Followers

Sunday 28 December 2008

Roti John




ROTI JOHN (IHSAN'S)
Sumber ; FP MamaFami -tq

What you need :

Minced chicken
Shallots, chopped finely - about the same size pieces as the chicken
Eggs, beaten
Salt, for seasoning
White pepper, for seasoning
Oil, for frying
Sliced hotdog/sausage buns, burger buns, or sandwich buns

What you do :

1. Season the minced chicken with salt and pepper.
2. Heat up some oil in a wok or frying pan. Add the shallots, fry until fragrant and slightly softened. Add the chicken, and fry until cooked through. Set the chicken and shallot mixture aside.
3. Season the beaten egg with more salt and pepper, and add some of the chicken mixture. You want the mixture to be a lot of chicken, with just enoguh egg to hold it together when it cooks.
4. Add some more oil to the pan (unless you're using a non-stick one). Wait for it to heat up, then carefully spoon some of the chicken mixture into the pan, in the shape of the bread that you are using. (like, round if you're using burger buns, and longish, if you're using sausage buns). Immediately press the bread onto the egg.
5. Press the bread down occasionally while frying to flatten it. Fry the Roti John until the egg is as cooked as you like it. If you like it crisper, bake in an oven (we used a toaster oven) for about 5 minutes or so.

Sup Bebola Ikan



Jom buat fish ball sendiri, tak susah pun.
Sesapa yang nak cuba, ni saya tepek resepinya, daripada kak noormasri, terima kasih banyak2...

FISH BALL (Noormasri)-tq

Bahan-bahan:

400 g isi ikan tenggiri (saya guna king fish, kat sini kadang2 dipanggil ikan surmai)
1 sudu kecil garam (paras rata)
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil tepung ubi - saya tak masukkan sebab takde
60 ml air sejuk atau secukupnya
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
secubit serbuk perasa jika suka

Cara membuat:

Masukkan dlm mesin kisar (food prosessor) isi ikan, lada sulah dan garam, mesin hingga lumat
Masukkan tepung jagung, tepung ubi, serbuk perasa dan air sejuk kemudian mesin lagi sehingga sebati dan kenyal.
Bulat-bulatkan dgn menggunakan sudu kecil. Jika ingin guna tangan, celupkan tangan ke dlm air terlebih dahulu ambil secubit pes tadi bulat2 kan sehingga habis
Didihkan air, masukkan fish ball kemudian rebus sehingga fish ball timbul dipermukaan seketika bolehlah diangkat.

***saya takde food processor, jadi saya asingkan ikan tu daripada tulang serta kulitnya,kemudian lenyek/tumbuk sampai lumat. Pastu gaullah dengan bahan-bahan di atas tu..




Sup Bebola Ikan Sempoi
Bahan-bahan:
3 ulas bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
2cm halia-dihiris
Bebola ikan secukupnya
Karot, dipotong ikut suka
Tomato-dibelah empat
kiub ikan bilis knorr
garam
lada sulah
air secukupnya
bawang goreng
daun sup/daun ketumbar

Cara-cara:
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan air, serbuk lada sulah, kiub ikan bilis dan karot .
3. Apabila karot sudah lembut, masukkan fishball dan tomato, biarkan sampai menggelegak.
4. Perasakan dengan garam, tutup api.
5. Taburkan dengan bawang goreng, daun sup/daun ketumbar.
6. SluRRppppp...

Thursday 25 December 2008

Donut Cakcibur



DONUT CAKCIBUR

Bahan-bahan :

1 biji kentang saiz sederhana
5 g yis kering
1/3 cawan minyak masak - guna minyak jagung
1/3 cawan air suam
1/4 tin susu pekat
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
500g tepung gandum

Kaedah penyediaan :

1. Rebus kentang dan kemudian kisarkan dengan 1 cawan air suam.
2. Satukan yis, gula, air suam, minyak masak, susu, garam dan kentang kisar.
3. Masukkan sedikit tepung dan kacau dengan hujung jari.
4. Masukkan baki tepung, sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut. (Nota : Lebih lembut doh, lebih lembut donatnya)
5. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan. Susun di dalam dulang dan biarkan naik dua kali saiz asal.
6. Panaskan minyak. Buatkan lubang di tengah bebola tadi dan goreng hingga kuning keemasan.
7. Salut dengan gula kastor dan sedia dihidangkan.

Pulut Ikan Masin

Sejuk-sejuk ni pekena pulut ikan masin, memang masyukkkkkk....
Beras pulut dan nyor fresh kebetulan ada (nyor ni dah lama juga bertapa kat tempat beku tu) Cuma ikan masin mesia je la dh abis stok. So, bedal je lah kan masin dubai.
Kalau mak saya, guna ikan kedera masin, lagi sedap.. tapi duk sini, ikan masin tak banyak jenis, hantam je la, janji ikan masin..
sedapnya..makan panas2 gaul ngan nyor...pas makan, kita sambung tito..ha3x



Minta izin kak madiha yer, saya C&P resepi ni dari fp akak, malas nak taip daa..
thanks yer kak madiha..

Pulut Ikan Masin

Bahan2
3 pot beras pulut - saya masak 2 pot je
Air secukupnya
Ikan masin secukupnya
Telur dadar secukupnya
Kelapa parut secukupnya digaul dgn sedikit garam & gula

Cara Masak Pulut
1. Gunakan periuk elektrik (lebih mudah tak berkerak )
2. Cuci beras pulut spt biasa.
3. Masukkan air sehingga air melebihi paras beras anggaran 1 cm sahaja.
4. Petik ler periuk elektrik td spt masak nasi biasa
5. Hidang pulut tanak dengan ikan masin goreng, telur dadar & kelapa parut yg digaul garam & gula.
(saya tak buat pun telur dadar)

Thursday 4 December 2008

Hati Goreng Lada



Kat gambar tu saya dah tertukar nama jadi hati goreng berempah laks, aperni suker2 je tukar (harap tuanpunya resepi tak marah yer)

Hati Goreng Lada
Sumber: Masakan Tradisional Utara 1991

Bahan-Bahan: 600 gm hati lembu
4 sudu besar serbuk lada putih
3 sudu besar serbuk rempah (saya taktau serbuk rempah apa, so saya boh je rempah kari)
2 sudu besar minyak
1 sudu besar air asam jawa
½ sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
3 labu bawang besar
1 batang daun bawang
Garam secukup rasa
2 sb kicap manis - saya tambah
cili hijau dipotong serong - saya tambah juga

Cara: Potong hati 2.5 cm x 2.5 cm dan setebal 1 cm. Bersih dan toskan. Gaul hati dengan jintan putih, lada putih, kunyit dan rempah. Lereng bawang besar. Potong daun bawang sepanjang 2.5 cm. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan hati lembu bersama ramuan. Masukkan bawang besar, air asam jawa dan garam. Kacau selalu. Sebelum diangkat tabur dengan daun bawang.

Kek Karot Cawan

Masih ikut resepi kek karot yang sama juga, bezanya cuma yang ni dimasukkan dalam cup2 kecil macam muffin. Lagi cepat masak dan takde masalah kek tak masak di tengah. senang untuk dimakan ataupun untuk dibawa bekal ke sekolah atau piknik.