Followers

Saturday 30 August 2008

Talam Ubi



KUEH TALAM UBI (kak liza)

Bahan Lapisan Bawah
1 kilo ubi kayu [mesinkan dgn 1 cawan air. Tapiskan ubi tu]

2 cawan air ]
1 cawan gula merah ] masak dan tapiskan
1 cawan gula pasir ]
daun pandan ]

Lapisan Atas
1 1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 s/k garam

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ubi kayu dibersihkan dan potong kecil. Masukkan dalam blender dan mesinkan dengan 1 cawan air. Tapiskan. Buangkan air yg ditapiskan.
3. Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula.
4. Sapukan sedikit minya didasar loyang supaya senang untuk memotong kueh ini.
5. Masukkan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran 30 minit.
6. Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapiskan.
7. Masukkan dalam periuk kecil dan masakkan sebentar atas api yg sederhana besar.
8. Kacau rata [jangan tinggalkan] dan tutup api.
9. Bila lapisan bawah[adunan ubi] taelah masak, perlahankan api dan cakarkan permukaan adunan ubi tu.
10. Tuangkan adunan lapisan atas dan kukuskan sekali lagi selama 20 minit.
11. Tutup api dan sejukkan betul2 sebelum di potong dan hidangkan.

Wednesday 27 August 2008

Bingka Jagung



BINGKA JAGUNG (kakliza)-tq

Bahan
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
1 tin jagung krim dalam tin
3/4 cawan gula
1 s/b butter/majerin cair

Cara
1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.
4. Sejukkan dan potong untuk hidangan minum petang.

Monday 25 August 2008

Nasi Lemak Sambal Udang Petai



Nasi lemak ni sapa2pun tau buat kan..



Sambal ni pun samalah, semua orang tau buat, mungkin cara masing-masing je yang berlainan kan.

Sambal Udang Petai (untuk 2-3 org makan)
bahan-bahan:
udang secukupnya - dibersihkan (buang kepala dan urat belakangnya)
isi petai secukupnya
4 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
3 sb pes cili @ cili kering kisar
2 sb sos cili
1 sb sos tomato
1 labu bawang besar-hiris bulat
air asam jawa
garam
gula (sedikit sahaja jika perlu, sbb sos cili dan sos tomato agak manis)
minyak

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau sebentar, tambah air dan biarkan kuah memekat.
3. Masukkan isi petai diikuti dengan udang.
4. Kemudian, masukkan bawang besar, air asam jawa, garam dan gula. Biarkan sebentar, tutup api.

Thursday 21 August 2008

Spagetti Goreng



Spagetti Goreng (stail sendiri maa..)

Bahan-bahan:

* spagetti yg telah direbus - (saya guna 1/2 paket je, utk 3 org mkn)
10-15 ekor udang sederhana besar - buang kepala dan uratnya
isi ayam - potong kecil (optional)
3 ulas bawang merah-dikisar
4 ulas bawang putih-dikisar
2sb pes cili - boleh tmbah ikut citarasa sdiri
3 sb sos cili - "
3 sb sos tomato- "
2 sb sos tiram- "
3 sb kicap manis- "
kiub ikan bilis - optional (saya guna 1/2 kiub je)
sepokok sawi - potong kecil
segenggam taugeh - letak banyakpun best
1 biji telur
garam (jika perlu)
minyak


*cara untuk menyediakan spagetti:
Didihkan air di dalam periuk (agak2 bole tenggelam spagetti) bersama2 sedikit garam dan 2sb minyak. Apabila air mendidih, masukkan spagetti. Sambil tu kacau2 sikit supaya tenggelam dlm air panas tu. Apabila sudah lembut angkat dan toskan. kalau nmpak melekat2 sgt, bolehla gaul dgn sedikit minyak. Tapi sy tak buat sbb masa kat dlm air tu dh masukkan minyak siap2, so nmpaknya tak melekat

Tuesday 19 August 2008

Ubi Kayu Goreng/Jejari Ubi Kayu



Ubi Kayu Goreng aka Jejari Ubi Kayu
Bahan-bahan:
ubi kayu - dipotong kecil memanjang
bawang putih (ditumbuk), serbuk ketumbar, serbuk jintan dan garam.

Cara:
Gaulkan ubi kayu yg telah dipotong dgn semua bahan & perap 15-20 minit dan goreng hingga kekuningan. Buat makan petang2 sambil tengok spongebob memang masyukk, kejap je abihh..

Ayam Panggang Berempah

Ini menu hari sabtu 2 minggu yg lepas. Mula2 plan nak buat ayam panggang rosemary yg tengah hot tu, tapi terpaksa dikanselkan. Sebab apa? Hmmmm...sebabnya hubby ku taktau apa tu rosemary . Hari sabtu tu, hub nak ke kedai beli barang. Saya dah siap bagi list barang utk dibeli. Sebelum kuar rumah, dia tanya, "rosemary tu menatang apa?". Soklan cepumas ni lah menyebabkan ku tepaksa menganselkan hajat di hati nak buat ayam panggang rosemary itew.. Malas nak nyusahkan dia duk tercari2 tak jumpa kang sian lak. Next time pi kedai kena beli sendiri. So, dah nak buat ayam panggang kan, kena wat gak la tapi tukar menu, jadilah ayam panggang berempah ni, resepi dr kakliza. Memang tak rugilah buat ayam panggang ni, sedap sgt makan ngan sos lada hitam tu. Cuma tak complete sbb takdak coselow (ni kes malas la ni) . Mintak izin kopipes resepi ye kak liza..




AYAM PANGGANG BEREMPAH (kakliza) thanks k.liza

bahan
1 ekor ayam 1.5 kg [dibersihkan dan keringkan] - saya guna ayam 900g je..

bahan mesin
10 ulas bawng merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
3 batang serai
2 sudu besar rempah kurma
2 s/b gula
1 s/b minyak
garam

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan bersama ayam untuk beberapa jam.
2. Bakarkan dalam suhu 200'C selama 1 jam.
3. Hidang dengan coselow, sos lada hitam dan sayuran salad


SOS LADA HITAM

Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging [boleh gantikan dengan serbuk pati]
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan 1/2 cawan sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.


Thursday 14 August 2008

Bubur Jagung

bubur jagungni, seme org pun pandai buat kan.., tapi kena letak gak resepi, mana tau nanti muaz nak buat bubur tak reti, bleh dia tgok sini



Bubur Jagung
Bahan-bahan:
2 cawan isi jagung
1 biji keledek sederhana besar - dikupas, potong dadu
3 sb biji sagu - direndam seketika (-+15 minit) - kalau suka byk ble tambah
santan secukupnya (agak2 tenggelam bahan2 tu)
1 cawan pati santan
2 ketul gula melaka
sedikit gula pasir
secubit garam
daun pandan - disimpul

Cara-cara:
Masukkan santan, keledek, daun pandan dan secubit garam ke dalam periuk. Gunakan api sederhana. Masak hingga keledek empuk sambil dikacau. Masukkan gula melaka, pati santan, jagung dan sagu. Tambah gula pasir jika kuah belum manis. Sentiasa kacau dan apabila sagu dah bertukar menjadi jernih, tutup api. Jagung tak boleh dibiarkan telalu lama dimasak sbb akan kurang manisnya, so bila dh masukkan jagung pastikan jgn terlalu lama, (kalau sagu tak direndam terlebih dahulu, ia akan amik masa utk kembang)

Tuesday 12 August 2008

Pulut Kuning dan Rendang Ayam



PULUT KUNING (kakliza) thanks k.liza

Bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping
3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
air secukupnya untuk merendam pulut.
1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
garam
gula

Cara:

1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulakan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
5. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. Kukuskan semula sehingga naik wap lagi.
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan ]jika mahukan pulut berbentuk]
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.



Rendang Ayam
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong sederhana besar
2 cawan santan pekat - kalau suka rendang yg berkuah, sediakan 1/2 cawan lagi sbg tambahan.
1/2 cawan kerisik
garam
gula
1-2 helai daun kunyit - dihiris halus

bahan utk dikisar:
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji cili padi
2 sb pes cili
1 cm halia
2 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
3 batang serai - dihiris halus

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam kuali besar dan renihkan selama 1/2 jam hingga kuah memekat. Sambil tu, balik2kan ayam itu supaya rata & bersebati dgn semua bahan.
2. Masukkan kerisik. Perasakan garam dan gula. Gaul sebati dan kecilkan api.
3. Taburkan daun kunyit dan kacau supaya bercampur dengan ayam dan tutup api. Hidangler sesuka ati.

*** Ini rendang ayam stail org perak punye ni, takyah tumis2 dan ayam pun takyah nak goreng dulu. Mak saya yg kata. Masuk sekali arung jer gitu sonang koje

Saturday 9 August 2008

Sup Ikan Merah



Apa saja jenis sup memang menjadi feberet hubby & muaz. So, nak masakpun rasa lebih bersemangatla sebab ada orang suka makan. Saya ni jenis tak rajin, jadi, kalau masak banyak camni (istilah 'banyak' utk kami ber3), untuk makan tengahari merangkap malam sekaligus..ngeheee..sonang kojo.

Sup Ikan Merah

bahan-bahan:
1 ekor ikan merah - ikan ni besar, saya kerat 3
* 6 ulas bawang merah - dihiris
* 5 ulas bawang putih - dihiris
* 2 cm halia - dihiris
* 2 cm kulit kayu manis
* 1 kuntum bunga lawang
* 2 kuntum bunga cengkih
* 1 st ketumbar biji - dikisar
* 1 st jintan manis - dikisar
* 1 st lada hitam - dikisar
1 keping asam keping
2 biji kentang - dipotong baji
1 batang karot - dihiris halus
sebatang serai - diketuk
buah tomato - potong 4
daun sup, daun bawang
bawang goreng (optional-tapi kalau ada lagi sedap)
air secukupnya
garam
minyak

cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan yg bertanda * hingga wangi.
2. Masukkan serai dan air, biarkan ia mendidih seketika.
3. Masukkan kentang.
4. Apabila kentang sudah empuk, masukkan karot dan asam keping.
5. Masukkan ikan, buah tomato dan garam. Biarkan sebentar, dan tutup api.
6. Angkat, hidang dan tabur dgn daun sup/daun bawang dan bawang goreng.

*** Tips nak cepat & senang:
Saya ni malas nak tumbuk ketumbar biji & jintan mintan tu, sy boh jer yg serbuk. Kecuali lada hitam saya suka tumbuk sdiri sbb yg serbuk tu rasa kureng sket.

Thursday 7 August 2008

Apam Salju Tukaz



APAM SALJU TUKAZ (kakliza) -tq

Bahan A
1 mug tepung beras ] ayakkan
1 mug tepung gandum ]
1 1/2 mug gula
1/2 s/kecil yis mauripan

Bahan B
1 mug nasi
1 1/2 mug air

pewarna..merah.. hijau..kuning

kelapa parut [muda] ] garam ] gaulkan
- saya tak bubuh sbb susah nak jumpa kelapa parut, kelapa kering rasa tak sama lorr...

Cara
1. Gaulkan bahan A sama rata.
2. Mesinkan bahan B sehingga halus dan gaulkan bersama bahan A.
3. Bahagikan adunan pada 3 mangkuk.
4. Masukkan satu warna dalm setiap mangkuk.
5. Peramkan sehingga 3 atau 4 jam
6. Panaskan kukusan sehingga air mendideh.
7. Tuangkan adunan sehingga penuh acuan/mangkuk yg digunakan.
8. Kukus selama 10 - 12 minit.
9. Bila telah amsak sejukkan.
10 Keluarkan kueh dan hidangkan bersama kelapa parut yg telah digaulkan dengan kelapa.

