siap kerja2 dapur, saya tidur kejap..(bocor rahsia..kakaakaa). Muaz pun ambil peluang layan You Tube. Kebetulan masa Muadz tengah duk melayan You Tube ni, anak buahku Nani pula menerjah nak berchatting le tu...walaupun saya tak online ketika tu.

Jom tengok apalah yg muaz merepek dlm Ym ni...nak gelak pun ada..masa saya baca ni, chattingnya dah abis, tapi sebelum tu Muaz ada bgtau yang dia berchatting dgn kak nani, ada share photo katanya..kakaaka..Sila abaikan ejaan yg tersilap tu yer..

nani: salam
zaiy: mama tido ini muadz
nani: muaz ker?
nani: kenal tak ni kak nani..
BUZZ!!!
zaiy: tak ingat lah
nani: kenal harith dan man tak?
zaiy: kenal
nani: kak nani kakak man dan harith la....
nani: muaz wat apa tu?
nani: main game ker?
zaiy: tak tenog video
nani: video apa?
nani: kartun ker?
BUZZ!!!
zaiy: video kartun spider man
nani: oooo.....
nani: tekan accept muaz
nani: muaz,unta pun nak jadi spiderman.
zaiy: pegi kat mane ni
nani: kat malaysia la....
nani: muaz suka spiderman colour ap?
zaiy: black
zaiy: black venom
nani: black bukan jahat ker?
zaiy: spider man yang black tu jahat sikit
nani: tengok la lagi gambar kak nani hantar
zaiy: yang black venom bau jahat
zaiy: tapi gambar ni rosak lah
nani: ni betul ke muaz....ke mama?
zaiy: ini muadz
nani: tekan accep muaz
nani: muaz tengok spiderman tajuk apa?
zaiy: carnage
nani: oo best citer tu?
nani: dalam picture ni spidermen nama aper?
zaiy: bestttttttttt
zaiy: spider vs carnage
nani: kak nani suka warna merah
nani: lagi strong
zaiy: tak black lagi lah kuat yang venom ada spider man pawer
zaiy: tak venom yang lain kak tak tau ke
nani: tau la....gigi tajam tu kan?
zaiy: betul
nani: muaz bye...kak nani ad kelas ni......
nani: nanti kita chat lagi yer
nani:
nani: kim salam kat mama yerr.....
nani has closed photo sharing.

nani has signed out. (3/12/2009 11:50 AM)

Last message received on 3/12 at 11:50 AM

**nampaknya banyak kali muaz kena buzz sbb leka sgt dgn spiderman kat youtube tu agaknya..
**nani ni umur dh 20an, tapi otak kartun gak dia ni..patutla muadz pun boleh layan chatting ngan dia..hehee..


ni gambar lama..


Tuesday 10 March 2009

Kerabu Tomato Ikan Bilis

Bagi penggemar buah tomato, kerabu ni memang menjadi pembuka selera. teruja nak buat kerabu ni kerana promosi daripada Nor Qusais ler.. Memang sedap le Nor..Saya makan nasi dengan ni je, punyalah jemu nak makan lauk-lauk lain dan nak memasak pun dah jemu tahap gaban..aduyaii.. Terima kasih kepada mamazieza dan Nor kerana sy telah mengopy resepini dr blognya..



Kerabu Tomato dan Ikan Bilis
Sumber : mamazieza

Bahan :
Ikan bilis goreng segenggam
2 biji tomato dihiris
sedikit cili padi - dihiris
Bawang besar dihiris
1 batang serai dihiris

Cara :
Tumbuk ikan bilis tadi dan gaulkan dengan semua bahan yang telah dihiris.Gaulkan dengan sedikit gula dan garam dan kalau nak masam lagi perahkan sedikit limau..

Friday 6 March 2009

Yong Tau Fu




Terlebih dahulu diucapkan salam maulidurrasul untuk semua..
Bersempena dengan cuti hari ni, saya pun buatlah projek yong tau fu yang dah lama tertangguh ni. Sejak tengok kat fp mamasya aritu la. Tangguh punya tangguh, hari ni lah baru berjaya buat..wakakaa..

