Followers

Wednesday 29 October 2008

Golden Fried Baby Corn aka Putik Jagung Goreng Tepung

Sesapa yang rasa nak tukar2 selera tu bolehlah cuba resepi ni. Saya ambil dari majalah kat dubai, tapi bukan arabic food ni indian mari tau.
Tapi kalau nak compare ngan pisang goreng ngan keledek goreng tu, tekak saya tetap memilih pisang & keledek goreng lagi.


So, ni lah resepi yang saya translate dari majalah tu..kalau ada yg tak betul tu harap maaf ye.

Golden Fried Baby Corn aka Putik Jagung Goreng Tepung
Sumber: Majalah Friday (Gulf News)

• 6 baby corn (belah 2)
* 1 tsp minyak
* sedikit lada putih
* 2 tbsp tepung gandum
* 2 tbsp tepung jagung
* ¼ tsp Baking Powder
* sedikit garam/perasa
* sedikit serbuk kunyit
* air secukupnya
• minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
• Panaskan minyak.
• Satukan semua bahan yang bertanda * pandai2lah agak2 air, lebih kurang mcm nak goreng pisang tu..
• Celup baby corn dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
• Boleh dimakan bersama2 sos cili.

Kacang Kuda Pedas



bila makan ni teringat zaman kecik-kecik dulu..
Bahan-bahan yang saya gunakan ialah kacang kuda direbus terlebih dahulu hingga empuk, toskan. Cili kering, bawang merah dan bawang putih (ketiga2nya dikisar), daun kari, garam dan gula. Tumis bahan2 yg dikisar hingga naik bau, masukkan daun kari, kacang kuda, garam n gula. Gaul rata, serasikan rasanya, tutup api.siap!!

Jagung Kukus Manis



Jagung Kukus Manis
Bahan dan Cara membuat jagung kukus manis:
Kukus isi jagung, jgn lama2 nanti jagung lembik. Ambil jagung yg telah dikukus tadi dan gaul dengan susu pekat manis + mentega, siap!! Sukatannya sukahati ye..
***Kalau tak suka stail manis, boleh tukar susu pekat tu dgn garam ye.

Sunday 26 October 2008

Sotong Bakar Bersambal



Sotong Bakar Bersambal
Bahan-bahan:
2 ekor sotong-bersihkan dan kelar badannya
garam
serbuk kunyit
serbuk lada putih
bawang putih-kisar
bawang merah-kisar
2 batang serai -kalau rajin kisar (saya malas, saya ketuk je dan masukkan dalam badan sotong sebatang setiap sekor )
sedikit minyak - saya guna minyak zaitun

Untuk sambalnya, terpulangla nak buat sambal macamana pun. Saya guna sambal yg sedia ada jer iaitu sambal tumis biasa tu yang kebetulan memang ada belen kat dalam fridge (ni kes malas yg terlampau ni )
kalau taknak buat sambal, boleh juga makan dengan sos cili..lagi sempoi

Cara-cara:
Gaul sotong bersama bahan-bahan di atas dan perap sekurang-kurangnya 20 minit, lagi lama lagi sedap.
Susun dalam bekas untuk dibakar, sapukan sambal di atas sotong, bakar dalam oven, sekali sekala balikkan atas bawah dan percikkan sedikit minyak dan tambah sambal supaya sekata.

Thursday 23 October 2008

Asam Pedas Ikan Parang



ASAM PEDAS (Chef Norzailina Nordin)

600 gm ikan bawal/kembung dll - saya guna ikan parang
1 batang serai
1½ sudu makan asam jawa } campur utk
400 ml air } air asam
300 gm kacang bendi – dihiris pangkal
100 ml minyak
1 sudu makan gula
sedikit garam
***saya tambah
1 biji buah tomato-dibelah 4
2 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan-dibelah 2


Bahan Kisar:
15-20 tangkai cili kering – direndam lembut
3 sudu makan kelapa parut – digoreng keemasan - saya tak letak ni
1 sudu teh jintan manis} disangai & tumbuk
1 sudu teh jintan putih }
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan ikan. Jika kuah tidak sama paras dengan ikan, tambah sedikit air.
3. Kacau sekali-sekala hingga mendidih.
4. Bubuh kacang bendi, garam dan gula. Kacau sekali-sekala.
5. Bila bendi lembut dan ikan masak, angkat dan hidangkan.

Bihun Goreng Singapura



BEE HOON SINGAPORE (Rinn Chan)

Bahan-bahan :
Bee Hoon kering, rendam dgn air panas hingga lembut dan toskan
Bawang besar, dimayang
Bawang putih, dimayang
cili api
Ikan bilis, direndam dan dicincang halus
Serbuk lada putih
Sos tiram
Udang basah
Telur
Taugeh dan sayur2 lain ikut suka
Garam secukup rasa
Daun bawang, daun seleri dan bawang goreng utk hiasan
Sambal kicap cili padi

Cara-cara :
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan cili api hingga layu.
2. Masukkan lada putih. Kacau seketika dan masukkan udang dan sotong. Jika suka boleh masukkan fishball dan fishcake.
3. Masukkan sos tiram, kacau2 dan masukkan sesayuran pilihan.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Pecahkan telur dan kacau2 biar hancur.
6. Masukkan bee hoon dan kacau hingga betul2 lembut dan sebati.
7. Masukkan taugeh dan kacau rata tapi tak perlu terlalu lama.
8. Hiaskan dengan taburan daun bawang, daun seleri dan bawang goreng. Hidangkan juga dgn sambal kicap cili padi.