Nasi Goreng Coriander/Daun Ketumbar

Dulu, saya ni anti bukan main ngan daun coriander aka ketumbar ni.. Kalau tergigit je daun ni esp. masa makan tomyam kat kedai2 makan tu, wahh, bengang giler. Bau daun ni macam bau kesing (kesing tu sejenis serangga yg duduk kat pokok padi tu). Tapi semuanya berubah bila dah duduk di dubai ni. Sini mana lah ada daun sup. So, kalau buat sup tu, terpaksa lah gantikan daun sup ngan daun yg bau kesing ni, dah selalu sgt duk tergigit daun ni, bau kesingpun dah bertukar jadi sedap, lama2 jadi suka lah pulak...begitulah ceriternya...Sekarang kalu buat nasi goreng keje nak boh daun ni jerrrrr....hohoo..Ekceli nasi goreng ni sempoi jer, sesuai sgt utk org yg malas macam ni Sape nak try sila2 lah yer..........



Nasi Goreng Coriander

Bahan-bahan:
2 mangkuk nasi
3 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - diketuk
1/2 batang karot - dihiris nipis
1/2 cawan isi jagung
1/2 buku kiub ikan bilis
1 biji telur
1 sb kicap manis
1 sk lada sulah
1 pokok coriander / ketumbar - di hiris2
garam - jika perlu
minyak

*** kalu nak tambah udang @ ayampun boleh aje..sendiri buat sendiri yg makan, taruk jerr


Cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah & bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan lada sulah, kiub ikan bilis & telur. Biarkan telur masak sedikit barulah kacau.
3. Masukkan karot dan jagung.
5. Masukkan nasi, gaul hingga sebati.
6. Masukkan daun corriander, gaul dan tutup api.
7. Hidang ler...

*** Nasi goreng yg sesuai untuk mereka yg tak suka makan pedas.

Monday 4 August 2008

Betty Crocker's Hershey's Triple Chocolate Chunk Brownies

Brownies ni saya guna brownies mix dalam kotak je. Sapa2 yang rasa nak makan brownies tapi malas nak menggodek adunan sendiri atau nak cepat, bolehlah try brownies ni. Nama brownies ni, Betty Crocker's Hershey's Triple Chocolate Chunk Brownies. Cuma yang tak bestnya brownies ni manis sangat dan kita takleh nak kontrol kemanisannya sebab dah siap campur gitu, so..makan je lah..kalau tak suka, tengok ajerla..kui(3x)


Kek Pisang Chocolate Rice



Kek Pisang oleh: adsweet (Myresipi)-tq
-maaf yer tuanpunya resepi, saya tambah coklat rice, so, tukar nama jadi kek pisang coklat rice.

Bahan-bahan ( saiz biasa )
7 biji pisang berangan - saya guna 5 biji pisang dr filipina tu, jenama DOLE
1 cawan minyak masak - saya guna sunflower oil
2 sudu kecil soda bikarbonat
5 biji telur - saya guna 4 biji telur saiz A
2 cawan gula halus - saya guna 1 1/4 cawan je
1 sudu kecil esen vanilla
3 cawan tepung gandum

***Saya tambah
1/3 cawan coklat rice
1 sk ovalette


Cara-cara:
Blender kan pisang, minyak dan soda bikarbonat sampai lumat
Gunakan mixer untuk pukul telur dan gula. Masukkan bersama esen vanilla (boleh juga di blend)
Masukkan pisang yang telah di blend ke dalam bancuhan telur dan gula
Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata
Masukkan dalam acuan. Bakar selama 25-30 minit, suhu 180 C