Mulanya nak buat fishball, pastu tak jadi (malaspun ye) sebab tengok hubby ada beli chicken meatball, sosej dan telur puyuh. Walaupun bahan-bahan lain takde kat sini, tapi cukuplah untuk melepaskan kempunan nak makan. Kangkung memang dah ada stok kat peti sejuk tu. So, tunggu apa lagi, didihkan air, masukkan bahan-bahan ni macam biasa. Untuk kangkung, saya belah dulu batangnya, rendam dalam air garam sebelum dicelur. Bukan apa, risau gak ada makhluk asing dalam batang kangkung..huhuu..

Resepi untuk kuah saya ambil daripada Minarmi133@myresepi. Minta izin untuk copy di sini, terima kasih ya..
So, sesiapa yang nak cuba, jangan tunggu lama2 ye..

Kuah yong tau fu

minami133@myresipi.com
untuk mereka yang berada di jepun khasnya, enak dimakan bersama chikuwa, kanikama, maruten dll......

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10 tangkai cili kering
gula melaka atau kurozato
bijan goreng
gula(kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
sedikit ajinomoto - saya tak bubuh

Cara-cara
Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

Tuesday 3 March 2009

Our 8th Wedding Anniversary dan Bingka Ubi Kayu

Bingka ubi ni sebenarnya takde kaitan ngan our anniversarypun. Bingka ni saya buat semalam lagi dan dah selamat dah masuk perut..huh..pantasnya..

Buat sikit sajer sebab hubby beli ubi cuma dua ketoi kecik. Timbang-timbang adalah 500g je ubi tu. Mulanya ingat nak potong2 n goreng mcm kentang goreng aje. Tapi teringat hubby ada pernah kata dia teringin nak makan bingka. Jadi buatlah bingka ni. Festaim buat sendiri ni. Senang sangat resepi ni. Tapi saya buat 1/4 dari adunan sebenar sebab ketidakcukupan ubi. Sebab tulah cepat jek abis, walaupun yg makan cuma 2 orang je. sangat sedap terutamanya part yg tepi garing2 tu..thanks utk empunya resepi ni, cute10@myresipi.com

Jom tengok resepi...



Bingka Ubi Kayu
oleh: cute10@myresipi.com - tq ya

Bahan-bahan ( family )

2 kg Ubi kayu,(dikupas,disagat & di sejat) - saya blend aje, potong kecik2 masuk dlm blender tambah sikit air, pastu tapis..senang kojer
300 gram gula pasir/merah
1 camca teh garam
2 biji telor
500 ml santan (dr 1 biji kelapa)
sedikit pewarna kuning(jika perlu)

Cara-cara
masukkan ubi kayu disagat/parut tadi didlm mangkuk
kemudian masukkan gula pasir/merah bersama garam,pewarna kuning(jika perlu) & telor.
kacau sehingga sebati,masukkan santan,kacau hingga sebati agar tidak berketul2.
Lengserkan sedikit minyak masak pada loyang bakar & tuang adunan kedlm nya.
bakar adunan tadi pada suhu 300'C,30 minit atau hingga permukaannya kekuningan.
biar ia sejuk sebelum dipotong.
***saya buat 1/4 aduann je, sbb tu bingka saya nmpak leper n kecik sajer..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini juga ialah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 8 tahun (4 Mac 2001). Hmm..dah lapan tahun pun.. kejap je. Sepanjang 8 tahun macam-macamlah pahit manis, suka duka telah dilalui.. Perang dingin ada, perang panas ada, merajuk sana, merajuk sinun seme adala..yg takde baling2 pinggan (penat nak kutip kalau pecah..) ngan bertumbuk tu lom lagi lah..kui(3x). Terima kasih kepada suamiku kerana menjadi suami yang baik, rakan yang setia dan papa yang penyayang. I luv u so much.. Terima kasih juga kerana selalu bersabar dengan kerenah isterimu ini yang suka gak muncung sana, muncung sinin sekali sekala & dua kala...huhahua..nak wat camana, kalau tak muncung tak besh oo..ngeeeeeheehee...Semoga terus berbahagia hingga ke hujung nyawa dan dilindungi Allah sentiasa, Amin...
*Takde kek pun sbb skarang tengah malas, nanti kalau rajin baru buat..taktau bila..huhuu..