Thursday 16 October 2008

Mee Kari



MEE KARI - Zana Hassan (minta izin copy & paste ye, terima kasih..)

Bahan-bahan:
4 sudu penuh penuh serbuk kari ayam dicampur air buat pes - ku guna babas
2 sdb cili mesin/cili boh -optional
1 atau 2 kotak santan - depend on suka pekat ke tak
1/2 cwn air asam jawa - ni adjas ikut tekak le
garam dan gula sesedap rasa
200 gm udang sederhana besar - buang kulit tapi kulit dan kepala di amik, direbus dan blend amik airnya. udang plak letak sebelah dulu yek, later taruk dlm kuah.
1-2 kg kerang direbus dan dibuang kulitnya
1 pek fishball - dipotong 3 atau 4
1/2 pek fish cake - potong
kacang panjang seikat kecil potong abt 1cm to 1.5cm
6 ketul taufuk (tauhu kering)
2 ekor ketam fresh
daun kari

*** saya tambah 2 biji ubi kentang, potong sederhana besar

bhn blend
1 labu bawang besar
2 batang serai
3 ulas bawang putih
2 cm halia

bhn hias
taugeh
telur rebus
sawi
cili hijau jeruk
bwg goreng
cili merah

***saya tambah isi ayam ( gaul garam kunyit ayam tu, goreng dan siat isinya)

1) tumis bhn blend dan daun kari sampai naik bau
2) masukkan rempah kari dan cili boh dan tumis sampai wangi dan naik minyak;
3) masukkan ketam;
4)masukkan air udang dan air abt 1 ke 2 liter dan didihkan...
5) masukkan fishcake, fishball, taufuk, kerang pastu perasakan dgn air asam, garam dan gula
6) dah didih masukkan santan dan bior didih slowly kejap
7) pastu baru masuk udang dan kacang panjang. pastu tutup le api. nak sedap lagi masuk skit bawang goreng ngan minyak dia skali so makna kata bawang goreng sendiri le bukan segera

**** mi kari ku nih...nak pasti rasanya power...make sure semua seafood tu fresh especially ketam le. penyedap kuah ni memang le ketam tu ngan air udang. klu dua benda ni tak fresh...hancuss le rasa kuah mi kari nih.

Tuesday 14 October 2008

Kek Prune Kukus



Kek Prune Kukus
Sumber : Leen Omar

Bahan
250gm butter
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
¼ tin besar susu pekat manis – kalau guna tin kecil 1/3 pun cukup
20 biji prune – blend + sedikit air (≈ 100ml), setakat boleh kisar dah cukup
5 biji prune – hiris kasar
5 biji telur

Cara Menyediakannya
Didihkan air dlm pengukus.
Griskan loyang dengan butter & alaskan dengan kertas minyak. Ketepikan.

Putarkan butter, gula dan susu sehingga sebati. Masukkan telur satu per satu dan putar lagi. Masukkan prune yang telah di blend. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar sebati. Last sekali masukkan prune yg dihiris kasar & kacau dengan senduk dah memadai.
Tuang adunan ke dlm loyang dan kukus selama 1½ jam.

Kalau nak bagi cantik sikit, letakkan beberapa biji prune di atas adunan sebelum dikukus sebagai hiasan.

Sunday 12 October 2008

Acar Timun Karot



Acar Timun Karot

Bahan-bahan:
2 batang timun - dibasuh bersih, dipotong halus
2 batang karot - dibasuh, dibuang kulit, dipotong halus
1 labu bawang besar - diihiris halus
4 tangkai cili api - dihiris halus (kalau nak guna cili merahpun boleh)
2 sb cuka
garam
gula

Cara-cara:
Gaulkan semua bahan, sesuaikan rasa.

Kerutuk Daging



Kerutuk Daging oleh Makyong@myresipi.com
Sesuai untuk dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih

Bahan-bahan ( 5 orang )
500g daging
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik

[bahan tumis]
1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak

Cara-cara
Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
Panaskan minyak
Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
Kemudian masukkan campuran rempah tadi
Masak sehingga pecah minyak
Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
Siap untuk dihidang.

*** saya tambah kacang peas sebagai hiasan, tabur dan gaulkan dengan daging sebelum tutup api.

Nasi Minyak Hujan Panas



Nasi Minyak Hujan Panas oleh Makyong@myresipi.com

Bahan-bahan ( 5 orang )
4 cawan beras basmati
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau - saya letak kaler sikit je, tak suka banyak2

[bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

[bahan hias]
bawang goreng
kismis

Cara-cara:
Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
Masukkan beras dan gaul rata.
Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
Masaklah nasi sehingga masak
Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka